Pages

September 25, 2014

DIA TU BETUL KE DAH BERTAUBAT?

AssalamualaikumWarahmatullah..

Usai subuh tadi,aku online fesbuk,mencari update yang boleh dijadikan inspirasi untuk memulakan hari baru..Alhamdulillah,usahaku membuahkan hasil lah..hehe..

status update ni dari seorang kenalan aku masa di sekolah agama dulu.. mr.Fadzillah atau lebih senang dipanggil Fazi.. dia manusia biasa macam kita semua.. hahaha.. tapi status update dia dan beberapa sahabat yang lain memang sentiasa menarik perhatian aku.. bukan aku membanggakan mereka sangat..NO!TIDAK! aku bukan jenis yang suka membanggakan orang..tapi seriously,pendapat yang mereka kongsikan benar-benar masuk ke dalam hati dan akal fikiran..alhamdulillah.. taknak la cakap banyak.. ni yang aku dapat pagi tadi.. aku dah mintak kebenaran empunya status untuk post di sini.. jadi,silakan baca ya.. semoga bermanfaat buat kita semua ya..

Bismillahirahmanirrahim..

"Tazkirah motivasi dikit dari sheikh Fadzillah Al Rashydeen..hihi.tajuk nya hari nii..jadi jahat kena bnci..jdi baik kena dengki..haaa...

Benar kata orang, jika kita punyai seribu kawan, jarang kita dapat menemukan mereka. Jika kita punyai seorang musuh, kita akan temuinya di mana-mana sahaja.hehe

Bila jadi jahat orang benci, bila jadi baik orang dengki. Jadi, saya nak jadi apa? Buat blurrr je?

Bila orang buat jahat, bencinya pada orang itu seolah-olah orang tu tak patut wujud kat atas muka bumi ni. Tapi bila ada orang buat baik, semua perkara yang dia buat kita pertikaikan, kita dengki sana sini,kita cakap dia berlagak alim,berlagak baik.

Dan ada certain manusia ni, bila seseorang buat baik, ada orang yang akan mengambil kesempatan terhadap orang yang baik itu. Dipijaknya kepala si baik itu.Jadi manusia pendiam ni susah jugak.Kenapa? Bila jadi pendiam, tak kacau orang, tak ambil kisah hal orang tapi ada jugak manusia nak kacau hidup si pendiam tu. So, kta nak jadi apa? Kta pergi jauh2, buat rumah Eskimo kat kutub utara. duk sorang2, tak de orang kacau..kehkehkeh

Kalau dah tak boleh buat jahat, buat baik pun orang tak suka..jadilah orang yang sederhana. Macam mana tu? Suka boleh, tapi jangan terlalu suka. Benci jangan terlalu membenci. Pendek kata, tanamkan sifat was-was dalam diri, sentiasa berwaspada akan sesuatu perkara. Tak rugi kan. Allah sentiasa ada jika kita sentiasa mendampingiNya. Berdoa dan istikharah dalam membuat keputusan.Allah akan bantu. ^^,

Dalam diam-diam, sedar tak sedar, kebanyakan daripada manusia tidak akan pernah berpuas hati dengan kita. Bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia memang tak lah kan? Bahkan yang dah meninggal dunia sekalipun, ada lagi yang masih mengungkit masa lalu arwah..

Jangan hiraukan pandangan manusia pada kita. Lebih2 lagi pandangan mereka tentang masa lalu kita. Apa yang penting ialah pandangan Allah pada kita :’) That’s why la, jika semua orang tak
sukakan kita sedangkan Allah sudah redha terhadap kita. Maka tiada lagi yang penting selain dari redha Allah bersama.Betul tak?

Al maklum la redha manusia ni adalah sesuatu yang amat mustahil untuk kita perolehi secara total. Buat kerja yang diredhai Allah s.w.t dan Rasulullah
s.a.w..Insyaallah aman dan selesa hidup kita di dunia dan akhirat. Kejarlah redha Allah dan RasulNya, jangan dikejar redha manusia.

Sebab tulah ada firman:
ﻭَﻋَﺴَﻰ ﺃَﻥْ ﺗَﻜْﺮَﻫُﻮﺍ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭَﻫُﻮَ ﺧَﻴْﺮٌ ﻟَﻜُﻢْ ﻭَﻋَﺴَﻰ ﺃَﻥْ
ﺗُﺤِﺒُّﻮﺍ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭَﻫُﻮَ ﺷَﺮٌّ ﻟَﻜُﻢْ ﻭَﺍﻟﻠﻪُ ﻳَﻌْﻠَﻢُ ﻭَﺃَﻧْﺘُﻢْ ﻻَ
ﺗَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedangkan kamu tidak
mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Dan akhirnya kita akan tersedar, bahawa kita ni bukan sesiapa, dan tidak memiliki apa-apa pun. Dan suatu saat, setiap
manusia akan faham, bahawa hidupnya hanya mengikuti iradah Allah sahaja, bukan ikut sesiapa pun.

P/S: Nak hidup, kena berlandaskan syariat supaya agama terpelihara.
Ingat!!! Manusia ni tak sempurna..
Hihi..slamat beramal.."


P/S 2 : Sesiapa nak berkawan dengan mr.Fazi,silakan add ye fesbuk dia ni..............>






itu saja..








sekian..










semoga hidup kita sentiasa dirahmatiNya.. Allahumma aamiin..

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign