Pages

September 20, 2014

PAKAIAN SEKSI PILIHANKU

Assalamualaikumwarahmatullah..

entry kali ni buat wanita terpilih..

insan terpilih yang SEKSI..

MAAF jika menyinggung perasaan kalian..

Hanya berkongsi sedikit perkongsian yang aku perolehi di FACEBOOK.

InshaaAllah boleh digunakan oleh yang SEKSI mahupun sedang berusaha untuk terus kekal menutup aurat sepenuhnya..

Tips Tutup Aurat ..
.
1. Set dalam minda yang kita nak berada di
paras no 8 di mana kita menutup aurat
sempurna dengan handsock serta stokin.
.
2. Kalau ada baju seksi, simpan. Jangan
buang sebab kalau gian nak pakai, pakai
dalam bilik je. Jgn lupa, dgn family pun kena
jaga aurat.
.
3. Kalau banyak baju yg tak mengikuti syarak,
simpan pakai tidur je. Belilah baju yg longgar.
InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja utk aurat.
.
4. Tudung. Kalau mereka yg tidak bertudung,
pakailah sebab rugi kamu tayang kecantikan
kamu pada semua. Lagi cantik bila bertudung.
.
5. Bagi mereka yg sudah bertudung, labuhkan.
Kalau jarang, inner neck banyak skrg jual.
Aurat sebenarnya bukan hanya menutup
rambut sahaja.
.
6. Bila bertudung, jgn pakai baju ketat, seluar
ketat, sanggul tinggi. Salah tu sebab masih
menampakkan susuk tubuh anda.
.
7. Bertudung tapi lengan pendek? Kalau ada
pakai handsock dgn baju pendek, masih dikira
nampak bentuk tangan. Aurat tu wahai Hawa.
.
8. Bertudung labuh tapi tidak pakai handsock
atau stokin? Aurat perempuan adalah semua
kecuali muka dan tapak tangan.
.
9. Kalau ada family yg tidak bertudung, ajak
mereka sekali. Tak salah ajak mereka
berubah. Tak lah kamu rasa kekok kan?
.
10. Solat jaga tapi tidak menutup aurat.
Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa
menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah
dalam solat.
.
11. Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda
baik. Macam majlis ilmu, dengar bacaan Al
Quran, jaga solat, kawan dgn kawan yg baik.
.
12. Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu
sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa
kekok bila tak pakai labuh, baju longgar.
.
13. Ada yg gunakan cara ni, iaitu buat jadual.
Buat minggu ni mula pakai baju longgar.
Minggu seterus , tudung pulak. Boleh
gunakan.
.
14. Set dalam minda, mati itu pasti. Tak kan
nk berubah bila nak mati sebab kita tak tahu
ajal kita bila. Banyakkan ingat mati dan
istighfar
.
15. Dekatkan diri dengan Allah dan buat solat
taubat nasuha. Kembali kepada Nya dan
pohon petunjuk Nya. InsyaAllah, Dia Maha
Pengampun.
.
16. Bila keluar, tanya pada diri "Adakah Allah
redha dengan pemakaian aku?" "Cukup tak
aku menutup aurat aku semua?"
.
17. Bila berubah, pekakkan telinga dengan
cacian sebab tak mudah untuk ke Syurga
kan? Mengadu pada Nya, insyaAllah indah
akhirnya.
.
18. Bila menutup aurat kawan hilang? Allah
nak tunjukkan pada kamu siapa kawan, siapa
lawan. Dia akan gantikan dgn yg lebih baik,
insyaAllah
.
Hawa, itu sedikit perkongsian buat kamu.

Semoga bermanfaat. Jadilah bidadari Syurga

Di dunia dgn seindah perhiasan solehah kamu.

Bahagiakan mereka yang menanggungmu ke akhirat kelak.

InshaaALLAH..














WASSALAM.










:)

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign