Pages

October 7, 2014

BESTNYA COUPLE!

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH..

Couple with Allah


"Kalau kita mencintai seseorang biarlah kita
mendiamkan diri kerana apabila kita diam
itulah yang menjadi tanda cinta kita pada
nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada
Allah, kerana dia mengetahui segalanya
daripada kita"
Ayat tu memang betul dan ayat tu
memang terpatri kemas dalam hati ini.
Kadang-kadang benda ni agak susah sebab
tidak semua antara kita yang sanggup
memendamkan rasa cinta begitu sahaja.
Kalau nak bercinta ikut cara Islam macam
mana eh?
Sebenarnya ada beberapa cara bila kita rasa
kita ni dah suka dengan someone..
Meh baca ni…

1 ) Pendam dan berdoalah kepada Yang Maha Mengetahui

°First, kita rasa suka someone kita tak boleh
terus terburu-buru untuk meluahkannya.
Yelah kan kena reject sape yang malu.
Lagipun takut perempuan/lelaki itu dah
suka orang lain kerana jodoh ini semua
Allah dah tetapkan.So kita pendam dan
luahkan kat Allah dulu sebab Allah tu lebih
mengetahui.
So, meluahkan kepada Allah ialah cara
terbaik sebab Allah tak akan bagi sesuatu
melainkan kita berhak mendapat nya. Tajdid
niat dulu dan niatkan apa yang kita buat ini
bukanlah sebab just untuk mendapatkan
jodoh yang baik tetapi semata-mata kerana
Allah.
Jika kita berusaha menjadi hamba yang
soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan
ke atas usaha itu. Insyaallah Allah akan
bagi jodoh yang sekufu.

Firman Allah dalam Al-Quran:
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)


2) Tapis dahulu sebelum mencintai

°Cinta dating tanpa kita minta. Kadang-
kadang first time tengok kita dah jatuh hati
dengan seseorang tapi sebelum kita
mencintai orang nilailah cinta kita itu
semula.
Tapis dulu kenapa kita mencintai
seseorang? Sebab dia cantik ? Sebab harta
kekayaan? Nafsu? Hmm sebab apa ea?
Atau untuk memuliakannya dengan
menikahinya kerana Allah.
Mungkin ada yang berkata;
" Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab
kecantikan"
"Aik, kau ni takde nafsu ke?"
Ya, benar!. Sebagai manusia kita
dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan.
Hakikatnya semua manusia cintakan
kecantikan, hatta Allah juga sangat
mencintai kecantikan kerana Allah itu
bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga
dengan bernikah kerana nafsu. Namun,
antara asbab itu, jadikanlah pernikahan
kerana Allah itu berada di tingkatan yang
paling atas. Nikah kerana Allah itu yang
paling utama dan pertama.


3) Jauhi couple

°Sekiranya telah mencintai seseorang, maka
berusahalah untuk menghindarkan diri kita
dari ber " couple " kerana perkara bukan
budaya Islam. Sesungguhnya bercouple ini
menjerumuskan diri untuk mendekati zina.
▶Al-Quran ada menyebut, " la taqrabuz
zina" yang bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina"◀
yang mana para ulamak mengistinbatkan hukumnya sebagai haram.
Walaupun mungkin ada yang cakap;
“Kalau keluar pun kami jaga ikhtilat”
“aku tak contact sangat pon dia kecuali
kalau ada benda penting je..."
"Kitorang selalu akhiri majlis dating dengan
tasbih kafarah dan surah al-asr"
“Kami mention kat twitter je pon”
Betul tapi kita tak sedar sebenarnya
dengan benda-benda ni lah kita dah buat
maksiat iaitu zina hati.
Couple ni memang indah tetapi beracun.
Memang benar, pada mula berasa
semuanya manis, namun pertengahannya
semakin kurang dan akhirnya tawar dan
pahit sekali untuk ditelan. Moga kita
dijauhkan daripada semua maksiat yang
mendekati zina.


4) Istikharah dan berbincang

°Keputusan yang berkat ialah jika kita
mendapat bantuan Allah. Tak ada sorang
pun akan rugi dengan berdoa kepada Allah.
Buat lah solat istikharah untuk meminta
petunjuk dan bermusyawarah lah dengan
orang yang dipercayai.


5) Membuat keputusan mengikut Iman

°Bersyukurlah andai diberi kelapangan
setelah solat istikharah yang kita lakukan.
Petunjuk daripada istikharah bukan hanya
pada mimpi tetapi ketenangan hati, hati
yang lapang dan keyakinan yang kuat
terhadap sesuatu perkara juga merupakan
petunjuk daripada Allah.So pilihlah
seseorang menjadi wakil kita untuk
meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah.
Jika dijadikan pegangan dan cara hidup
pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga
adat yang ada. Maka, selagi adat tidak
menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti
merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga
Allah merahmati dalam menuju ke arah
kesempurnaan iman itu.








no more couple.. :'D




WASSALAM....

Terima Kasih

4 comments:

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign