Pages

April 14, 2014

Berbicara Tentang RAHIM Wanita

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA
SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita. Tiada
siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita. Tiada siapa
memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali
wanita. Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu
sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah
pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu mudah? Terlalu minimal?
Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita
berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak
perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid." Sungguh tinggi darjat wanita.
Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang
disediakan untuknya? Mengapa ada suami yang dengan senang-
lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh
tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan
kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka
dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka
di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut
mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi
menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam,
mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban
tahun. Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara mudah. Bukan sesuatu yang mudah melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiada pun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim...










♡ gambar pertama persediaan menjadi ibu..hehehe..^O^♡
♡ gambar kedua,aku and mama..i love you mama.. ♡

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign