Pages

October 31, 2014

Kanak-Kanak Anugerah Terindah!

Pendidikan Ibubapa pada anak-
anak.
Pendidikan mempunyai maksud yang
luas iaitu tunjuk ajar dan latihan
tersusun serta berterusan untuk
membentuk akhlak,kemampuan
akal,pembentukan displin dan lain-
lain.Kedua ibubapa merupakan
institusi yang paling asas dalam
pendidikan anak-anak.
Anak-anak adalah amanah Allah SWT
bagi ibu bapa.Ia diibaratkan sebagai
kain putih yang mudah menerima
apa yang di corak kepada anak
samada kearah kebaikan ataupun
keburukan seperti sabda Rasulullah
s.a.w:
Bermaksud:
”Tiap-tiap anak yang dilahirkan
adalah dalam keadaan suci bersih
maka kedua ibu bapanyalah yang
menyebabkan ia menjadi Yahudi
atau Nasrani atau Majusi”.
(Riwayat At Tabrani)
Hadis tersebut memberi pengertian
peranan ibu bapa adalah penting
dan menjadi tanggung jawab ibu
bapa dalam mendidik anak-anak
bagi mencapai kejayaan di dunia
dan akhirat.Di samping itu setiap
tindak tanduk manusia di dunia akan
dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak.
Matlamat pendidikan
Matlamat pendidikan Islam secara
keseluruhan adalah seperti:
a- Mencapai keredaan Allah S.W.T
b- Menghayati roh Islam dengasn
berpandukan al-Quran dan Sunnah
c- Meninggikan akhlak masyarakat
berteraskan aqidah Islam
d- Mencungkil dan menyemai bakat-
bakat semula jadi kanak-kanak
dengan ajaran Islam.
Bila pendidikan bermula
Pendidikan anak-anak bermula pada
peringkat paling awal dalam
kehidupan semenjak ia mula lahir
daripada perut ibunya sehingga
ikatan perkahwinan.Ini kerana
selepas berkahwin tanggungjawab
itu berpindah kepada suami dan
peranan ibubapa hanya memberi
pandangan dan nasihat kepada
suami isteri sekiranya timbul
sesuatu masaalah dalam
rumahtangga.Oleh yang demikian
peranan ibubapa membentuk anak
bermula dari buaian dan bukan
peringkat dewasa seperti kata
pepatah”kalau hendak melentur
buluh biarlah dari rebungnya”.
Dengan ini ibu bapa hendaklah
memahami terlebih dahulu tentang
tahap pertumbuhan dan tumbesaran
anak-anaknya.
Firman Allah Taala dalam Surah At-
Tahrim:6:
Maksudnya:
”Wahai orang-orang yang
beriman,peliharalah diri kamu dan
anak istyerimu daripada seksa api
neraka”.
Tahap perkembangan anak-anak
Peringkat bayi hingga berumur dua
tahun-Peringkat sebelum mumayyiz
Bila anak lahir ke dunia maka kedua
ibu bapa mesti menjasga anak-anak
dengan baik bagi tumbesaran anak-
anak.Ini di sebabkan pada peringkat
ini anak-anak tidak berdaya dan
memerlukan layanan dan
perlindungan supaya terdidik
dengan seimbang dan
kematangan.Bagi ibu bapa
pemeliharaan anak-anak adalah
saling kerjasama yang melibatkan
tiga tugas:
a-Memberi makanan dan miunuman
serta membesarkan anak-anak.
b- Berbelanja untuk pendidikan dan
pelajaran anak-anak
c- Mendidik mereka dengan akhlak
mulia
Tugas pertama:- menyusu,memberi
makanan dan perlindungan supaya
anak-anak membesar untuk menjadi
manusia yang bertanggungjawab.
dengan sering di dakap,di
dukung,dipeluk cium di dodoi
hingga nak benar-benar terasa
dikasihi ,disayangi dan di lindungi.
Tugas kedua:- Ibu bapa
menanggung perbelanjaan anak-
anak hiingga dewasa termasuk
makanan,pakaian dan lain-lain.
Tugas ketiga:- ibu bapa membentuk
akhlak dan budi pekerti anak-anak
mengikut kaedah Islam
Dalam kerja mengurus rumah tangga
ia khusus kepada isteri kerana ia
sentiasa berada di rumah dengan
tabiatnya menyusu,pelihara anak
dengan sifat lemah lembut,murah
hati dan sabar berbanding suami
yang mencari rezeki dengan tubuh
yang kuat,tegap dan kasar.
Bila peringkat bayi:-
Bila anak di lahirkan sambutan
kelahiran dengan amalan sunat
seperti azan di telinga kanan dan di
iqamat di telinga kiri seperti di
lakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Maksudnya
Daripada Hussain r.a
katanya,Rasulullah s.a.w
bersabda,”Sesiapa yang baru
melahirkan anaknya lalu di azankan
di telinga kanan dan diiqamat di
telinga kirinya nescaya anak
tersebut akan terhindar daripada
penyakit sawan dan angkara
syaitan”.
(Riwayat Abu Ya’ia)
Hikmah azan dan iqamah di telinga
anak-anak yang baru lahir supaya
perkatan yang mula-mula di dengar
oleh bayi kerana kalimah syahadah
yang mulia mengandungi kebesaran
dan keagungan Allah S.W.T.Kalimah
azan mengandungi seruan dakwah
pada Islam dan penyembahan pada
Allah.Di samping itu syaitan lari bila
azan di laungkan kerana syaitan
menanti kelahiran anak-anak untuk
menariknya pada was-was dan
pengikutnya.
Di samping itu membelah mulut
(tahnik) yang baru di lahirkan
dengan buah kurma ataupun benda-
benda manis daripada sunnahj
Nabi.Ia di lakukanb dengan
menguyah buah kurma kemudian
letakkan di hujung jari lalu di
masukkan perlahan-lahan hujung
jari itu ke dalam mulut anak yang di
lahirkan,kemudian di gerakkan jari
ke kanan dan ke kiri dengan lemah
lembut hingga merata mulut anak
dengan kurma dan meresap
kemanisan ke dalam badan
Hikmahnya:- supaya urat-urat mulut
menjadi kuat dengan gerakan lidah
untuk menghisap susu
ibunya.Biasanya ia di lakukan oleh
seorang soleh dan bertakwa bagi
mengambilo berkat supaya anak itu
menjadi seorang yang soleh
bertakwa.
Amalan sunat lain ialah
i- Memberi nama yang baik(disukai
Allah)
ii- Bercukur dan akikah
Kanak-kanak tidak dapat bercakap
lagi tetapi ia secara
mendengar,memerhati keadaan
sekeliling termasuk kelakuan yang di
lakukan oleh ibu bapa samada
kelakuan yang baik atau buruk.Pada
peringkat inilah ibu bapa di galakkan
memperdengarkan kata-kata baik
(percakapan) dan bacaan ayat al-
quran.Didodoi anak dengan alunan
lagu keislaman(kalimah Allah).Masa
susui anak di dahului bacaan
Bismillah di tutupi dengan
Allhamdulillah.
Sayidatina Aisyah r.ha berkata,aku
mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:”Sesiapa mendidik akan
sejak kecil sampai dia
mengucapkan”lailahaillallah”maka
dia tidak akan di hisap lagi pada
hari kiamat”.(Riwayat Thabrani)
Peringkat anak umur 2 tahun hingga
5 tahun
Kanak-kanak pada peringkat
tersebut di antara peringkat pra-
sekolah perlu di dedahkan kepada
bimbingan dan latihan dalaman.Bagi
ibu bapa wajib menanam asas-asas
keimanan seperti memperkenaljan
anak-anak sifat-sifat Allah,Rasul
dan menceritakan kisah-kisah yang
bersangkutan diri peringkat anak-
anak di samping mendidik dengan
sifat mulia dan menjauhi sifat di keji
seperti di katakan oleh Imam
Ghazali.
Peranan ibubapa adalah memberi
keadilan terhadap anak samada
lelaki atau perempuan dari segi
pakaian,makanan dan sebagainya
bagi tumbesaran yan baik dan
sempurna .Ibubapa perlu bercakap
dengan bahasa lemah lembut dan
bersopan kerana percakapan
memberi kesan pada anak-anak
dalam membentuk akhlak yang
mulia.Dalam Al-Quran, Allah
menyuruh ibubapa melayani anak-
anak dengan cinta,kasih sayang dan
pemaaf kerana Allah benci ibubapa
yang bersikap kasar dan berdendam
pada anak-anak.
Firman Allah dalam Surah At-
Taghabun Ayat 14:
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman!
sesungguhnya ada di antara isteri-
isteri kamu dan anak-anak kamu
yang menjadi musuh bagi kamu.Oleh
itu awaslah serta berjaga-jagalah
kamu terhadap mereka.Dan jika
kamu memaafkan dan tidak
marahkan(mereka)serta
mengampunkan kesalahan mereka
(maka Allah akan berbuat demikian
terhadapkamu),kerana
sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani”.
Saidina Ali bin Abi Talib K.w
berkata:
”Sayangilah dan layanilah anak
sampai usianya tujuh
tahun,kemudian didilah anakmu
selama tujuh dan pada tujuh tahun
ketiga suruhlah anakmu untuk ikut
membantu urusan keluargamui”.
Dengan ini ulama membahagikan
pendidikan anak-anak kepada tiga
fasa (yang setiap satunya selama
tempoh tujuh tahun).
1) Fasa(tempoh)tujuh tahun pertama
(dari usia 0 hingga tujuh tahun)
dengan kasih sayang
2) Fasa tujuh tahun kedua (dari usia
7 hingga 14 tahun)dengan didikan
ilmu dan tunjuk ajar serta kebiasaan
yang baik.
3)Fasa tujuh tahun ketiga(dari usia
14 hiingga 21 tahun)dengan
bimbingan kemahiran hidup dan
latihan kepimpinan.
Bila peringkat bercerai susu dalam
lingkungan dua tahun,anak-anak
akan memasuki peringkat usia awal
mumaiyiz.Tanda seorang anak itu
sudah mula mumaiyiz :
a) Tahu membeza antara tangan
kanan dan kiri
b) Sudah pandai menyarung kasut di
kaki dengan betul.
Sekiranya telah ada tanda
demikian,maka pendidikan boleh di
mulakan.Ini kerana didikan dari anak
masih kecil akan memberi kesan
mendalam dan
berpanjangan,berbanding jika di
mulai apabila sudah besar.
Pesanan Hukama:
“Bersegeralah dalam mendidik anak
sebelum kesibukan
melalaikanmu,kerana sesungguhnya
apabila anak-anakmu telah berumur
dewasa dan berakal(tetapi tidak
terdidik)maka dia akan menyibukkan
(menyusahkan)hatimu dengan
keburukkan”.
Nabi s.a.w bersabda
bermaksud:”Menuntut ilmu semasa
kecilnya,laksana melukis di atas
batu.”(Riwayat Baihaqi dan
Thabrani).
Pendidikan jasmani
Faktor yang paling penting yang
mempengaruhi tumbesaran anak-
anak ialash kesihatan.Ini adalah
kerana kesihatan memainkan
peranan dalam menentu kebahagian
keluarga yang sihat sejahtera dari
segala penyakit.Dengan ini ibu bapa
mengambil berat pendidikan jasmani
di kalangan anak-anak.
Bagi anak-anak yang masih
kecil,peranan ibubapa dalam
bertugas menjaga tentang
menyusu,makan minum,kebesihan
termasuk gigi dan menghilangkan
najis.
Bagi peringkat umur anak-anak tiga
hingga empat tahun:
Ibubapa hendaklah mengatur
kehidupan dengan waktu yang tepat
seperti berikut:
a) Melatih anak bangun pagi
- Membaca doa
- Mengambil wuduk
- Mengerjakan sembahyang
- Bersyukur kepada Allah yang di
panjangkan umur
b) Melatih anak masuk bilik air/
tandas
- Memakai alas kaki
- Menutup kepala dengan kain atau
sebagainya.
- Masuk dimulai doa dan kaki kiri
- Tidak bercakap
- Tidak lama di dalam tandas
- Bersugi(mengosok gigi)
c) Melatih anak keluar bilik air/
tandas
- Membersih kaki kanan
- Keluar di mulai doa dan kaki
kanan
- Berwuduk
d) Bersugi/mengosok gigi
- Menguna berus gigi dari bahan
suci
- Memegang berus gigi dengan
tangan kanan
- Di mulai mengosok dari bahagian
atas di sebelah kanan ke kiri.
- Mengosok dalam bahagian ganjil
Masa mengosok gigi:
 Semasa bangun tidur
 Sebelum mendirikan sembahyang
 Sebelum berwuduk
 Ketika mulut berbau
 Sebelum membaca Al Quran
e) Melatih anak mengerat kuku
- Berniat mengikut sunnah
- Memotong hari Isnin,Khamis dan
Jumaat
- Di mulai dari jari telunjuk
kanan,tengah,manis dan kelingking
kanan
- Kemudian kuku kelingking
kiri,manis,tengah,telunjuk dan ibu
jari kiri di akhiri
Ibu jari kanan.
- Kuku kaki:mulai jari kelingking
kaki kanan ikut turutan hingga yang
terakhir
Jari kaki kelingking kiri.
 Sekiranya di lakukan seperti di atas
akan mendapat sunat(kebajikan dari
Allah).
Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:
Daripada Abu Bakar r.a katanya
Rasulullah s.a.w bersabda,”Gosok
gigi itu boleh membersihkan mulut
lagi disukai oleh Allah
S.W.T.”(Riwayat Ahmad)
f) Melatih adab makan
- Membasuh tangan sebelum
menjamah makanan dan sesudah
makan.
Tujuan:kerana melalui tangan yang
kotor menyebabkan mudah berlaku
bentuk
penyakit berjangkit.
- Membaca doa dan Bismillah pada
memulai makan
Sabda Nabi bermaksud:
Maksudnya:
Daripada Amru bin Abi Salamah r.a
katanya,Rasulullah s.a.w
bersabda,”Bacalah Bismillah dan
makanlah dengan tangan kanan
serta makanlah makanan yang
berhampiran
(dekat)denganmu.”(Riwayat Al-
Bukhari dan Muslim)
- Makan dengan tangan kanan dan
mengambil makanan dengan tangan
kanan.
- Bila memulai makan ambillah
makanan di hadapan dan paling
hampir dahulu.
- Tidak di mulai makan sebelum di
mulai orang yang lebih tua
daripadanya.
- Tidak terlau memandang pada
makanan dan orang yang sedang
makan.
- Tidak menyuap makanan bertalu-
talu sehingga makanan tumpah
bertaburan.
- Tidak makan terlalu kenyang dan
mencela makanan yang tidak di
sukai.
- Bila selesai makan hendaklah di
ucap Alhamdulillah sebagai tanda
bersyukur
kepada Allah.
g) Melatih adab minum
- Di sunat membaca Bismillah
semasa makan dan mengucap
Alhamdulillah bila
selesai minum dengan tiga-tiga
teguk.
- Makruh meniup ke dalam air.
- Di larang minum sambil berdiri.
h) Melatih adab dengan guru.
- Di mulai salam dengan hormat
- Banyak berdiam diri dari
percakapan yang sia-sia
- Bila ada permasaalahan,minta izin
untuk bertanya
-Tidak berhujah dengan guru pada
perkara yang sia-sia
-Tunjukkan sikap terima
pendapatnya.
-Tidak menyinggung perasaan guru
- Duduk dengan tenang dan sopan
di hadapan guru
- Cari peluang dan sesuai bagi
persoalan kepada guru
- Hendaklah selalu bersangka baik
terhadap guru
Seterusnya anak-anak jangan di
biasakan dengan benda-benda
mewah(melampau batas) dan tidak
mematuhi syariat Islam,kerana ia
merupakan persediaan untuk
menghadapi kesusahan di masa
mendatang.Ini memberi pengertian
kehidupan adalah secara sederhana.
Kesimpulan:
Pendidikan anak-anak adalah
penting dan menjadi kewajipan ibu
bapa kerana ianya akan di soal dan
di pertanggungjawab pada hari
aklhirat atas apa perbuatan yang di
lakukan di dunia.Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar r.a
berkata:Rasulullah s.a.w
bersabda:”Setiap kamu adalah
pemimpin dan setiap kamu akan
dipertanggungjawab terhadap
pimpinannya,seorang pemerintah
adalah pemimpin dan ia
bertanggungjawab terhadap
rakyatnya.Seorang suami adalah
pemimpin kepada keluarganya dan
ia bertanggungjawab terhadap orang
yang di bawah
pimpinannya.”(Riwayat Al-Bukhari
dan Muslim)

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign