Pages

October 12, 2014

Dia Tunang Orang Lah..

AssalamualaikumWarahmatullah..

pe kabar semua..semoga sihat ye.. aku nak story sikit pasal bertunang ni.. alkisahnya,3hari lepas,aku bekerja di bahagian luar.. jadinya aku lebih terdedah kepada pelanggan dengan kerap.. pada waktu selepas Asar begitu,aku terperasan abang-abang yang menjual burger di sebelah tempat ku bekerja begitu asyik memandang aku disulami dengan senyuman.. aku hanya membalas pandang dengan pandangan yang kosong kerana sibuk melayan pelanggan.. kemudian kira-kira pukul 8malam,aku dipanggil kakak senior di tempat aku bekerja untuk mengkhabarkan sesuatu.. aku hanya menurut.. mungkin urusan kerja.. kebetulan aku memerlukan sabun pencuci..dia menolongku mencarinya sambil berbicara 4 mata..

kakak : Ira,akak nak mintak maaf
Aku : laaaa.. kenape?
Kakak : Akak TERbagitahu kat seseorang status Ira as tunang orang..
Aku : yeke.. bagitau kat sapa?
Kakak : macamni.. tadi abang jual burger tu duk tanya la berkali-kali pasal Ira,nak number Ira and macam-macam lagi la.. dahlah belakang dia customer lain tengah queued-up nak bayar barang,dia plak menyibuk.so,akak sound dia cakap 'takboleh!Ira dah ada yang punya!'
Aku : then,dia jawab ape?
Kakak : dia jawab la,'sapa ambik dia?' akak jawab la 'orang'.. dahtu dia tanya lagi,'dia dan bertunang ke?' akak angguk je.. sebab customer belakang dah tarik muka.. then bila akak toleh ke tepi,mashaaAllah,supervisor nampak akak angguk pasal Ira dah ada tunang.. ape lagi,naik nervous akak..
Aku : laa,nape akak nervous plak?
Kakak : yela.aritu kan Ira dah remind akak supaya senyap-senyap je..tapi akak terbagitau plak..
Aku : hehe..xpe la kak.. dah terbagitau dah pun..Ira ok je cuma malas nak kecoh-kecoh..rileks k kak..hehe

baiklah..status aku ni membuat aku ingin berkongsi kepada bloggers yang lain tentang adab menjadi tunangan orang,adab bergaul dan lain-lain..kekadang ada yang menyalahgunakan status bertunang ni.. okay,bukan menuduh,ini ikut pemerhatian aku ler.. maaf ye kalau menyinggung perasaan.. baiklah,aku copy pasta je dari blog iluvislam.com.. credit to them.. and yet,very true info diorang.. inshaaAllah..:D

*Bertunang adalah salah satu tuntutan di dalam islam,ianya adalah sebagai satu permulaan kepada setiap pasangan untuk mengenali antara satu sama lain. Namun di alam era serba canggih kini, kita sering
mengabaikan displin dan adab – adab semasa bertunang.Ramai yang salah faham mengenai konsep bertunang,bagi mereka apabila sudah bertunang maka mereka bebas untuk melakukan apa sahaja. Bebas berdua-duaan,bebas bergambar bersama, bebas keluar ber’dating’ dan sebagainya. Islam tidak mengajar umatnya sedemikian, zalim pada diri sendiri dan zalim pada orang lain. Agama islam adalah syumul,madil serta cantik aturannya

*BERTUNANG
Pertunangan merupakan mukadimah kepada
perkahwinan. Ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.
Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab-adab bertunangan (ianya
melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan).
Antara adab-adab semasa bertunangan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian :

Adab dalam bergaul
Maksud pergaulan disini ialah pertemuan,
perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :
1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram (si perempuan ). Seboleh-bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan
2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan.
Ingatlah hadis Rasulullah :” Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. “
3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi
(muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.
5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah
merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.
Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh
menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .

Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama
sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan,cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:
1 . Dalam tempoh pertunangan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada
pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada
benarnya yang boleh membawa padah pasangan itu sendiri.
2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya .
3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie.Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.
4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.Serta banyak lagi.

Akhir kalam, jaga hati, jaga iman, jaga ahlak, jaga amal dunia dan bekalan akhirat jangan fikir apabila telah bertunang kita “bebas” melukakan apa – apa sahaja. Ingat bertunang itu belum tentu lagi si “dia”
akan jadi milik kita, kecualilah apabila di ijab
kabulkan barulah si “dia” betul-betul milik kita..aamiin..

p/s: sebabtu gua suka bergambar dengan encik monster dengan adik dan sepupu gua.. :D

thanks for reading..



WASSALAM..












.

Terima Kasih

4 comments:

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign