Pages

March 25, 2014

Still #PrayForMH370....

AssalamualaikumWarahmatullah..

dalam hari yang sejuk dan kebasahan malam tadi akibat hujan di kampungku,dunia dikejutkan dengan berita terbaru mengenai pesawat MH370..pada sidang media malam tadi,dengan getaran dalam nada suara PM kita semasa sidang tergempar di PWTC memaklumkan bahawa pesawat itu kali terakhir dikesan di tengah Lautan Hindi.sedikit sebanyak ucapan PM;


"Berdasarkan maklumat data satelit syarikat Britain,Inmarsat dan Bahagian Siasatan Nahas Udara United Kingdom(AAIB) mengesahkan pesawat MH370 terbang ke jalur selatan berdasarkan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu. Ini kawasan terpencil dan jauh dari mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. Oleh itu,dengan rasa penuh dukacita,saya memaklumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi"










sungguh,sebak rasa hati ini saat mendengar PM kita menuturkan ayat sebegini..sedang kita yang langsung tidak mengenali mereka berasa sebak,sedih dan menangis mengennag nasib penumpang dan krew,apa lagi keluarga krew dan penumpang pesawat MH370..Ya Allah..bantulah mereka agar dapat menerima semua ketentuanMu dengan hati yang ikhlas..

sejak 8Mac2014 yang lepas,hampir semua negara di seluruh dunia membantu mencari pesawat MH370..akhirnya,melalui kesan Doppler,yang merupakan kaedah terbaru dari negara Britain berjaya menjejaki lokasi terakhir pesawat MH370..Sedang mereka ingin menggiatkan lagi operasi mencari,halangan cuaca buruk mendatang..ya Allah..permudahkanlah operasi pencarian tersebut bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370..selamat atau tidak,biarlah nampak keberadaan mereka..supaya hilang sedikit kesedihan keluarga penumpang dan krew yang merindui mereka sejak lebih 2minggu yang lepas..

walaupun ramai yang menganggap berita terbaru ini sebagai konklusi tragedi ini,namun tidak kurang yang masih berharap semuanya selamat selagi pesawat belum ditemui.. sungguh,aku berbangga dengan keluarga yang masih tidak henti berharap bahawa keluarga mereka masih selamat..lebih-lebih lagi para ibu..mereka merasakan anak-anak mereka masih selamat..jangan lupa,naluri seorang ibu jarang silap..semoga misteri ini segera terungkai dan mendamaikan hati semua keluarga penumpang dan krew MH370..selagi pesawat dan penumpang serta krew pesawat belum ditemui,teruskan berdoa buat mereka agar masih selamat..kuasa Allah,tiada apa yang mustahil..inshaaAllah..AlFatihah..



Terima Kasih

1 comment:

  1. masih sebak lagi sehingga saat ini dan masih speechless lagi... #rememberMH370

    ReplyDelete

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign