Pages

October 31, 2014

Definisi MATANG..

AssalamualaikumWarahmatullah..

hai korang.. lama dah rasanya aku tak membebel bagai ni kan.. terjumpa la satu blog informasi : pena2u.com .. hehehe.. ada ckp psl kematangan seseorang.. aku copy-cat je la k.. sorry tuan punya fakta.. saya pakai ayat awak.. tp pena2u.com memang TERBAIK!! :D

Umur bukan penentu kematangan.
Usaha dan cara berfikir adalah apa
yang menentukan kematangan kita.
Kita perlu berusaha membangkitkan
kematangan ini dan sentiasa
mempertingkatkan kualiti
kematangan kita. Walaupun umur
kita baru menjengah 15 tahun, kita
sepatutnya sudah mula merancang
bagaimana mahu mempertingkatkan
kematangan di dalam hidup
mahupun cinta.

Tapi bagaimanakah untuk menjadi
seorang yang matang dalam
bercinta? Kami banyak menerima
emel daripada pembaca meminta
tips untuk menjadi matang dalam
bercinta. Oleh itu hari ini, kami
akan kupaskan dan bincangkan
khas untuk anda.



:- Bergaul dengan orang yang jauh
lebih dewasa
Anda tidak akan matang sekiranya
hanya berkawan dengan rakan yang
sebaya dengan anda sahaja.
Keluarlah dari kepompong dan
bergaullah dengan orang sekeliling
yang berbeza level dengan anda.
Ambil teladan yang baik daripada
persahabatan dan tidak sombong
untuk mendengar pendapat orang
lain.


:-Menambah ilmu
Tidak dinafikan ilmu pengetahuan
ialah elemen penting yang
membentuk sahsiah dan
perwatakan seseorang itu ke arah
yang lebih baik. Ilmu akademik
mahupun kerohanian adalah sama
penting dan perlu dititikberatkan.
Menonton rancangan bercirikan
ilmiah atau dokumentari di
televisyen juga salah satu bentuk
pendidikan.


:-Membaca surat khabar
Maksudnya membaca keseluruhan
isi akhbar itu dan bukan kolum
hiburan atau sukan sahaja. Dan
yang paling penting tahu tentang
isu semasa yang berlaku sekarang .


:-Merubah gaya ber-SMS
Elakkan bertanya soalan-soalan
menjemukan seperti “awak sudah
makan?, makan apa?”, “awak betul-
betul sayang saya?” atau soalan
yang ekstrem seperti “apa nama
anak sulung perempuan kita
nanti?”, dan sebagainya.
Zaman bercinta monyet di sekolah
dahulu bolehlah sebabnya waktu
itu nak eja nama pun belum tentu
tahu lagi. Inikan pula nak
memahami maksud dan nilai CINTA.


:-Belajar daripada pengalaman
Orang tua pernah berkata
“Pengalaman mematangkan lagi
seseorang”. Ya, betul! Setiap orang
mengalami pengalaman berbeza.
Cuba ambil masa untuk muhasabah
diri dan ingat kembali apa
kesalahan dan kesilapan yang anda
telah lakukan dengan cinta anda
dahulu. Cuba perbaiki diri anda
untuk menjadi sang pencinta yang
baik.


:-Elakkan daripada bercinta 24 jam!
Bukan anda seorang sahaja yang
dilamun cinta. Dan jangan
disebabkan cinta, tanggungjawab
anda sendiri diabaikan. Anda bukan
lagi di peringkat sekolah rendah.
Tanggungjawab meningkat selaras
dengan peningkatan usia. Kalau
dahulunya, kita ke universiti untuk
belajar tanpa memikirkan soal kerja
dan duit. Tapi sekarang, kita sudah
berada di alam pekerjaan iaitu alam
dewasa. Banyak tanggungjawab
terletak di atas bahu kita. Sesekali
ambil masa untuk SMS si dia
diwaktu rehat tidak salah cuma
bukan 24 jam berSMS.


:-Tahu yang mana serius dan yang
mana gurauan
Kita sering terbawa-bawa perangai
dan sikap semasa kecil iaitu
sentiasa inginkan gelak dan
bergembira ke dalam bercinta. Ya,
tidak dinafikan semua orang
inginkan kecerian yang diriingi
gelak tawa dalam perhubungan
tetapi anda perlu menjaga
batasnya. Anda perlu tahu bahawa
ada masanya untuk bergembira dan
adanya untuk menjadi lebih serius
dalam bercinta.


:-Ubah penampilan anda
Kalau dahulu, anda mungkin tidak
mengendahkan penampilan anda
setiap kali keluar bersama
terutamanya lelaki. Dengan
memakai tshirt round-neck yang
bergambar ‘hantu’ ditambah dengan
jeans yang berkoyak-koyak di
bahagian lutut. Oh, anda nampak
sangat selekeh di mata orang ramai
terutama pasangan anda.
Bagi wanita pula, cuba berpakaian
lebih sopan dan menutup aurat.
Barulah nampak lebih ayu.

hehehe.. seee.. aku ada gak la yg nampak matang kalau ikut info ni..hehehe.. puji diri sendiri la plak.. heheheh. maaf andai ada salah dan silap..


- kuyus -

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign