Pages

March 10, 2014

Madah Bicara Kata....

AssalamualaikuWarahmatullah semua.




zaman kini kita selalu tengok,ramai yang menggunakan MULUT untuk memfitnah,malahan untuk bermadah atau berkata mengikut hati kacau,perasaan marah dan akal negatif. (ini termasuk aku!) mana mungkin aku membahaskan perlakuan berkata-kata hanya menggunakan hati dan perasaan semata-mata kerana akal yang diluar kawalan juga memainkan peranan ketika berkata-kata. asalkan kita mendapat apa yang kita mahu,asalkan kita menang dalam perbalahan kata-kata,asalkan kita dilihat di mata semua orang bahawa kita tidak mudah mengalah dalam perbalahan,asalkan kita puas hati kerana berjaya menundukkan lawan..




Astaghfirullahalazim! tidakkah kita sedar,semakin menang kita dalam pertempuran kata-kata,semakin bermusuh kita setelah peperangan,semakin berpaling muka kita melihat lawan kita selepas bertengkar,semakin bergembira sang SyaitanNirrajim melihat putusnya ukhwah sesama islam.Nauzubillahiminzaliq..apa hasilnya? adakah kepuasan dan kemenangan hati yang bersifat sementara? hanya Allah SWT yang maha mengetahui sebabnya..




namum,soalan tinggal soalan,adakah hanya itu kegunaan mulut kita? hanya untuk berbalah? memaki hamun? menyumpah seranah? memfitnah sesama saudara? Astaghfirullahalazim. mengapa begitu singkat pemikiran kita. mengapa begitu mudah menggunakan nikmat kurniaanNya ke arah yang menggembirakan musuh ketat umat Islam iaitu SYAITAN.




Apalah salahnya,kita gunakan nikmat tidak ternilai ini ke arah yang diredhai-Nya. paling senang kalau taktau nak cakap apa yang mendatangkan keredhaanNya,diam je! kalau penting baru cakap.. lagi elok kalau lebihkan berfikir dari bercakap. cakap pon benda-II tak berfaedah nak buat hape? okay dah membebebel.. mari hayati bait-bait lirik 'Bicara Kata-InTeam'.semoga menjadi teladan bersama.. inshaaAllah..




Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara
Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata
Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna
Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti
Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...


(Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.)





semoga entry ini memberi sedikit kebaikan kepada kita semua.. inshaaAllah.. yang baik datang dari ALLAH S.W.T,yang buruk tak payah ikut,saya selalu silap.. dan semoga kita semua di bawah lindunganNya..

WassalamualaikumWarahmatullah..

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign