Pages

April 21, 2014

Saat Guruh,Petir dan Kilat Menjelma..

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH..

Subhanallah.. Allahuakbar.. sebentar tadi kawasan kampung Ira dan kawasan yang berdekatan dikirimkan hujan lebat yang sungguh mengasyikkan dan menenangkan fikiran.. mana tidaknya,siang tadi panasnya agak terik jugak.. alhamdulillah,Allah naha adil.. setelah diberinya panas untuk mengeringkan pakaian,diturunkan hujan untuk menyeimbangkan suhu badan hambaNya.. :)

Namun,setelah hujan lebat tadi agak reda,guruh pula menunjukkan diri,bunyi dan cahanya silih berganti di ruang udara.. Allahuakbar.. selesai solat Maghrib,cepat2 istighfar akibat terkejut yang teramat.. sungguh jarang guruh sekuat dan sekerap malam ini terjadi di kawasan kami.. lantas dengan segera menggunakan khidmat puan Google untuk mencari maklumat tentang guruh dalam Islam.. harapnya naklumat yang diperolehi tepat..inshaaAllah..


Ar Ra’du (petir) adalah suara yang terhasil dan dapat didengar dari awan. Manakala As Showa’iq (kilat) adalah api (cahaya) yang muncul dari langit bersamaan dengan bunyi petir yang kuat.



Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam ditanya tentang petir, lalu Baginda Shallallahu’ Alaihi Wa Sallam menjawab;

مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مخاريق مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ

“Petir adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi r.a.)



Ali radhiyallahu ‘anhu mengatakan, “Petir adalah malaikat, dan suaranya itu adalah pengoyak di tangannya.” Dan dalam riwayat lain dari Ali juga, “Suaranya itu adalah pengoyak dari besi di tangannya.”

“Malaikat adalah yang menggerakkan (menggetarkan) awan, lalu memindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Dan setiap gerakan di alam ini baik yang di atas (langit) mahupun di bawah (bumi) adalah dari malaikat. Suara manusia dihasilkan dari gerakan bibir, lidah, gigi, dan tekak. Dari situ, manusia boleh bertasbih kepada Allah SWT, boleh mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Oleh kerana itu, guruh adalah suara yang membentak awan. Dan kilat adalah kilauan air atau kilauan cahaya.” (Lihat Majmu ‘Fatawa Ibnu Taimiyyah, 24/263-264)


Firman Allah SWT dalam Surah Ar Ra’ad;12-13 yang bermaksud :

“Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, disertai gelap-gelita, guruh dan kilat; mereka menyumbatkan jari ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.”


Ketika menafsirkan surah al-Baqarah ayat 19, As Suyuthi mengatakan bahawa petir (Ar Ra’du) adalah malaikat yang ditugaskan mengatur awan. Ada juga yang berpendapat bahawa petir adalah suara malaikat. Manakala kilat (barq) adalah kilatan cahaya dari cemeti malaikat tersebut untuk mengiringi mendung. (Tafsir Jalalain dengan Hasyiyah ash Showi 1/31, ed).

Doa Ketika Mendengar Petir *Dibaca doa-doa berikut 3 kali* :









Dari ‘Ikrimah mengatakan bahwasanya Ibnu’ Abbas radhiyallahu ‘anhuma tatkala mendengar suara petir, beliau mengucapkan,

سُبْحَانَ الَّذِي سَبَّحَتْ لَهُ

‘Subhanalladzi sabbahat lahu’ (Maha suci Allah yang petir bertasbih kepada-Nya). Lalu beliau mengatakan, “Sesungguhnya petir adalah malaikat yang meneriaki (membentak) untuk mengatur hujan sebagaimana pengembala ternakan membentak haiwannya.” (Lihat Adabul Mufrod no. 722, dihasankan oleh Syaikh Al Albani).

Apabila Abdullah bin Az Zubair mendengar petir, dia menghentikan perbincangan, kemudian mengucapkan;

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ

‘Subhanalladzi yusabbihur Ro’du bihamdihi wal malaikatu min khiifatih’

(Maha suci Allah yang petir dan para malaikat bertasbih dengan memuji-Nya kerana rasa takut kepada-Nya).

Kemudian beliau mengatakan;

إِنَّ هَذَا لَوَعِيْدٌ شَدِيْدٌ لِأَهْلِ الأَرْضِ

“Inilah ancaman yang sangat keras untuk penduduk suatu negeri.” (Lihat Adabul Mufrod no. 723, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani)


Dapat dilihat ketakutan ini dalam sirah sahabat dimana mereka akan melarikan diri ke dalam masjid atau melaungkan azan semasa rebut petir.



Firman Allah SWT :

هُوَ الَّذِي يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ ﴿١٢﴾ وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّـهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ ﴿١٣﴾

“Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.” (Surah Ar Ra’ad :12-13)



Daripada ayat Al Quran ini, kita dapati sifat ‘Petir’ (guruh) dan ‘Halilintar’ (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama. Petir ini adalah sebenarnya bertujuan untuk memanah syaitan. (sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu’ 13)


Pada zaman sebelum Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, syaitan-syaitan dapat naik ke arasy untuk mendengar perbualan para malaikat untuk mencuri berita setelah mendapat arahan daripada tukang tilik yang mahu menilik nasib manusia. Syaitan-syaitan yang cuba naik ke arasy akan dipanah petir dan akan mati. Bukan manusia sahaja yang mempunyai hayat tetapi syaitan juga sebegitu. Syaitan yang tidak mati apabila dipanah petir hanyalah `Azazil.

subhanAllah.. lepas baca semua yang kat atas tu,terasa sungguh berdosa diri ini.. sedangkan kilat yang mampu membunuh syaitan itu takutkan ALLAH SWT,kenapa kita hambaNya yang hanya mampu berharap meminta kepada ALLAH tidak takut kepadaNya..Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim.. mungkin munculnya guruh tadi untuk memberi peringatan kepada kami semua di sini supaya takutkan ALLAH dan kekuasaanNya.. supaya tidak menjadi hambaNya yang lupa diri serta menjauhkan diri darissifat-sifat mazmumah..

Ya ALLAH ya tuhan kami,ampunkanlah dosa-dosa kami.. dosa-dosa kedua ibu bapa kami.. dosa guru-guru kami.. dosa sahabat-sahabat kami.. serta dosa muslimin muslimat di muka bumi ini ya Allah,samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.. hanya kepadaMu kami memohon keampunan.. amin amin yarabbal alamin..
≧﹏≦

Terima Kasih

1 comment:

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign