Pages

October 15, 2014

Bila hati kita sedih.....

Salam...

Bila hati kita sedih,ingat Rasulullah SAW..kesedihan kita pasti akan hilang.. kerana apa kita bersedih? adakah kerana kita anak yatim? RASULULLAH SAW pun anak yatim.. adakah kita bersedih kerana kesusahan hidup?? RASULULLAH SAW pun mengalami kesusahan hidup.. adakah kita bersedih kerana anak kecik meninggal.. RASULULLAH SAW pun anak kecil meninggal.. adakah kita bersedih kerana dihina? RASULULLAH SAW juga dulu dihina.. jika kita bandingkan permasalahan kesedihan diri kita dengan keadaan RASULULLAH SAW,RASULULLAH SAW akan mengubatkan hati kita yang lagha,hati yang gusar,hati yang sedih! hal ini semua sudah tercatat di dalam alquran! Al Quran adalah pembawa hidayah. dan RASULULLAH SAW juga pembawa hidayah.

Allah berfirman,"Sesungguhnya kami memberikan kepada kamu dua hidayah,pertamanya hidayah akal..keduanya hidayah petunjuk yang dibawa olh nabi SAW.."

Al-Quran adalah rahmat,kasih syg drpd Allah.. RASULULLAH SAW juga begitu.. Baginda merupakan rahmat kurniaan daripada ALLAH SWT..

Firman ALLAH lagi,"tidaklah kami utuskan kamu wahai MUHAMMAD melainkan untuk menjadi pembawa rahmat pada sekalian alam"

betapa bermaknanya baginda RASULULLAH SAW kepada kita semua.. walaupun tiada lagi jasadnya di dunia,namun tidak seharusnya baginda mati dari hati kita.. bukan sahaja idola buat kita seluruh umat islam di dunia,malahan pemimpin kita selamanya..kesimpulannya,bacalah AL QURAN.. di dalamnya ada ubat untuk kesedihan yang kita alami..wallahualam..


p/s : mohon tegur jika ada yang silap..


wassalam.



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign