Pages

March 8, 2014

Sahabat,Aku Cinta......

persahabatan terindah pernah aku rasai,Sumirah,Nur Fazeera,Siti Qazalinda,Hazwani,Siti Shahidah,Heliana Cassandra,Nina Faramida..

Sahabat.. ampunkan Ira andai sepanjang perkenalan kita Ira melakukan apa2 kesilapan sehingga menyakitkan hati kalian.. Fahamilah,Ira tak pernah sengaja melakukan itu.. Mungkin terlanjur kata,tersilap guna ayat.. :')

Rahsia kalian,Ira akan pegang dan simpan di fikiran dan hati selamanya.. maaf andai semasa ditanya masalah yang melanda diri ini,Ira jarang berkongsi.. Ira tak nak kalian merasa terbeban oleh masalah Ira yang kurang kepentingannya.. Setakat ini,Ira masih mampu menanggungnya berseorangan.. walau terkadang terluah keluhan di blog,facebook,twitter dan sebagainya,namun itu hanyalah mukaddimah masalah Ira.. Tidak akan Ira sebarkan masalah yang melanda dalam hidup ini ke kalian yang sangat bermakna dalam hidup Ira..

Sahabat sekalian.. panggillah Ira bila diperlukan,Whatsapp,wechat,PM,Call,Skype dan apa-apa saja.. Ira sedia di sisi.. bukan Ira bangga menyatakan Ira sahabat yang baik.. NO! Ira akan lakukan apa sahaja untuk kalian yang sudah terlalu baik ketika bersama Ira.. :') apa yang mampu,Ira bantu.. Jika tidak,Ira akan usahakan..

Sekian saja luahan hati Ira buat sahabat tercinta.. bukan hanya sahabat yang tersebut di atas,malahan semua yang menganggap Ira sahabat.. Salam sayang dan rindu dari Ira buat kalian.. semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya.. inshaaAllah.. aminnn..

WassalamualaikumWarahmatullah..

(xde mood nak XOXO malamni)



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign