Pages

July 18, 2014

Susu Soya merbahaya?

source : Facebook

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.

Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose
mengandungi phyto estrogen.
Phyto ni bermaksud tumbuhan
manakala phyto estrogen
bermaksud tumbuhan yang
mempunyai fungsi seakan akan
estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka
paras estrogen dalam badan kita
akan tinggi dan mengalakkan
pembesaran cyst. Doc ade bagitahu
saya yang sume wanita ade cyst
cuma kecil atau besar, boleh hilang
tak boleh hilang.
evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum
soya sewaktu mengandung bukan
boleh mencantikkan kulit anak
tetapi mendedahkan risiko untuk
anak tu mendapat kanser. Then,
mengikut kajian keatas pesakit
kanser payudara plak, ramai antara
mereka menggunakan evening
primrose ni.

2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk
mempercepatkan kadar pembesaran
dia. Kebiasaannya ayam disuntik
hormon estrogen. Tapi ayam
kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam
sawah la pasni kalau dah
mengidam sangat.

4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab
kenaikan hormone estrogen.
Kolestrol adalah precursor kepada
estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap
Endometriosis/Adenomyosis/
Fibroid/Cyst/PCOS
Disini saya kongsikan bersama
jenis makanan yg amat sesuai & yg
harus di elakan bagi wanita yg
punyai masalah seperti di atas atau
pun yg pernah menjalani
pembedahan tetapi ia nya berulang
kembali.

Makanan yg di galakkan
> Ikan laut seperti bawal emas,
kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang
panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah,
black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam,
dan ulam-ulaman pegaga, pucuk
ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik(tapi utk mengandung jangan makan nanas k?)
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat
dari kacang soya yg di peram
dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan
> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm
kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2
perisa seperti stok ayam, stok bilis
dll.
> Makanan manis - kuit muih manis
& pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi
kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej,
nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang,
jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak


♥FIBROID DAN CYST

♛RAHIM ADALAH EMAS BAGI
WANITA♛
TANDA - TANDA FIBROID DAN
CYST DALAM RAHIM YANG
BERMASALAH

✔ Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang
dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina
(Kentut Vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau
kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika
batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis
(simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibro dan cyst

♥BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID
DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada
ganguan haid dan sengugut
2. Satu kajian yang menunjukan
bahawa lebih kurang 50%
daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan
wanita yang tidak berkahwin dan
yang pernah beranak.

♥ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid
Arshar dalam tulisan beliau tidak
ada rawatan yang menggunakan
ubat hospital yang boleh
mengecutkan ketumbuhan fibroid
TETAPI ada kemungkinan ubat-
ubatan tradisional seperti akar kayu
atau dedaun yang mungkin
mempunyai kesan, khusus terhadap
rahim boleh mengecutkan
ketumbuhan pada fibroid. Bidang
ini masih lagi terbuka luas dan
usaha yang boleh mendapatkan
ramuan untuk mengecutkan
ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai
wanita Malaysia yang menghadapi
ketumbuahan fibroid, rata-ratanya
akan mengambil jalan mudah
dengan menjalani proces
pembedahan. Tapi masih juga
ketumbuah itu akan tumbuh
selepas beberapa bulan atau tahun
itu pun bergantung pada aktifnya
fibroid mereka.

Sekian.

Terima Kasih

July 17, 2014

Andainya Kita Kecewa.........

Jika rasa kecewa, alihkan
pandanganmu ke arah SUNGAI,
airnya tetap mengalir biarpun
berjuta batu yang menghalangnya.
Dan jika rasa sedih,alihkan
pandanganmu ke arah LANGIT,
sedarlah dan sentiasa ingatlah
bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu
kita lakukan? berdoalah kepada
Allah, Allah lah tempat kembali
segala masalah yang sering
membelenggu diri kita. Jangan
malu untuk merayu-rayu, meminta-
minta, memohon-mohon kepada
Allah swt.Selalu diingatkan yang
Allah tidak pernah jemu mendengar
rintihan hambaNya, Allah itu Maha
Mendengar.

Terima Kasih

July 16, 2014

Penghulu Bidadari Syurga Menitip Pesan.....

Pesan Penghulu Bidadari Syurga :

◆ Wanita solehah itu tidak suka mengenali dan dikenali ;
◆ Tidak suka memandang dan dipandang ;
◆ Di bibirnya tidak meniti nama-nama lelaki dan di bibir lelaki tidak meniti namanya

(Sayidatina Fatimah Az-Zahra,puteri RASULULLAH SAW tercinta,penghulu para wanita syurga)






◆mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.. usahalah sehabis kudrat untuk mendapat keredhaanNya..


■ beri yang terbaik , dapat yang terbaik ■

Terima Kasih

July 7, 2014

Kita Buat,Iblis Lemah..

Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawsan sekolah.

Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas.

Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu.

Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter.

Tapi...

Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhira, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah.. Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hambaNya....

Ustaz Azhar Idrus Berkata;Kita relax and bace ni Perbualan antara Rasulullah & iblis..

❤Rasulullah bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
➡Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan gementar”

❤Rasulullah : “kenapa?”
➡Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”

❤Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
➡Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”

❤Rasulullah : “jika ia berhaji?”
➡Iblis : “aku seperti orang gila”

❤Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
➡Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”

❤Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
➡Iblis : “itu sama saja org tersebut m'belah tubuhku dgn gergaji”

❤Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
➡Iblis : ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :
1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya.

❤Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
➡Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”

❤Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
➡Iblis : “taubat org yg bertaubat”

❤Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”
➡Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”

❤Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
➡Iblis : “sedekah yg diam2”

❤Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”
➡Iblis : “solat fajar”

❤Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”
➡Iblis : “solat berjemaah”

❤Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”
➡Iblis : “majlis para ulama”

❤Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
➡Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”

❤Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
➡Iblis : “dibawah kuku manusia”

❤Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”
➡Iblis : “penzina”

❤Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
➡Iblis : “pemabuk”

❤Rasulullah : “siapa tamumu?”
➡Iblis : “pencuri”

❤Rasulullah : “siapa utusanmu?”
➡Iblis : “tukang sihir (dukun)”

❤Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”
➡Iblis : “bersumpah dgn cerai”

❤Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
➡Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jum'at”

❤Rasulullah : “siapa manusia yg paling membahagiakanmu?"
➡Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja”


✌AllahuRabbi.. Jom KONGSI sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis. ✌



Terima Kasih

Matang?

Tengah duk godek-godek google pasal tips untuk menjadi matang,aku terjumpa satu blog seorang doktor..yang mana beliau membincangkan tentang banyak perkara,mostly tentang remaja..aku tertarik dengan entry beliau mengenai cara mematangkan diri..bagi beliau,umur seseorang tidak dapat menjadi kayu ukur kematangan..namun pengalaman hidup yang akan mematangkan seseorang cepat atau lambat..

selesai membaca entry beliau,aku beralih ke ruangan komen..dan sekali lagi aku tertarik kepada komen blogger yang dikenali sebagai Hinata..dan aku mendapat inspirasi hasil dari pandangan beliau :

"matang bukan berdasarkan usia tapi matang adalah cara kita berfikir, menguruskan masa dan cara kita membuat keputusan. kematangan bagi seorang yang matang adalah apabila dia dapat menyesuaikan dirinya dalam pelbagai situasi, sama ada ketika bekerja, belajar atau bersantai. usia bukanlah penghalang untuk menjadi matang, orang selalu mempertikaikan kata-kata orang yang lebih muda kerana bagi mereka yang muda itu belum matang bagi memberi buah fikiran namun sedarkah mereka bahawa itu bukan menjadi persoalannya tapi yang menjadi persoalannya bernaskah buah fikiran mereka dalam mengatasi masalah..."

terima kasih kepada kalian kerana memberikan inspirasi buatku..inshaaAllah,akan aku terapkan dalam diriku nanti.. salam ukhwah uhibbuka fillah semua..Wassalam..

Terima Kasih

July 3, 2014

PERASAN KE TIDAK?

Assalamualaikum..mari oita muhasabah diri sebentar sebelum kita mempersiapkan diri untuk berbuka puasa kira-kira 1-2jam lagi..


PERASAN TAK?
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar...

SETERUSNYA.......

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - lindungilah sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh ., jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.

Kirimlah kpd insan2 yg anda ingat..

p/s : aku kirim ke entry kerana kalian insan-insan yang aku ingati walaupun kita tidak oernah bersua muka..semoga ukhwah antara kita terus terjalin..inshaaALLAH..salam Ramadhan al Mubarak bloggers sekalian..❤



Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign