Pages

December 24, 2014

"Segmen Jom Blogwalk ! #3 by Mellya"



 "Segmen Jom Blogwalk ! #3 by Mellya"



p/s : click banner untuk join!
p/s lagi : goodluck for your final exm ya Mellya
p/s lagi lah! : blog dia cantek dhoe!



Terima Kasih

December 22, 2014

"Segmen Klik Button Follow By Syahirah Valiant"


Assalamualaikum Warahmatullah..

baiklah di petang yang murni lagi indah serta kebasahan akibat kebasahan di bumi Kenyalang ni,terbit suatu mood untuk join segmen cik adik yang sama nama dengan aku ni, iaitu cik Ira Valiant.. rare gituww nama dia,, nak follow, tekan banner di bawah ye..

p/s : i dah join group tau.. my facebook name- Noryussyairah Yussof .. k sekian.. =)



wassalam..



Terima Kasih

December 13, 2014

TIPS MUDAH UTK TAMBAH MINAT MEMBACA AL QURAN.

Assalamualaikum..

Aku adalah siswi universiti, jawatan ni
menuntut aku untuk melakukan pelbagai tugasan. Aku juga ahli aktif kelab dan persatuan di universiti.Tapi aku lupa bahawa aku juga hamba Allah yang perlu aktif melakukan ibadah untuk kebaikan aku sendiri, untuk saham aku di akhirat nanti. Bodohnya aku, lalainya aku dengan tugasan dunia yang tidak akan pernah habis.Hidup aku untuk apa sebenarnya, mati aku nanti bagaimana? Aku tatap al-quran pink atas meja belajar aku, lebih seminggu aku tinggalkan dia tanpa rasa bersalah. Kalaulah dia boleh bercakap, mesti dia cakap “Bukan lama sangat untuk kau baca al-quran, kau ada 24 jam. Takkan 5 minit untuk 5 waktu solat pun kau tak nak baca aku?” .

Astagfirullah. Aku belek muka surat terakhir yang aku baca,muka surat yang patut di 'highlight’ isi terjemahannya dengan warna-warni hanya penuh dengan tulisan hitam. Rasa malu dengan Allah. Aku cari penyelesaian. Aku baiki jadual harian aku, aku cari solusi bagaimana untuk aku lebih semangat baca al-quran, untuk jadikan al-quran sahabat aku, untuk jadikan al-quran pedoman di setiap hari aku. Ini antara solusinya untuk rajinkan diri baca Al-Quran,sebagai perkongsian kita bersama,insyaAllah:

1) Niatkan Dalam Hati
*Niat dalam hati, aku baca al-quran
agar Engkau lebih sayang aku ya Allah,
agar hari-hari aku ini penuh dengan keceriaan.

2) Al-Quran Berwarna
*Anda suka warna apa? Sekarang macam-macam jenis warna ada jual. Kalau suka pink, beli warna pink. hehe..Sebelum beli tengok isi terjemahannya sekali. Pastikan tulisannya tidak terlalu kecil.

3) Fahamkan Isinya
*Lepas baca al-quran, baca dan fahamkan terjemahannya. Baru kita tahu makna tiap apa yang kita baca. Rugi kalau tak baca terjemahan, kalau kita ni orang Arab tak apa. Setiap kata-kata dari al-quran tu cukup indah, lebih indah dari lirik lagu romantika de amor. Subhanallah!

4) Highlight isi-isi penting dalam al-
quran tu.
*Contoh, dalam surah al-fatihah,ayat 05 yang bermaksud,
"Hanya kepada
Engkau kami menyembah dan hanya
kepada Engkaulah kami memohon
pertolongan.”
Ayat ni boleh dijadikan zikir setiap
hari.

5) Jadikan al-quran sebagai “PETI
ADUAN”.
Bila kita gembira,bila kita sedih, bila
kita rasa tak dihargai, bila rasa ingin
dicintai, bila kita ingin bertaubat, bila
kita ingin menambah iman kita, bila kita
ingin masuk syurga. Semuanya ada dalam al-quran. Bedah isinya,kita akan tahu betapa indahnya kurniaan Allah ini. Subhanallah!

Penutup: Baca Al-Quran Itu Melengkapkan Hidup

See! Betapa al-quran itu pelengkap
hidup kita. Sampai nak cari kawan baik pun Allah tolong kita,segalanya melalui al-quran.
Bila hidup kita berpandu al-quran,
hati timbul rasa tenang,hati rasa ingin
tambah amal, hati rasa bahagianya bila al-quran ada dekat dengan hati. Bila al-quran dijadikan sahabat,insyaAllah hidup berkat.


"Muslimah,
apa guna berwajah
indah jika al-quran
tidak diendah,
apa guna berwajah
cantik jika tiada Nur dari Allah,
hari-hari dilalui akan indah,
jika al-quran sentiasa
diselak,dibaca dan
dihayati isinya yang indah,
hidup tiada gundah,
hidup terasa indah,
sungguh al-quran itu
isinya cukup indah,
sungguh al-quran itu
penghapus rasa gundah,
SUBHANALLAH!"


*


Artikel adalah perkongsian dari
sahabat pembaca kita, Syaxkirah
Norhizan ( MissHijabi.blogspot.com ) ke
inbox akuislam.com. Semoga perkongsian
dari beliau memberi 1001 makna dan
manfaat kepada kita semua =)

:)

WASSALAM



Terima Kasih

December 10, 2014

Ya ALLAH,diterimakah taubatku?

“Dari Abu Hurairah r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah! Saya meminta ampun dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” Bayangkanlah, jika Rasulullah SAW yang merupakan seorang kekasih Allah yang dimuliakan oleh-Nya dan bersifat maksum serta dijamin mendapat keampunan Allah SWT akan dosa-dosa baginda SAW yang terdahulu serta akan datang masih lagi bertaubat lebih dari tujuh puluh kali setiap hari, bagaimana pula kita sebagai hamba Allah yang tidak pernah terlepas dari berbuat salah dan silap?

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 17:“Sesungguhnya taubat yang diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian (ketika mengetahui perkara itu dosa) mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) taubat mereka diterima Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Telah kau lakukan dosa yang kau inginkan;

kau tunda juga taubat di masa datang;

sedang mati datang di saat tiada di duga;

itu bukan perbuatan orang yang berakal

#Bidadari_Jannah

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign