Pages

August 18, 2014

Bilik Air Oh Bilik Air..

Assalamualaikum Warahmatullah..

baiklah,misi merepek sudah bermula..seperti biasa aku memperolehi sesuatu idea dari moment WECHAT.. hasil perkongsian seorang sahabat semasa zaman sekolah agama dulu.. alhamdulillah.. beliau sekarang seorang pelajar di sebuah kolej bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).. kira dia bakal jadi Nurse.. see.. aku dah lari dari topik.. hehe.. okay now bercakap pasal BILIK AIR / TANDAS / BILIK KECIK..




* source : Google Images *




* source : Google Images *



haha.. boleh terima ke bilik air zaman sekarang dipanggil BILIK KECIK? macam lebih besar dari bilik aku je kan? haha.. betapa cantiknya bilik air zaman sekarang ni.. kalau zaman dahulu kala,ada tempayan,kolah,baldi sebiji,kole/gayung sebiji,anak paip dan benda-benda lain yang simple.. dinding pulak ada yang berdindingkan zink,yang senang sikit hidupnya batu bata.. ada yang tak berbumbung.. ada yang rabak sana sini.. baiklah,itu imaginasi aku untuk bilik air yang betul-betul zaman PURBAKALA.. hehe.. maaf.. itu imaginasi aku.. jangan marah ar.. tapi zaman sekarang tak jumpa dah yang bilik air ada tempayan,ada kole..paling kurang pun mesti batu bata ar..

zaman sekarang,cakap banyak tak payahlah.. macam gambar kat atas tu.. cantik bersih wangi tiptop kelas kau Maria! haaa gituuu.. tapi masalahnya,bukan pasal cantik wangi batu bata yang aku nak bincangkan.. aku tak kisah macam mana pun bilik air rumah aku dan rumah korang *eh kejap.. kisah jugak la..kene BERSIH lah!* .. okay.. macam mana cantik pun bilik air,besar gebang,kemas teratur bau lavender pe semua,bilik air tetap KEDIAMAN/RUMAH/HOMESTAY/HOTEL/TEMPAT TINGGAL MAKHLUK YANG BERNAMA SYAITAN!

Dalam sebuah hadis,Rasulullah SAW bercerita bahawa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah SWT seperti halnya Allah SWT memberikan tempat tinggal kepada anak adam untuk berada di bumi.
.
"Ya Allah,adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi,maka berilah pula aku tempat tinggal!" Kata Iblis..Allah SWT berfirman;"Tempat tinggalmu adalah bilik mandi atau tandas.(HR. Bukhari)

Dari situlah kemudian Iblis pun menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa BILIK MANDI/BILIK AIR atau TANDAS.Godaan iblis macam-macam dan aneka warna.contohnya menggoda manusia supaya:

1. Berlama-lama di dalam bilik mandi-ade dapat emas ke kalau lelama dalam bilik mandi ni?
2. Bernyanyi atau berkataKata-sempat lagi.suara ekau tak sodap pon!
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa hp mendengarkan muzik, ber'facebook')- ada lagi ke manusia desperate bawak fon ke toilet ni? mashaaAllah!
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri-mohon jangan begini terutama kaum Adam!
5. Membiarkan baju yang kotor tergantung di dalm bilik mandi-cuci teros masuk dalam washing machine,kan senang.pi gantung lama-lama buek apo?
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika hendak masuk atau keluar dari bilik mandi-jangan jadi syaiton kedua ye..hmm
7. Mengambil Wuduk sambil telanjang-tak senonoh betoi!
8. Mengoret-oret dinding bilik mandi-dah takde kerja lain gamaknya ni!haih!
9. Merencanakan kejahatan-baik mandi copek-copek lepaih tu pi solat!Lagi elok!

Maka,hati-hatilah sewaktu dalam bilik mandi atau tandas.Dan tips yang baik adalah mandi,buang air dll sewajarnya saja..lebih cepat lebih baik

Sekarang Anda mempunyai 3 pilihan:
1. Anda - Aku akan biarkan tulisan ini tetap di sini saja..
2. Malaikat - Ingatkan pada teman yang anda kenal...Sebarkanlah..!!
3. Syaitan -Tidak usah penat2 dan sibuk-sibuk menyebarkan tulisan ini..Biarkan saja di sini..Kalau boleh pdamkn saja..Mereka tidak perlu membaca tulisan ini..

sekian sahaja coretan repekan aku.. sampai ketemu lagi ya.. tunggu sembuh dari sindrom 'Writer's block' k? Wassalam~

p/s : tokseh la mintak-mintak kebenaran untuk CopyCat CopyPaste ayat-ayat dari entry aku..aku tak kisah pon nak ambik apa-apa ayat dari entry aku.. kecuali aku ada mention yang aku haramkan ayat aku di-CopyCat CopyPaste..kbye!



Terima Kasih

2 comments:

  1. adoiii thanks for the reminder dear, akaklah tu suka duduk bilik air lelama...entah apa dibelek pun tak tau...anyway great piece of sharing dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure kak.. sama2 mengingati kan.. 🌹

      Delete

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign