Pages

October 31, 2014

Definisi MATANG..

AssalamualaikumWarahmatullah..

hai korang.. lama dah rasanya aku tak membebel bagai ni kan.. terjumpa la satu blog informasi : pena2u.com .. hehehe.. ada ckp psl kematangan seseorang.. aku copy-cat je la k.. sorry tuan punya fakta.. saya pakai ayat awak.. tp pena2u.com memang TERBAIK!! :D

Umur bukan penentu kematangan.
Usaha dan cara berfikir adalah apa
yang menentukan kematangan kita.
Kita perlu berusaha membangkitkan
kematangan ini dan sentiasa
mempertingkatkan kualiti
kematangan kita. Walaupun umur
kita baru menjengah 15 tahun, kita
sepatutnya sudah mula merancang
bagaimana mahu mempertingkatkan
kematangan di dalam hidup
mahupun cinta.

Tapi bagaimanakah untuk menjadi
seorang yang matang dalam
bercinta? Kami banyak menerima
emel daripada pembaca meminta
tips untuk menjadi matang dalam
bercinta. Oleh itu hari ini, kami
akan kupaskan dan bincangkan
khas untuk anda.



:- Bergaul dengan orang yang jauh
lebih dewasa
Anda tidak akan matang sekiranya
hanya berkawan dengan rakan yang
sebaya dengan anda sahaja.
Keluarlah dari kepompong dan
bergaullah dengan orang sekeliling
yang berbeza level dengan anda.
Ambil teladan yang baik daripada
persahabatan dan tidak sombong
untuk mendengar pendapat orang
lain.


:-Menambah ilmu
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan
ialah elemen penting yang
membentuk sahsiah dan
perwatakan seseorang itu ke arah
yang lebih baik. Ilmu akademik
mahupun kerohanian adalah sama
penting dan perlu dititikberatkan.
Menonton rancangan bercirikan
ilmiah atau dokumentari di
televisyen juga salah satu bentuk
pendidikan.


:-Membaca surat khabar
Maksudnya membaca keseluruhan
isi akhbar itu dan bukan kolum
hiburan atau sukan sahaja. Dan
yang paling penting tahu tentang
isu semasa yang berlaku sekarang .


:-Merubah gaya ber-SMS
Elakkan bertanya soalan-soalan
menjemukan seperti “awak sudah
makan?, makan apa?”, “awak betul-
betul sayang saya?” atau soalan
yang ekstrem seperti “apa nama
anak sulung perempuan kita
nanti?”, dan sebagainya.
Zaman bercinta monyet di sekolah
dahulu bolehlah sebabnya waktu
itu nak eja nama pun belum tentu
tahu lagi. Inikan pula nak
memahami maksud dan nilai CINTA.


:-Belajar daripada pengalaman
Orang tua pernah berkata
“Pengalaman mematangkan lagi
seseorang”. Ya, betul! Setiap orang
mengalami pengalaman berbeza.
Cuba ambil masa untuk muhasabah
diri dan ingat kembali apa
kesalahan dan kesilapan yang anda
telah lakukan dengan cinta anda
dahulu. Cuba perbaiki diri anda
untuk menjadi sang pencinta yang
baik.


:-Elakkan daripada bercinta 24 jam!
Bukan anda seorang sahaja yang
dilamun cinta. Dan jangan
disebabkan cinta, tanggungjawab
anda sendiri diabaikan. Anda bukan
lagi di peringkat sekolah rendah.
Tanggungjawab meningkat selaras
dengan peningkatan usia. Kalau
dahulunya, kita ke universiti untuk
belajar tanpa memikirkan soal kerja
dan duit. Tapi sekarang, kita sudah
berada di alam pekerjaan iaitu alam
dewasa. Banyak tanggungjawab
terletak di atas bahu kita. Sesekali
ambil masa untuk SMS si dia
diwaktu rehat tidak salah cuma
bukan 24 jam berSMS.


:-Tahu yang mana serius dan yang
mana gurauan
Kita sering terbawa-bawa perangai
dan sikap semasa kecil iaitu
sentiasa inginkan gelak dan
bergembira ke dalam bercinta. Ya,
tidak dinafikan semua orang
inginkan kecerian yang diriingi
gelak tawa dalam perhubungan
tetapi anda perlu menjaga
batasnya. Anda perlu tahu bahawa
ada masanya untuk bergembira dan
adanya untuk menjadi lebih serius
dalam bercinta.


:-Ubah penampilan anda
Kalau dahulu, anda mungkin tidak
mengendahkan penampilan anda
setiap kali keluar bersama
terutamanya lelaki. Dengan
memakai tshirt round-neck yang
bergambar ‘hantu’ ditambah dengan
jeans yang berkoyak-koyak di
bahagian lutut. Oh, anda nampak
sangat selekeh di mata orang ramai
terutama pasangan anda.
Bagi wanita pula, cuba berpakaian
lebih sopan dan menutup aurat.
Barulah nampak lebih ayu.

hehehe.. seee.. aku ada gak la yg nampak matang kalau ikut info ni..hehehe.. puji diri sendiri la plak.. heheheh. maaf andai ada salah dan silap..


- kuyus -

Terima Kasih

Kanak-Kanak Anugerah Terindah!

Pendidikan Ibubapa pada anak-
anak.
Pendidikan mempunyai maksud yang
luas iaitu tunjuk ajar dan latihan
tersusun serta berterusan untuk
membentuk akhlak,kemampuan
akal,pembentukan displin dan lain-
lain.Kedua ibubapa merupakan
institusi yang paling asas dalam
pendidikan anak-anak.
Anak-anak adalah amanah Allah SWT
bagi ibu bapa.Ia diibaratkan sebagai
kain putih yang mudah menerima
apa yang di corak kepada anak
samada kearah kebaikan ataupun
keburukan seperti sabda Rasulullah
s.a.w:
Bermaksud:
”Tiap-tiap anak yang dilahirkan
adalah dalam keadaan suci bersih
maka kedua ibu bapanyalah yang
menyebabkan ia menjadi Yahudi
atau Nasrani atau Majusi”.
(Riwayat At Tabrani)
Hadis tersebut memberi pengertian
peranan ibu bapa adalah penting
dan menjadi tanggung jawab ibu
bapa dalam mendidik anak-anak
bagi mencapai kejayaan di dunia
dan akhirat.Di samping itu setiap
tindak tanduk manusia di dunia akan
dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak.
Matlamat pendidikan
Matlamat pendidikan Islam secara
keseluruhan adalah seperti:
a- Mencapai keredaan Allah S.W.T
b- Menghayati roh Islam dengasn
berpandukan al-Quran dan Sunnah
c- Meninggikan akhlak masyarakat
berteraskan aqidah Islam
d- Mencungkil dan menyemai bakat-
bakat semula jadi kanak-kanak
dengan ajaran Islam.
Bila pendidikan bermula
Pendidikan anak-anak bermula pada
peringkat paling awal dalam
kehidupan semenjak ia mula lahir
daripada perut ibunya sehingga
ikatan perkahwinan.Ini kerana
selepas berkahwin tanggungjawab
itu berpindah kepada suami dan
peranan ibubapa hanya memberi
pandangan dan nasihat kepada
suami isteri sekiranya timbul
sesuatu masaalah dalam
rumahtangga.Oleh yang demikian
peranan ibubapa membentuk anak
bermula dari buaian dan bukan
peringkat dewasa seperti kata
pepatah”kalau hendak melentur
buluh biarlah dari rebungnya”.
Dengan ini ibu bapa hendaklah
memahami terlebih dahulu tentang
tahap pertumbuhan dan tumbesaran
anak-anaknya.
Firman Allah Taala dalam Surah At-
Tahrim:6:
Maksudnya:
”Wahai orang-orang yang
beriman,peliharalah diri kamu dan
anak istyerimu daripada seksa api
neraka”.
Tahap perkembangan anak-anak
Peringkat bayi hingga berumur dua
tahun-Peringkat sebelum mumayyiz
Bila anak lahir ke dunia maka kedua
ibu bapa mesti menjasga anak-anak
dengan baik bagi tumbesaran anak-
anak.Ini di sebabkan pada peringkat
ini anak-anak tidak berdaya dan
memerlukan layanan dan
perlindungan supaya terdidik
dengan seimbang dan
kematangan.Bagi ibu bapa
pemeliharaan anak-anak adalah
saling kerjasama yang melibatkan
tiga tugas:
a-Memberi makanan dan miunuman
serta membesarkan anak-anak.
b- Berbelanja untuk pendidikan dan
pelajaran anak-anak
c- Mendidik mereka dengan akhlak
mulia
Tugas pertama:- menyusu,memberi
makanan dan perlindungan supaya
anak-anak membesar untuk menjadi
manusia yang bertanggungjawab.
dengan sering di dakap,di
dukung,dipeluk cium di dodoi
hingga nak benar-benar terasa
dikasihi ,disayangi dan di lindungi.
Tugas kedua:- Ibu bapa
menanggung perbelanjaan anak-
anak hiingga dewasa termasuk
makanan,pakaian dan lain-lain.
Tugas ketiga:- ibu bapa membentuk
akhlak dan budi pekerti anak-anak
mengikut kaedah Islam
Dalam kerja mengurus rumah tangga
ia khusus kepada isteri kerana ia
sentiasa berada di rumah dengan
tabiatnya menyusu,pelihara anak
dengan sifat lemah lembut,murah
hati dan sabar berbanding suami
yang mencari rezeki dengan tubuh
yang kuat,tegap dan kasar.
Bila peringkat bayi:-
Bila anak di lahirkan sambutan
kelahiran dengan amalan sunat
seperti azan di telinga kanan dan di
iqamat di telinga kiri seperti di
lakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Maksudnya
Daripada Hussain r.a
katanya,Rasulullah s.a.w
bersabda,”Sesiapa yang baru
melahirkan anaknya lalu di azankan
di telinga kanan dan diiqamat di
telinga kirinya nescaya anak
tersebut akan terhindar daripada
penyakit sawan dan angkara
syaitan”.
(Riwayat Abu Ya’ia)
Hikmah azan dan iqamah di telinga
anak-anak yang baru lahir supaya
perkatan yang mula-mula di dengar
oleh bayi kerana kalimah syahadah
yang mulia mengandungi kebesaran
dan keagungan Allah S.W.T.Kalimah
azan mengandungi seruan dakwah
pada Islam dan penyembahan pada
Allah.Di samping itu syaitan lari bila
azan di laungkan kerana syaitan
menanti kelahiran anak-anak untuk
menariknya pada was-was dan
pengikutnya.
Di samping itu membelah mulut
(tahnik) yang baru di lahirkan
dengan buah kurma ataupun benda-
benda manis daripada sunnahj
Nabi.Ia di lakukanb dengan
menguyah buah kurma kemudian
letakkan di hujung jari lalu di
masukkan perlahan-lahan hujung
jari itu ke dalam mulut anak yang di
lahirkan,kemudian di gerakkan jari
ke kanan dan ke kiri dengan lemah
lembut hingga merata mulut anak
dengan kurma dan meresap
kemanisan ke dalam badan
Hikmahnya:- supaya urat-urat mulut
menjadi kuat dengan gerakan lidah
untuk menghisap susu
ibunya.Biasanya ia di lakukan oleh
seorang soleh dan bertakwa bagi
mengambilo berkat supaya anak itu
menjadi seorang yang soleh
bertakwa.
Amalan sunat lain ialah
i- Memberi nama yang baik(disukai
Allah)
ii- Bercukur dan akikah
Kanak-kanak tidak dapat bercakap
lagi tetapi ia secara
mendengar,memerhati keadaan
sekeliling termasuk kelakuan yang di
lakukan oleh ibu bapa samada
kelakuan yang baik atau buruk.Pada
peringkat inilah ibu bapa di galakkan
memperdengarkan kata-kata baik
(percakapan) dan bacaan ayat al-
quran.Didodoi anak dengan alunan
lagu keislaman(kalimah Allah).Masa
susui anak di dahului bacaan
Bismillah di tutupi dengan
Allhamdulillah.
Sayidatina Aisyah r.ha berkata,aku
mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:”Sesiapa mendidik akan
sejak kecil sampai dia
mengucapkan”lailahaillallah”maka
dia tidak akan di hisap lagi pada
hari kiamat”.(Riwayat Thabrani)
Peringkat anak umur 2 tahun hingga
5 tahun
Kanak-kanak pada peringkat
tersebut di antara peringkat pra-
sekolah perlu di dedahkan kepada
bimbingan dan latihan dalaman.Bagi
ibu bapa wajib menanam asas-asas
keimanan seperti memperkenaljan
anak-anak sifat-sifat Allah,Rasul
dan menceritakan kisah-kisah yang
bersangkutan diri peringkat anak-
anak di samping mendidik dengan
sifat mulia dan menjauhi sifat di keji
seperti di katakan oleh Imam
Ghazali.
Peranan ibubapa adalah memberi
keadilan terhadap anak samada
lelaki atau perempuan dari segi
pakaian,makanan dan sebagainya
bagi tumbesaran yan baik dan
sempurna .Ibubapa perlu bercakap
dengan bahasa lemah lembut dan
bersopan kerana percakapan
memberi kesan pada anak-anak
dalam membentuk akhlak yang
mulia.Dalam Al-Quran, Allah
menyuruh ibubapa melayani anak-
anak dengan cinta,kasih sayang dan
pemaaf kerana Allah benci ibubapa
yang bersikap kasar dan berdendam
pada anak-anak.
Firman Allah dalam Surah At-
Taghabun Ayat 14:
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman!
sesungguhnya ada di antara isteri-
isteri kamu dan anak-anak kamu
yang menjadi musuh bagi kamu.Oleh
itu awaslah serta berjaga-jagalah
kamu terhadap mereka.Dan jika
kamu memaafkan dan tidak
marahkan(mereka)serta
mengampunkan kesalahan mereka
(maka Allah akan berbuat demikian
terhadapkamu),kerana
sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani”.
Saidina Ali bin Abi Talib K.w
berkata:
”Sayangilah dan layanilah anak
sampai usianya tujuh
tahun,kemudian didilah anakmu
selama tujuh dan pada tujuh tahun
ketiga suruhlah anakmu untuk ikut
membantu urusan keluargamui”.
Dengan ini ulama membahagikan
pendidikan anak-anak kepada tiga
fasa (yang setiap satunya selama
tempoh tujuh tahun).
1) Fasa(tempoh)tujuh tahun pertama
(dari usia 0 hingga tujuh tahun)
dengan kasih sayang
2) Fasa tujuh tahun kedua (dari usia
7 hingga 14 tahun)dengan didikan
ilmu dan tunjuk ajar serta kebiasaan
yang baik.
3)Fasa tujuh tahun ketiga(dari usia
14 hiingga 21 tahun)dengan
bimbingan kemahiran hidup dan
latihan kepimpinan.
Bila peringkat bercerai susu dalam
lingkungan dua tahun,anak-anak
akan memasuki peringkat usia awal
mumaiyiz.Tanda seorang anak itu
sudah mula mumaiyiz :
a) Tahu membeza antara tangan
kanan dan kiri
b) Sudah pandai menyarung kasut di
kaki dengan betul.
Sekiranya telah ada tanda
demikian,maka pendidikan boleh di
mulakan.Ini kerana didikan dari anak
masih kecil akan memberi kesan
mendalam dan
berpanjangan,berbanding jika di
mulai apabila sudah besar.
Pesanan Hukama:
“Bersegeralah dalam mendidik anak
sebelum kesibukan
melalaikanmu,kerana sesungguhnya
apabila anak-anakmu telah berumur
dewasa dan berakal(tetapi tidak
terdidik)maka dia akan menyibukkan
(menyusahkan)hatimu dengan
keburukkan”.
Nabi s.a.w bersabda
bermaksud:”Menuntut ilmu semasa
kecilnya,laksana melukis di atas
batu.”(Riwayat Baihaqi dan
Thabrani).
Pendidikan jasmani
Faktor yang paling penting yang
mempengaruhi tumbesaran anak-
anak ialash kesihatan.Ini adalah
kerana kesihatan memainkan
peranan dalam menentu kebahagian
keluarga yang sihat sejahtera dari
segala penyakit.Dengan ini ibu bapa
mengambil berat pendidikan jasmani
di kalangan anak-anak.
Bagi anak-anak yang masih
kecil,peranan ibubapa dalam
bertugas menjaga tentang
menyusu,makan minum,kebesihan
termasuk gigi dan menghilangkan
najis.
Bagi peringkat umur anak-anak tiga
hingga empat tahun:
Ibubapa hendaklah mengatur
kehidupan dengan waktu yang tepat
seperti berikut:
a) Melatih anak bangun pagi
- Membaca doa
- Mengambil wuduk
- Mengerjakan sembahyang
- Bersyukur kepada Allah yang di
panjangkan umur
b) Melatih anak masuk bilik air/
tandas
- Memakai alas kaki
- Menutup kepala dengan kain atau
sebagainya.
- Masuk dimulai doa dan kaki kiri
- Tidak bercakap
- Tidak lama di dalam tandas
- Bersugi(mengosok gigi)
c) Melatih anak keluar bilik air/
tandas
- Membersih kaki kanan
- Keluar di mulai doa dan kaki
kanan
- Berwuduk
d) Bersugi/mengosok gigi
- Menguna berus gigi dari bahan
suci
- Memegang berus gigi dengan
tangan kanan
- Di mulai mengosok dari bahagian
atas di sebelah kanan ke kiri.
- Mengosok dalam bahagian ganjil
Masa mengosok gigi:
 Semasa bangun tidur
 Sebelum mendirikan sembahyang
 Sebelum berwuduk
 Ketika mulut berbau
 Sebelum membaca Al Quran
e) Melatih anak mengerat kuku
- Berniat mengikut sunnah
- Memotong hari Isnin,Khamis dan
Jumaat
- Di mulai dari jari telunjuk
kanan,tengah,manis dan kelingking
kanan
- Kemudian kuku kelingking
kiri,manis,tengah,telunjuk dan ibu
jari kiri di akhiri
Ibu jari kanan.
- Kuku kaki:mulai jari kelingking
kaki kanan ikut turutan hingga yang
terakhir
Jari kaki kelingking kiri.
 Sekiranya di lakukan seperti di atas
akan mendapat sunat(kebajikan dari
Allah).
Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:
Daripada Abu Bakar r.a katanya
Rasulullah s.a.w bersabda,”Gosok
gigi itu boleh membersihkan mulut
lagi disukai oleh Allah
S.W.T.”(Riwayat Ahmad)
f) Melatih adab makan
- Membasuh tangan sebelum
menjamah makanan dan sesudah
makan.
Tujuan:kerana melalui tangan yang
kotor menyebabkan mudah berlaku
bentuk
penyakit berjangkit.
- Membaca doa dan Bismillah pada
memulai makan
Sabda Nabi bermaksud:
Maksudnya:
Daripada Amru bin Abi Salamah r.a
katanya,Rasulullah s.a.w
bersabda,”Bacalah Bismillah dan
makanlah dengan tangan kanan
serta makanlah makanan yang
berhampiran
(dekat)denganmu.”(Riwayat Al-
Bukhari dan Muslim)
- Makan dengan tangan kanan dan
mengambil makanan dengan tangan
kanan.
- Bila memulai makan ambillah
makanan di hadapan dan paling
hampir dahulu.
- Tidak di mulai makan sebelum di
mulai orang yang lebih tua
daripadanya.
- Tidak terlau memandang pada
makanan dan orang yang sedang
makan.
- Tidak menyuap makanan bertalu-
talu sehingga makanan tumpah
bertaburan.
- Tidak makan terlalu kenyang dan
mencela makanan yang tidak di
sukai.
- Bila selesai makan hendaklah di
ucap Alhamdulillah sebagai tanda
bersyukur
kepada Allah.
g) Melatih adab minum
- Di sunat membaca Bismillah
semasa makan dan mengucap
Alhamdulillah bila
selesai minum dengan tiga-tiga
teguk.
- Makruh meniup ke dalam air.
- Di larang minum sambil berdiri.
h) Melatih adab dengan guru.
- Di mulai salam dengan hormat
- Banyak berdiam diri dari
percakapan yang sia-sia
- Bila ada permasaalahan,minta izin
untuk bertanya
-Tidak berhujah dengan guru pada
perkara yang sia-sia
-Tunjukkan sikap terima
pendapatnya.
-Tidak menyinggung perasaan guru
- Duduk dengan tenang dan sopan
di hadapan guru
- Cari peluang dan sesuai bagi
persoalan kepada guru
- Hendaklah selalu bersangka baik
terhadap guru
Seterusnya anak-anak jangan di
biasakan dengan benda-benda
mewah(melampau batas) dan tidak
mematuhi syariat Islam,kerana ia
merupakan persediaan untuk
menghadapi kesusahan di masa
mendatang.Ini memberi pengertian
kehidupan adalah secara sederhana.
Kesimpulan:
Pendidikan anak-anak adalah
penting dan menjadi kewajipan ibu
bapa kerana ianya akan di soal dan
di pertanggungjawab pada hari
aklhirat atas apa perbuatan yang di
lakukan di dunia.Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar r.a
berkata:Rasulullah s.a.w
bersabda:”Setiap kamu adalah
pemimpin dan setiap kamu akan
dipertanggungjawab terhadap
pimpinannya,seorang pemerintah
adalah pemimpin dan ia
bertanggungjawab terhadap
rakyatnya.Seorang suami adalah
pemimpin kepada keluarganya dan
ia bertanggungjawab terhadap orang
yang di bawah
pimpinannya.”(Riwayat Al-Bukhari
dan Muslim)

Terima Kasih

October 30, 2014

DAPATKAN SESUATU PERKARA SEMUDAH A B C,1 2 3!!!

Kata orang-orang bijak pandai, jika :

1. Ingin bahagia-Sembahyang awal waktu
2. Ingin sihat-Berpuasa
3. Ingin dipermudahkan urusan-Bacalah Al-Quran
4. Ingin wajah berseri-Jaga sembahyang Tahjud
5. Ingin kaya-Sembahyang Dhuha
6. Dihimpit masalah-Beristghfarlah
7. Berdukacita-Berdoalah
8. Mahukan keberkatan-Berselawatlah

Amalkan Dan sebarkan:

Yang membaca, tak untung
Yang bercakap, pun tak untung
Yang mendengar, pun tak untung
Yang untung, orang yang mempratikannya

Terima Kasih

October 19, 2014

cOOkiesku cOOkiesmu..

AssalamualaikumWarahmatullah..

Yo.. pe kabor semuanya. senyap je aku kan.. baru berkesempatan nak blogging arini.. ni pun blogging dalam kepenatan... aku sebenarnya nak buat entry pasal attitude serta manners di kalangan sebilangan kecil rakyat Malaysia pasal penggunaan tandas AWAM.. tapi sekarang aku dalam kondisi yang teramat penat..takut nanti ayat entry aku berterabur dan lebih banyak merapu,so aku pendamkan dulu la yer.. for tonight,aku nak share pasal RAINBOW cookies yang teramat terkenal pada zaman millenium belasan ni.. haaaaa.. lets check the pictures bawah ni..



dalam piping bag sudaaaaaa..




atas loyang lidah kucinggg...



kejadian cookies ni setelah dibakar..


buat si monster..

hahahaha..itu dia.. hasil air tangan aku  yang tak seberapa tu.. alhamdulillah dapat feedback yang memberansangkan dari customers aku.. hehehe.. aku jual biasa je.. 70-75pieces for RM20.. standard la kan.. layan je aku makan cookies ni sambil blogging ni haaa.. hahahaa.. rugi uollss tak cuba tau! aku tak sempat nak taip resipi cookies ni kat sini.. kalau nak resipi ni,request je,aku kasi punya siap bagi step by step lagi haaaaa.. hehehe..

so,untuk para bloggers yang mempunyai penyakit MALAS yang teramat tinggi untuk mem-baking dan masuk ke dapur untuk bekungfu dengan bahan-bahan dapur,boleh lah order dari aku.. just contact me : 01125001524.. tu business number aku laa.. pepehal contact aku k.. kat instagram aku la aktif waima busy.. boring-boring,tu je la yang aku layan.. hehehe..

itu sahaja..next will post gambar swiss rolls aku aku okayy.. nites sayangs..

love ya,

Ira.





p/s : target followers as sponsor sudah tercapai.. terimakasih followers ku.. kalian akan ku jadikan idola dalam berblogging. yang tak sempat dibalas komennya,maaf okay...aku balas slow-slow.. sayang uollss sangat sangat sangat! mmuuaaahhhxx!! XOXO..







Terima Kasih

October 15, 2014

Bila hati kita sedih.....

Salam...

Bila hati kita sedih,ingat Rasulullah SAW..kesedihan kita pasti akan hilang.. kerana apa kita bersedih? adakah kerana kita anak yatim? RASULULLAH SAW pun anak yatim.. adakah kita bersedih kerana kesusahan hidup?? RASULULLAH SAW pun mengalami kesusahan hidup.. adakah kita bersedih kerana anak kecik meninggal.. RASULULLAH SAW pun anak kecil meninggal.. adakah kita bersedih kerana dihina? RASULULLAH SAW juga dulu dihina.. jika kita bandingkan permasalahan kesedihan diri kita dengan keadaan RASULULLAH SAW,RASULULLAH SAW akan mengubatkan hati kita yang lagha,hati yang gusar,hati yang sedih! hal ini semua sudah tercatat di dalam alquran! Al Quran adalah pembawa hidayah. dan RASULULLAH SAW juga pembawa hidayah.

Allah berfirman,"Sesungguhnya kami memberikan kepada kamu dua hidayah,pertamanya hidayah akal..keduanya hidayah petunjuk yang dibawa olh nabi SAW.."

Al-Quran adalah rahmat,kasih syg drpd Allah.. RASULULLAH SAW juga begitu.. Baginda merupakan rahmat kurniaan daripada ALLAH SWT..

Firman ALLAH lagi,"tidaklah kami utuskan kamu wahai MUHAMMAD melainkan untuk menjadi pembawa rahmat pada sekalian alam"

betapa bermaknanya baginda RASULULLAH SAW kepada kita semua.. walaupun tiada lagi jasadnya di dunia,namun tidak seharusnya baginda mati dari hati kita.. bukan sahaja idola buat kita seluruh umat islam di dunia,malahan pemimpin kita selamanya..kesimpulannya,bacalah AL QURAN.. di dalamnya ada ubat untuk kesedihan yang kita alami..wallahualam..


p/s : mohon tegur jika ada yang silap..


wassalam.



Terima Kasih

October 14, 2014

My Love Like A Star

----SALAM----

masa kerja di Kapas Tree Sandwich Bar(KTSB) dulu aku selalu juga dengar lagu DEMI LOVATO eventhough aku tak tahu sangat lagu-lagu dia.. then aku TERtahu dan TER-kenali lagu 'My Love Is Like A Star'..lagu pasal long distance relationship.. bunyi sedih tapi actually penuh makna sangat-sangat..

"My Love Is Like A Star"


The space in between us
Starts to feel like we're worlds apart
Like I'm going crazy
And you say it's raining in your heart
You're telling me nobody's there to dry up the flood
Oh, but that's just crazy
'Cause baby, I told ya I'm here for good
My love's like a star, yeah
You can't always see me
But you know that I'm always there
When you see one shining
Take it as mine and remember I'm always near
If you see a comet, baby, I'm on it
Making my way back home
Just follow the glow, yeah
It won't be long just know that you're not alone
I try to build the walls to keep you safe
When I'm not around
But as soon as I'm away from you
You say they come tumbling down
But it's not about the time
That we don't get to spend together
Oh, it's about how strong our love is
When I'm gone and it feels like forever
My love's like a star, yeah
You can't always see me
But you know that I'm always there
When you see one shining
Take it as mine and remember I'm always near
If you see a comet, if you see a comet, baby, I'm on it
Making my way back home, my way back home
Just follow the glow, yeah
It won't be long just know that you're not alone
You say the time away makes your heart grow numb
But I can't stay just to prove you wrong
Oh, look at how far we've come
Don't you know, don't you know that you're the one
Oh, you're not alone
You're not alone, oh
You're not alone, oh
You're not alone, oh
Know that you're not alone
You're not
My love's like a star, yeah
You can't always see me
But you know that I'm always there
Know that I'm always there
When you see one shining
Take it as mine and remember I'm always near, yeah
If you see a comet, baby, I'm on it
Making my way back home
Making my way back to you
Just follow the glow, yeah
It won't be long just know that you're not alone
Yeah-yeah, yeah, oh, oh


tetiibaa! hahaha

Terima Kasih

Giveaway Diari Jejaka Hangat(Sponsor Area)


ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH..

Ape kabar sekalian bloggers.. aku senyap je kan.. heeee.. actually aku memerhatikan kadar kenaikan followers aku start 11Oktober2014 haritu.. Alhamdulillah setiap hari ade je followers singgah follow.. now baru aku memngakui kuasa giveaway bloggers lain.. hehehe..





yeooopp! aku adalah one of the sponsor dalam giveaway cik abg Angah.. -*clap clap clap*- heeee.. aku sponsor tak seberapa pun.. bawal satin cost RM15 je.. hehehe.. DULL satin yang senang nak atur dan tak panas.. boleh jengah instabusiness aku di @tulip_hijabs ye.. ada bermacam-macam warna korang boleh pilih if korang berminat dengan produk aku.. hehehe.. oh ya.. instabusiness by mama aku jangan lupa follow juga @warnawarni_ciknor .. hehe.. oh ya,kalau nak join giveaway angah tu,hentak je cursor korang kat banner yang simple tapi bermakna tu.. aku dah bikin shortcut gitewwww..

so,korang rasa rugi tak kalau korang tak cuba nasib untuk memenangi one of the gift di giveaway Angah tu? haaaa.. kalau rasa taknak rugi,cepat-cepat la join k.. jangan tangguh-tangguh dah.. karang tak sempat,melepas! AND takdehal kalau korang rasa nak follow rules Angah tu after join.. sebab,well kalau dah hadiahnya banyak,banyak jugak la rules dia kan. slow-slow ye.. takdehal tu.. Angah tak push sangat pun,asalkan korang jujur buat semua rules tu..okay sayang-sayang semua?? ;)

Akhirul Kalam,selamat ber-giveaway semua! semoga korang berjaya memenangi one of the gift tu k! salam sayang dari aku yang COMEL ni.. Wassalam..



p/s : aku yang comel ni akan check ONE BY ONE contestant yang join giveaway  ni dah FOLLOW           aku atau belum.. if belum,aku REPORT terus sama Angah k..thanks sayangs!

Terima Kasih

October 12, 2014

Dia Tunang Orang Lah..

AssalamualaikumWarahmatullah..

pe kabar semua..semoga sihat ye.. aku nak story sikit pasal bertunang ni.. alkisahnya,3hari lepas,aku bekerja di bahagian luar.. jadinya aku lebih terdedah kepada pelanggan dengan kerap.. pada waktu selepas Asar begitu,aku terperasan abang-abang yang menjual burger di sebelah tempat ku bekerja begitu asyik memandang aku disulami dengan senyuman.. aku hanya membalas pandang dengan pandangan yang kosong kerana sibuk melayan pelanggan.. kemudian kira-kira pukul 8malam,aku dipanggil kakak senior di tempat aku bekerja untuk mengkhabarkan sesuatu.. aku hanya menurut.. mungkin urusan kerja.. kebetulan aku memerlukan sabun pencuci..dia menolongku mencarinya sambil berbicara 4 mata..

kakak : Ira,akak nak mintak maaf
Aku : laaaa.. kenape?
Kakak : Akak TERbagitahu kat seseorang status Ira as tunang orang..
Aku : yeke.. bagitau kat sapa?
Kakak : macamni.. tadi abang jual burger tu duk tanya la berkali-kali pasal Ira,nak number Ira and macam-macam lagi la.. dahlah belakang dia customer lain tengah queued-up nak bayar barang,dia plak menyibuk.so,akak sound dia cakap 'takboleh!Ira dah ada yang punya!'
Aku : then,dia jawab ape?
Kakak : dia jawab la,'sapa ambik dia?' akak jawab la 'orang'.. dahtu dia tanya lagi,'dia dan bertunang ke?' akak angguk je.. sebab customer belakang dah tarik muka.. then bila akak toleh ke tepi,mashaaAllah,supervisor nampak akak angguk pasal Ira dah ada tunang.. ape lagi,naik nervous akak..
Aku : laa,nape akak nervous plak?
Kakak : yela.aritu kan Ira dah remind akak supaya senyap-senyap je..tapi akak terbagitau plak..
Aku : hehe..xpe la kak.. dah terbagitau dah pun..Ira ok je cuma malas nak kecoh-kecoh..rileks k kak..hehe

baiklah..status aku ni membuat aku ingin berkongsi kepada bloggers yang lain tentang adab menjadi tunangan orang,adab bergaul dan lain-lain..kekadang ada yang menyalahgunakan status bertunang ni.. okay,bukan menuduh,ini ikut pemerhatian aku ler.. maaf ye kalau menyinggung perasaan.. baiklah,aku copy pasta je dari blog iluvislam.com.. credit to them.. and yet,very true info diorang.. inshaaAllah..:D

*Bertunang adalah salah satu tuntutan di dalam islam,ianya adalah sebagai satu permulaan kepada setiap pasangan untuk mengenali antara satu sama lain. Namun di alam era serba canggih kini, kita sering
mengabaikan displin dan adab – adab semasa bertunang.Ramai yang salah faham mengenai konsep bertunang,bagi mereka apabila sudah bertunang maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Bebas berdua-duaan,bebas bergambar bersama, bebas keluar ber’dating’ dan sebagainya. Islam tidak mengajar umatnya sedemikian, zalim pada diri sendiri dan zalim pada orang lain. Agama islam adalah syumul,madil serta cantik aturannya

*BERTUNANG
Pertunangan merupakan mukadimah kepada
perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.
Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab-adab bertunangan (ianya
melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan).
Antara adab-adab semasa bertunangan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian :

Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan,
perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan.
Ingatlah hadis Rasulullah :” Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. “
3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi
(muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah
merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.
Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh
menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .

Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama
sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan,cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:
1 . Dalam tempoh pertunangan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada
pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada
benarnya yang boleh membawa padah pasangan itu sendiri.
2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya .
3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie.Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.
4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.Serta banyak lagi.

Akhir kalam, jaga hati, jaga iman, jaga ahlak, jaga amal dunia dan bekalan akhirat jangan fikir apabila telah bertunang kita “bebas” melukakan apa – apa sahaja. Ingat bertunang itu belum tentu lagi si “dia”
akan jadi milik kita, kecualilah apabila di ijab
kabulkan barulah si “dia” betul-betul milik kita..aamiin..

p/s: sebabtu gua suka bergambar dengan encik monster dengan adik dan sepupu gua.. :D

thanks for reading..



WASSALAM..












.

Terima Kasih

October 7, 2014

BESTNYA COUPLE!

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH..

Couple with Allah


"Kalau kita mencintai seseorang biarlah kita
mendiamkan diri kerana apabila kita diam
itulah yang menjadi tanda cinta kita pada
nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada
Allah, kerana dia mengetahui segalanya
daripada kita"
Ayat tu memang betul dan ayat tu
memang terpatri kemas dalam hati ini.
Kadang-kadang benda ni agak susah sebab
tidak semua antara kita yang sanggup
memendamkan rasa cinta begitu sahaja.
Kalau nak bercinta ikut cara Islam macam
mana eh?
Sebenarnya ada beberapa cara bila kita rasa
kita ni dah suka dengan someone..
Meh baca ni…

1 ) Pendam dan berdoalah kepada Yang Maha Mengetahui

°First, kita rasa suka someone kita tak boleh
terus terburu-buru untuk meluahkannya.
Yelah kan kena reject sape yang malu.
Lagipun takut perempuan/lelaki itu dah
suka orang lain kerana jodoh ini semua
Allah dah tetapkan.So kita pendam dan
luahkan kat Allah dulu sebab Allah tu lebih
mengetahui.
So, meluahkan kepada Allah ialah cara
terbaik sebab Allah tak akan bagi sesuatu
melainkan kita berhak mendapat nya. Tajdid
niat dulu dan niatkan apa yang kita buat ini
bukanlah sebab just untuk mendapatkan
jodoh yang baik tetapi semata-mata kerana
Allah.
Jika kita berusaha menjadi hamba yang
soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan
ke atas usaha itu. Insyaallah Allah akan
bagi jodoh yang sekufu.

Firman Allah dalam Al-Quran:
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)


2) Tapis dahulu sebelum mencintai

°Cinta dating tanpa kita minta. Kadang-
kadang first time tengok kita dah jatuh hati
dengan seseorang tapi sebelum kita
mencintai orang nilailah cinta kita itu
semula.
Tapis dulu kenapa kita mencintai
seseorang? Sebab dia cantik ? Sebab harta
kekayaan? Nafsu? Hmm sebab apa ea?
Atau untuk memuliakannya dengan
menikahinya kerana Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab
kecantikan"
"Aik, kau ni takde nafsu ke?"
Ya, benar!. Sebagai manusia kita
dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan.
Hakikatnya semua manusia cintakan
kecantikan, hatta Allah juga sangat
mencintai kecantikan kerana Allah itu
bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga
dengan bernikah kerana nafsu. Namun,
antara asbab itu, jadikanlah pernikahan
kerana Allah itu berada di tingkatan yang
paling atas. Nikah kerana Allah itu yang
paling utama dan pertama.


3) Jauhi couple

°Sekiranya telah mencintai seseorang, maka
berusahalah untuk menghindarkan diri kita
dari ber " couple " kerana perkara bukan
budaya Islam. Sesungguhnya bercouple ini
menjerumuskan diri untuk mendekati zina.
▶Al-Quran ada menyebut, " la taqrabuz
zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"◀
yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram.
Walaupun mungkin ada yang cakap;
“Kalau keluar pun kami jaga ikhtilat”
“aku tak contact sangat pon dia kecuali
kalau ada benda penting je..."
"Kitorang selalu akhiri majlis dating dengan
tasbih kafarah dan surah al-asr"
“Kami mention kat twitter je pon”
Betul tapi kita tak sedar sebenarnya
dengan benda-benda ni lah kita dah buat
maksiat iaitu zina hati.
Couple ni memang indah tetapi beracun.
Memang benar, pada mula berasa
semuanya manis, namun pertengahannya
semakin kurang dan akhirnya tawar dan
pahit sekali untuk ditelan. Moga kita
dijauhkan daripada semua maksiat yang
mendekati zina.


4) Istikharah dan berbincang

°Keputusan yang berkat ialah jika kita
mendapat bantuan Allah. Tak ada sorang
pun akan rugi dengan berdoa kepada Allah.
Buat lah solat istikharah untuk meminta
petunjuk dan bermusyawarah lah dengan
orang yang dipercayai.


5) Membuat keputusan mengikut Iman

°Bersyukurlah andai diberi kelapangan
setelah solat istikharah yang kita lakukan.
Petunjuk daripada istikharah bukan hanya
pada mimpi tetapi ketenangan hati, hati
yang lapang dan keyakinan yang kuat
terhadap sesuatu perkara juga merupakan
petunjuk daripada Allah.So pilihlah
seseorang menjadi wakil kita untuk
meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah.
Jika dijadikan pegangan dan cara hidup
pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga
adat yang ada. Maka, selagi adat tidak
menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti
merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga
Allah merahmati dalam menuju ke arah
kesempurnaan iman itu.








no more couple.. :'D




WASSALAM....

Terima Kasih

Uhibbuki Fillah..

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH..

Al-Baqarah ayat 190-193

“Dan perangilah di jalan Allah
orang-orang yang memerangi kamu,
(tetapi) janganlah kamu melampaui
batas, karena sesungguhnya Allah
tidak menyukai orang-orang yang
melampaui batas.”

“Dan bunuhlah mereka dimana saja
kamu jumpai mereka. Dan usirlah
mereka dari tempat mereka telah
mengusir kamu (Mekah), dan fitnah
itu lebih berbahaya dari
pembunuhan, dan janganlah kamu
memerangi mereka di Masjidilharam,
kecuali jika mereka memerangi kamu
di tempat itu. Jika mereka
memerangi kamu (di tempat itu),
maka bunuhlah mereka. Demikianlah
balasan bagi orang-orang kafir.”

“Kemudian jika mereka berhenti (dari
memusuhi kamu), maka
sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Dan perangilah mereka itu,
sehingga tidak ada fitnah lagi dan
(sehingga) agama itu hanya untuk
Allah belaka. Jika mereka berhenti
(dari memusuhi kamu), maka tidak
ada permusuhan (lagi), kecuali
terhadap orang-orang yang zalim.”





Diriwayatkan oleh Al-Wahidi dari Al-
Kalbi, dari Abi Shaleh yang
bersumber dari Ibnu Abbas: Bahwa
ayat ini turun berkenaan dengan
“Perdamaian di Hudaibiah”, yaitu
ketika Rasulullah Saw dicegat oleh
kaum Quraisy untuk memasuki
Baitullah. Adapun isi perdamaian
tersebut antara lain agar kaum
muslimin menunaikan umrahnya
pada tahun berikutnya. Ketika
Rasulullah Saw beserta sahabatnya
mempersiapkan diri untuk
melaksanakan umrah tersebut sesuai
dengan perjanjian, para sahabat
khawatir kalau-kalau orang Quraisy
tidak menepati janjinya, bahkan
memerangi dan menghalangi mereka
masuk di Masjidilharam, padahal
kaum Muslimin enggan berperang
pada bulan haram. Turunnya
“Waqatilu fi sabilillahil
ladzina… ” (Al-Baqarah ayat 190-193)
membenarkan berperang untuk
membalas serangan musuh.



p/s : sungguh,tidak ku ingin bermusuh dengan sesiapapun.. mohon maafkan ku.. aku juga tidak ingin meletakkan dirimu di kalangan orang-orang yang zalim.. namun dirimu juga janganlah meletakkan diri sendiri di kalangan orang-orang yang zalim..maafkan saya.. salam ukhwah..





ukhwah uhibbuki fillah..:')




Wassalam..

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign