Pages

December 16, 2015

Penghujung Pencarian Kami...




Berakhir sudah pencarian cintaku..
Diri ini tak lagi sepi
Hati ini t'lah ada yang miliki ...



Tanggal 11 Disember 2015, tamatlah sudah zaman bujang kami.. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja, aku telah sah menjadi isteri Encik.Ilyas.. masa dah sah tu, ALLAH SWT je tahu betapa bercampur baur nya perasaan aku.. sedih gembira terharu sebak excited semua ada.. tak tahu nak cakap macammana.. Yang pasti, kami amat-amat bersyukur, selepas satu-satu dugaan kami berdua berjaya lalui.. sebut sahaja apa jenis dugaan, kami lalui dengan pelbagai perasaan dan cara..

Sujud syukur dan solat sunat ditunaikan seusai majlis akad nikah.. kemudian kami disandingkan sebentar selepas solat Jumaat dalam kenduri kesyukuran.. hanya satu perkataan yang aku mampu luahkan dikala sedang bersanding, LEGA.. yup, cukup lega.. satu persatu yang kami usahakan mnembuahkan hasil.. Terima Kasih ya ALLAH buat segalanya.,

Walimatul Urus pula diadakan keesokan harinya, 12 Disember 2015.. hanya majlis biasa, sederhna dan meriah.. asalkan ibu bapa kami gembira itu sudah memadai buat kami..

so, dah siap semua, lets tengok semua hasil yang aku dan EN.Asben dah usahakan untuk wedding kami.. 

Atok tepung tawar kite..


with Mama yang paling cantik and pengapit..


Candid yang paling aku sukaa..


with parents tersayang


Family aku..


Family en.Asben











kitorang acah2 sweet kat atas tu..hahahha


bestfriend zaman sekolah aku


sepupu belah mama aku


another favourite picture


and this too


bestfriend aku di POLI..=D


buat LOVE kononnya


potong kek..




Itu saja.. SELAMAT PENGANTIN BARU TO ME.. =P

Wassalam~



Terima Kasih

December 7, 2015

Menghitung Hari . . .


Menghitung hari detik demi detik...



Assalamualaikum WBT..

Dengan ini diisytiharkan, kurang 3 hari lagi cik Kuyus akan bergelar seorang isteri !! hahaha.. Alhamdulillah, setakat ini segala macam DIY yang cik Kuyus godek-godek di facebook, blog, wechat, whatsapp dan sebagainya membuahkan hasil.. penat lelah cik Kuyus terbayar lepas tengok semua tu.. hehehe.. Antara yang mendapat sentuhan jari jemari cik Kuyus yang kasar ni ialah :



1) Bunga Telur - tisu 1Malaysia
2) Hand Bouquete - kain satin & kain crepe
3) Langsir bilik pengantin - kain satin
4) Pelamin - kain satin, kerusi jati mama, pasu super save, bunga super save, segalanya super save
5) Baju akad nikah - kain baju sekolah putih
6) Baju sanding - Kain songket
7) Baju family sedondon - jubah batik borneo kuning & baju melayu kuning
8) Set karaoke - perkongsian set dengan pakcik
9) Bantal kecil 14"x14" - kain satin
10) Buku Tetamu/Guest Book - Kertas A4
11) Shawl pengantin - Kain 'entah', manik sendirian bhd.
12) Props - photoshop + 180gsm paper
13) Baju langkah bendul - kain koshibo
14) Tengkolok pengantin lelaki
15) Kad jemputan - photoshop 2hari + kertas A4 870pcs + kedai fotostate kawan mama



Gigih sungguh cik Kuyus sebab cik Kuyus sangat-sangat cerewet,,entahlah.. kekadang rimas dengan diri sendiri sebab terlalu cerewet,,senget sikit dah bising itu ini.. hand bouquete pon makan asa seminggu sebab nak lembutkan tangan ni.. haihhh.. pening dengan diri sendiri tau!!

Kesimpulannya, sesiapa nak cari inspirasi cara berjimat macam cik Kuyus ni, boleh refer sini naa.. hehehe..mana tau berkesan.. hehe.. any question boleh komen.. nanti kita jawab ye..

korang, doakan cik Kuyus dan mr. Fiancee selamat diijabkabulkan nanti  okay? amiin Allahumma Amiin.. salam sayang buat semua..

Wassalam..


Terima Kasih

December 5, 2015

Malas Nak Berkawan Sebab...

Semakin banyak org yg kau kenal

Semakin banyak tanggungjawab kau pikul

Nak tahu kenapa?

Kawan kau x tutup aurat satu kerja

Kau menipu kawan kau pun satu krja

Kau sakitkan hati kawan dah double kerja

Kau jangan ingt kau lepas dr timbangan amal

Tanggung kat dunia

Jawab kat akhirat

Settle......

So,jgn tnya soalan bodoh knpe aku stop berkwan,kenapa aku berdiam diri,knpe aku tak ambil peduli..aku dah penat,aku dah lali dgn semua ni...ckupla yg ada skrg ni,xsanggup aku nak tanggung lagi..apa aku nak jawab kat akhirat nnti?..aku dah penat dgn permainan duniawi..tiba masa aku berehat pergi dan tak akan kembali


Al-fatihah untk diri yg sntiasa bergelumang dlm dosa
..

Terima Kasih

November 21, 2015

A Little Happiness OST Our Times


...
Masa bekerja di bakery haritu, aku slalu jugak off day.. urus hal nikah dan sebagainya,. ada sehari tu, aku pi tengok wayang.. Aku terpandang poster movie " Our Times".. ajak sang tunang tengokk, tapi dia taknak.. jadiknya aku pun tak jadi nak tengok movie tu..

Image result for our times
penyesalan..sob sobssss..

keesokannya, anak bos cerita pasal lagu baru mandarin yang dia minat sangat-sangat.. lagu tu OST filem mandarin jugak. then aku dengar la lagu tu.. sumpah best! even tak faham sangat apa cina tu merepek dalam lagu dia, irama lagu tu sangat best.. aku saje je la tanya kan, lagu ni ada buat OST movie or drama ke.. then dia jawab ada.. aku tanya la, movie apa.. kut-kut aku penah layan en? pastu dia cakap movie baru.. dia pasal student skolah,. aku pun terfikir lah.. eh, ni macam movie yang aku nak tengok semalam je.. aku tanya lagi, tajuk apa.. dia pun sebutlah, "Our Times".. dan aku pun berHUHUHUHUHUHUHU.. menyesal sangat tak tengok!!!!!

Image result for our times
yang gangster tu handsome!!!!! =?

aku baca sinopsis movie tu kat tenet, Allah.. syoknya movie tuuuu.. rugi sangat tak tengok.. dan aku pun menyesal tak berlagu.. yang aku mampu buat cuma layan lagu "A Little Happiness" dan hafal lirik dia semampu yang boleh.. sob sob.. =(
apa kata korang cuba layan lagu ni SEKALI je.. seriously korang akan addicted.. sedap kotttttt.. =* aku sediakan lirik sekali untuk korang.. =*



Hebe Tien - Xiao Xing Yun (A Little Happiness) Lyrics Pinyin, Our Times Movie Soundtrack

Wo ting jian yu di luo zai qing qing cao di
Wo ting jian yuan fang xia ke zhong sheng xiang qi
Ke shi wo mei you ting jian ni de zheng yin
Ren zhen hu huan wo xing ming

Ai shang ni de shi hou hai bu dong gan qing
Li bie le cai jue de ke gu ming xin
Wei shen me mei you fa xian yu jian le ni
Shi sheng ming zui hao de shi qing

Reff:
Ye xu dang shi
Mang zhe wei xiao he ku qi
Mang zhe zhui zhu tian kong zhong de liu xing
Ren li suo dang ran de wang ji
Shi shui feng li yu li yi zhi mo mo shou hu zai yuan di

Yuan lai ni shi wo zhui xiang liu zhu de xing yun
Yuan lai wo men he ai qing zeng jing kao de na me jinh
Na wei wo dui kang shi jie de jue ding na pei wo lin de yu
yi mu mu dou shi ni yi chen bu ran de zhen xin

Yu ni xiang yu hao xing yun
Ke wo yi shi qu wei ni lei liu man lian de quan li
Dan yuan zai wo kan bu dao de tian ji ni zhang kai le shuang yi
Yu jin ni de zhu ding
Ta hui you duo xing yun

Qing chun shi duan die die zhuang zhung de lv xing
Yong you zhe hou zhi hou jue de mei li
Lai bu ji gan xie shi ni gei wo yong qi
rang wo neng zuo hui wo zi ji
credit to : loveheaven07
dan jemput ke wikipedia untuk tahu sinopsis movie ini ye..
Wassalam..=)

Terima Kasih

Saat Yang Bahagia..


"...Saat yang bahagia datang sekejap saja
bawa kisah asmara di dalam hidup kita..."

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH SWT kerana masih lagi memberikan kita semua peluang untuk bertaubat.. peluang untuk membuat amal kebajikan.. semoga kita memanfaatkan sisa-sisa waktu yang diberikanNya ini ke arah yang sepatutnya..

Lama menyepi bukan membawa diri.. ceeeeehhhhhhhh.. haha.. KuYus sibuk membuat persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.. tambah tolak 21hari lagi inshaaALLAH.. baju family KuYus jahit sendiri jadinya sangat sibuk dan tak sempat nak blogging bagai..

24 Oktober 2015 haritu mak-in-law nak meraikan pertunangan kami pulak.. haha.. dah lama bertunang tapi baru nak raikan.. kelam kabut KuYus siapkan hantaran.. dengan KuYus yang kurang kreatif ni.. alahai.. sabor je lah,, ALhamdulillah berjalan dengan lancar.. hihi.. terima kasih kepada semua yang membantu KuYus semasa hari kejadian haritu..

Maaf KuYus tak dapat nak share gambar atas sebab privacy.. hehe.. dan mungkin ada yang perasan, KuYus dah jarang post gambar di laman sosial,. usaha untuk mengelakkan fitnah,. semua tahu kan, fitnah terbesar akhir zaman adalah dunia dan wanita.. mashaaALLAH.. tak sanggup rasanya nak jadi sebahagian fitnah akhir zaman.. semoga ALLAH SWT menjauhkan muslimh-muslimah semua daripada semua tu ya..

Rasanya itu saja yang KuYus nak share.. yang tahu rumah KuYus, jemput la ke majlis perkahwinan kami nanti k.. salam Ukhwah semua.

Wassalam.


Terima Kasih

October 30, 2015

Memori Tercipta

"... di sini jua memori tercipta, walau seketika terjalin kasih kita.. mungkin di sini kita kan terpisah kenangan bersama tiada ku lupa..yang terpahit jua termanis semuanya bagiku terindah ku ingati buat selama lamanya..."

Birthday Shoutout!  

Sanah Helwah Siti Mashitah Bt.Lela@Abu Darda.. May Allah bless you, your family, friends and everyone that you love the most.. Hoping that our friendship will last longer inshaaAllah till His jannah.. Inni Uhibbuki Fillah.. Sayang kamu kerana Allah.. dan keranaNya kita dipertemukan di Poli.. keranaNya juga kita menjadi belangkas.. kuasa Allah menentukan segalanya..

semoga awk panjang umur murah rezeki.. jaga diri di tempat baru.. saya dah takda nak protect awak dari syaitan lelaki.. saya dah takda nak sound orang yang flirt awak.. maaf tak boleh nak ikut awak ke sana.. walau jauh camana sekalipun, friendship kita takkan putus.. inshaaAllah..

Maaf juga sebab kekadang gagal jadi sahabat yang baik.. maafkan semuanya and halalkan semuanya.. sayang awak Mashitah, inshaaAllah selamanya..

Doakan saya dengan bakal jodoh saya dipermudahkam ye sayang.. semoga awak pun dipercepatkan jumpa jodoh.. sayang awak lah!! 😍









Wassalam~

.

Terima Kasih

October 21, 2015

ALLAH MENYINDIR KITA...

ALLAH MENYINDIR KITA...





Berfirman Allah Taala yang bermaksud, Wahai Anak Adam:

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi masih mengumpul harta.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur, tetapi masih tertawa.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi masih beristirehat.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya tetapi masih tenang dengannya.

Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya, tetapi jahil pada hatinya.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air, tetapi hatinya tidak suci.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk dengan aib orang lain, tetapi lupa terhadap dirinya sendiri.

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui sesungguhnya Allah itu mengawasinya, tetapi masih boleh melakukan maksiat atau mengetahui sesungguhnya dia akan mati berseorangan, akan memasuki kubur berseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih jinak bersama manusia.

Ketahuilah, tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Aku, dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan Ku.

- (Petikan Hadis Qudsi : Kitab Imam Al Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)


















Terima Kasih

October 19, 2015

Counting Days....<3






Assalamualaikum Warahmatullah WBT..





Tetiba harini nak quote pasal jodoh.. haih.. hehe..





gambar semua dari facebook.. Alhamdulillah.. terima kasih kepada yang share.. :')









Macam mana nak cakap ye.. mungkin gembira tu tak dapat nak diluahkan.. dipendam je.. bukan taknak share happiness, tapi aku takut plan aku tak jadi.. yela.. kita cuma manusia biasa yang merancang.. in fact, rancangan kita banyak kelemahan dari segala aspek.. tapi, nak taknak aku kena jugak merancang sebab ada bijak pandai cakap, orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang kegagalan.. jadi, aku sehabis baik akan berusaha untuk tidak merancang kegagalan.. positif dan terus positif.. inshaaAllah.. :) ang penting niat lillahita'ala.. :)





Yang tahu akan tahu.. yang tak tahu mungkin akan tahu.. yang tak tahu akan terus taknak tahu.. takpe.. tak kisah dan tak peduli. yang aku harapkan redha Allah.. inshaaAllah.. yang tahu mohon doakan perjalanan rancangan seperti yang diinginkan.. hihi..





sekian.. Wassalam~

Terima Kasih

September 20, 2015

ROLL CALL : Cara Mendidik Anak Dari Dalam Buaian by Saiful Nang

Assalamualaikum WBT..

sedikit perkongsian buat ibu bapa yang masih mencari-cari cara mendidik anak dengan betul dan masih memikirkan bila waktu yang sesuai untuk mendidik anak.. mengikut Saiful Nang, fotografer yang terkenal ini, beliau mendidik anak dengan menggunakan cara roll call, iaitu perjumpaan sebentar bersama anak-anak dan membincangkan permasalahan yang mereka alami.. dan ibu bapa juga akan menyelitkan motivasi, peraturan dan sebagainya di dalam roll call tersebut.. di bawah KuYus sertakan post penuh Saiful Nang di facebook beliau..






ROLL CALL HARIAN ANAK SAYA (Seperti dalam foto yang isteri saya ambil ini)
Zaman nabi dahulu ia dipanggil TAKRIR (ikrar dan azamkan apa nak buat seharian) & TAKLIM (maklum & lapor apa yg telah dibuat) cuma di sini saya gunakan istilah inggeris...ROLL CALL. Orked (4 tahun), Seri (2 tahun) & Lela (9 bulan) bukanlah muda lagi untuk pembelajaran bermula. Pendidikan bermula dari buaian dan bukan tunggu dah darjah 1. Seri dah mula bercerita pada umur antara 1-2 tahun apabila dia diletakkan bersama kakaknya sekali dalam roll-call. Lela masih belum pandai bercakap tetapi diwajibkan hadir roll-call saya. Untuk apa? Method ini yang diamalkan oleh keseluruhan organisasi Rumah Pengasih Warga Prihatin lalu saya lanjutkannya di unit keluarga saya sendiri.
Anak seperti Lela yang belum pandai bercakap sebenarnya sudah lengkap deria input mereka seperti pendengarannya juga penglihatannya. Jangan ingat mereka tidak mampu berkata (output) bermakna mereka tidak mampu menerima input ilmu? Rugi sangat jika anda fikir begitu kerana dari buaian sehingga mereka pandai berbicara itu adalah INPUT SEHALA yang Allah dah jadikan dalam keadaan anak TIDAK BOLEH MENJAWAB.
Ketika itu, anda perlu masukkan tentang MATLAMAT HIDUP yang anda ulang-ulanginya walaupun mereka tidak boleh respon. Tiada ruang menjawab memberi kita RUANG UNTUK BENTUK JIWA & MINDA MEREKA DARI AWAL. Semasa mereka mula pandai berbicara, ketika itu pendirian dan aspirasi kita sudah terlalu kuat dalam hati mereka untuk mereka pertikaikan dengan mulut.
Masa saya terhad dengan keluarga, biasanya roll call berlaku semasa sarapan & makan malam. Kadangkala seperti gambar ini apabila keadaan memerlukan.
Anda pasti terkejut apabila anak anda mula pandai berkata-kata sahaja, mereka dah berbicara dalam bahasa kamu dan cara fikir yang kamu (ibu bapa) mahukan mereka berfikir. Anda pasti terkejut apabila mereka mula membicarakan istilah-istilah tinggi yang anda tidak perasan bila anda ajarkannya tetapi anda gunakannya dalam perbualan bersama isteri dan didengari oleh mereka
KANDUNGAN ROLL CALL
- Laporan harian Aktiviti anak
- Laporan harian salahbuat anak (sendiri mengaku)
- Pesanan & aspirasi Ayah
- Pesanan hormati ibu (ulang-ulang)
- Pesanan taati bapa, Rasul & Allah.
Itu sahaja, biasanya row call ini saya jalankan secara santai dan anak akan bercerita. Biasanya ia berlangsung dalam 5 minit. Saya hanya bertanyakan dalam row call kepada Orked tetapi kemudiannya itu menyebabkan Seri yang berumur 2 tahun juga mampu meniru dengan cepat sekali. Sekarang Lela yang masih 9 bulan dan belum pandai bercakap juga sudah mula mumbling bila kakak-kakaknya membuat laporan. InsyaAllah very soon, Lela mampu berkata-kata dan berpendirian seperti mana saya ulang-ulangi kepada kakak-kakak mereka.
WAKTU PENTING PENDIDIKAN ANAK ADALAH DARI BUAIAN
Post ini saya kongsikan kerana banyak pertanyaan common yang orang bertanyakan kepada saya tentang kaedah pendidikan anak-anak saya khususnya dan Rumah Prihatin umumnya (yang masih kecil lagi). Memang lah, masa kecil bolehlah nak jaga begitu, nanti bila besar tak tentu lagi. Pada saya pula, jika tidak dimula dari sekarang nanti besar dah jadi liat dan bila dah jadi buluh pasti susah nak dilentur dan bentuk. Jika boleh pun dengan API & PAKSAAN (tapi siksalah).
Mengapa mereka bertanya begitu? Pasti bagi mereka yang pernah jumpa Orked, Seri dan anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin akan bertanya soalan yang sama kerana bual bicara mereka tak sama dengan kanak-kanak lain (Yang ragu dan sangsi boleh datang melawat Rumah ini). Perbualan mereka lebih kepada perkara yang sudah diterapkan dalam row-call itu. Maka setiap hari ada pendirian-pendirian yang ditanam dan diulangi. Isteri saya pula merapikan dan melaksanakan pendidikan secara akademik kepada anak-anak itu untuk mengejar visi yang saya (bapa) tanamkan.
Mungkin ada yang pelik bila kanak-kanak ini bertanya kepada kakak-kakak sukarelawan dari universiti tempatan yang membuat program menceriakan anak-anak Warga Prihatin ini mendengar soalan dari anak sebesar Orked (4 tahun) yang berbunyi lebih kurang sebegini ;
Orked : Kak, apa RASIONAL gerakan ini? (bila disuruh menari)
Siswi : (Terkejut) Ohh..ini untuk kita suka-suka main bersama.
Orked : Ayah saya pesan, semua perbuatan dan permainan perlu ada FUNDAMENTAL yang kuat supaya mampu memberi PELAJARAN kepada anak-anak kecil seperti kami. Jika kurang kebaikannya, saya minta izin untuk tidak ikut aktiviti ini boleh tak kak?
Siswi : (Menoleh ke arah saya dengan senyum) Bijaknya budak ni.
(Kemudian baru siswa siswi itu mula menerangkan rasional aktiviti yang mereka mahu lakukan sebagai pelajaran kepada anak-anak kecil itu. Rasional yang melebihi sekadar suka-suka sahaja).
Satu lagi, jika yang sebesar Lela tu perlu juga ke masuk row call ?
jawapan saya, semestinya kerana disiplin row call hanya saya terap pada Orked tetapi Seri tahu dengan CONTOH kakaknya, Lela juga nanti akan dapat melalui contoh kakak-kakaknya. Kerja saya kan jadi mudah?
Selain dari itu, row call membentuk disiplin anak yang DATANG BILA DIPANGGIL. Sedih melihat zaman ini apabila anak dipanggil sampai dikejar dan ditangkap juga masih tak mahu datang. Semasa kecil ok lah, bila dah besar nanti bila dipanggil terus lari rumah pula.
Banyak masalah BESAR anak-anak kita sekarang ini terjadi apabila kita mengabaikan banyak perkara-perkara kecil pada awal pembesaran mereka. Antaranya ialah SILATURRAHIM (yang saya buat dalam bentuk row call dan bukannya PS3, Game console, tablet, smartphone dll). Mendidik anak zaman ini memang mencabar. Mari kita bincangkan perkara ini. - SAIFUL NANG

Menarik bukan.. sekian.. Wassalam..

Terima Kasih

Yaumul Jumu'ah : Syiling dan Kehidupan

Assalamualaikum WBT.. ye tau.. cik KuYus lambat buat segmen Yaumul Jumu'ah.. maaf.. KuYus busy sangat lately.. kat bakery.. kat rumah lagi.. maaf ye.. okay, Jumaat lepas KuYus jumpa dah pengisian untuk Yaumul Jumu'ah.. tapi, masa yang mencemburui..

okay.. pengisian kali ini mengenai duit syiling.. dan kehidupan kita.. kenapa duit syiling? jom kita tengok cerita di bawah..





Buat renungan kita bersama..
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinyya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

faham kan, tak perlu KuYus terangkan banyak-banyak.. penceritaan yang padat dan sangat mudah difahami.. semoga kalian semua mendapat manfaat dari pengisian kali ini.. berjumpa di Yaumul Jumu'ah seterusnya.. Wassalam.. :)



Terima Kasih

September 17, 2015

POLIGAMI bukan SUNNAH?

Assalamualaikum.. Aku tertarik nak baca bebelan panjang sahabat aku di group muslimah kami.. selama ni aku silent reader je.. then aku terus like apa dia bebel di group.. dia bebel tentang 'POLIGAMI bukan SUNNAH?'.. so,meh baca kenapa dia cakap gitu.. ada betulnya.. thanks sahabat atas perkongsian ye.. :*



Aku rasa macam bodoh pulak bila ostat-ostat kata poligami ni untuk elak zina... Untuk salurkan 'nafsu' ke arah yg diredhai Allah... Ostat-ostat ni macam meletakkan poligami ni sebagai lesen melampiaskan nafsu aje...

Aku terfikir.... Kalau lelaki kawen... Kendian tengok perempuan lain, bernafsu, atas nama poligami maka pergilah dia kawen lagi satu sebab nak elak zina... Kendian nampak lagi perempuan lain, bernafsu lagi... Kawen lagi... Sampailah cukup kuota, agak-agak macam mana pulak lepas tu dia nak uruskan nafsu besar dia tu? Kenapa bila rasa bernafsu, tidak disalurkan aje dekat isteri dia yang sah? Jadi dekat sini apa masalah dia?

Masalah dia ialah NAFSU.. Jadi nak uruskan nafsu ni Allah dah berfirman:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)

Itu yang utama.. Jaga pandangan. Allah tak suruh engko kawen sebab engko nafsu besar.. Siapa ajar tu ostat? Cukup-cukuplah memburukkan nama Islam dengan nama POLIGAMI ni... Jangan la nak sucikan NAFSU tu dengan lesen 'SUNNAH'... Poligami bukan sunnah... Mana ada perkara sunnah yang Allah letakkan syarat begitu ketatttt untuk dilaksanakan... Sunnah tu satu galakan.. Galakan tak pernah wujud berserta syarat yang ketat macam syarat poligami ni.

Semulia-mulia perempuan yang menjaga dirinya, keluarganya, anak-anaknya, makan minum suaminya, pakaiannya, hatinya, jiwanya, akhirnya bila sampai bab poligami, mereka umpama sehelai kertas yang tak berguna.. Tanpa hak, tanpa ada kata dua, tanpa pembelaan sesiapa... Sejak bila Islam mendoktrinkan hukum sunnah sebegini kejam? Aneh. Kerana doktrin ini, Barat memperlekehkan agama kita dan kita bergelak ketawa seronok.

Nabi bermonogami (kahwin satu) dengan Khadijah selama 25 tahun, berpoligami hanya 10 tahun. Kenapa perlu highlight poligami yang 10 tahun sedangkan monogami nabi yang 25 tahun tu lebih layak dijadikah sunnah? Dangkal! Nabi tak pernah berpoligami dengan anak dara.. Tak pernah berpoligami dengan wanita-wanita cantik... Nabi berpoligami dengan janda-janda kecuali Aisyah yang nabi kahwini atas arahan Tuhan. Tapi apa jadi dengan ostat-ostat yang berpoligami sekarang? Bukan main vogue bini baru ostat???

Oh, aku dah kira ahli neraka ke ni bila tolak sunnah? Ini bukan aku cakap ikut nafsu macam engko cakap poligami tu sunnah... Ini Jumhur Ulama yg bersepakat poilgami itu hukumnya harus. Bukan sunnah... Okaylah, tak tahu Jumhur Ulama tu apa benda, kita tengok lah Bukhari dan Muslim ada merekodkan Rasulullah melarang kesemua puteri baginda untuk dimadukan.. Habis yang ini engko nak cakap macam mana pulak?

Aku naik bosan bila duduk ceramah agama, ostat-ostat bergurau senda pasal poligami ni.. Seronok ye ostat? Beribu perempuan terguris dengan senda gurau ostat yang kata "Poligami ni sunnah, lelaki no problem.. Bila-bila masa!".. Pandai kau ostat... Dekat mana hati nurani ostat-ostat ni terhadap perempuan-perempuan? Berdekah-dekah ketawa menjulang 'sunnah', tanpa hirau ada makhluk tuhan yang sepatutnya dijaga sebaik-baiknya, sedang terguris, terasa dan bersedih.

Islam ni agama syumul.... Agama yang tak terlepas satu zarah pun perihal kehidupan... Takkan lah Islam ni terlepas pandang soal hati dan perasaan perempuan kot? Engko yang nama ostat pulak pergi hiris-hiris hati perempuan.. Ewah ostat..... Perempuan ni ada pilihan untuk redha je ke ostat dalam isu poligami ni? Kesian perempuan kalau ikut ostat ni... Engko terluka macam mana pun, engko cuma ada 2 pilihan. Redha berendam air mata atau engko jadi ahli neraka sebab tolak sunnah... Kah! Kah! Ostat.. Ostat.... Poligami bukan pesta berseronok-seronok untuk lelaki ostat....

Sudah lah ostat-ostat semua... Pergi balik dan berimanlah dengan SUNNAH POLIGAMI engkorang tu semua... Ni kejap lagi ada lah ahli sorga pengikut ostat Ferrari hentam aku ni... Ikutlah.. Aku doakan semoga suami engko memadukan engko, pastu aku nak tengok engko redha takat mana.

*

sekian.. haha..

Terima Kasih

September 11, 2015

Yaumul Jumu'ah : Pembersihan hati

Assalamualaikum Warahmatullah..

harini hari Jumaat.. KuYu terfikir untuk buat satu segmen khas untuk hari Jumaat.. hari Jumaat kan penghulu segala hari jadi eloklah kita muhasabah diri sebentar dan check balik iman kita.. adakah makin menaik atau makin menurun..

jadi,KuYus ingat nak buat segmen 'Yaumul Jumu'ah' pada setiap hari Jumaat.. KuYus akan sertakan hadis atau sunnah nabi atau petikan ayat quran yang inshaaAllah boleh membuatkan kita berfikir sejenak, adakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan malaikat pencabut nyawa sekaligus berhadapan dengan malaikat yang bertanyakan kita 5 soalan bocor di alam barzakh kelak..

semoga segmen yang KuYus datangkan ini memberi manfaat kepada semua.. inshaaAllah amiin Allahumma Amiin..

Untuk hari ini KuYus sertakan hadis sahih inshaaAllah sumber dari BAHAGIAN DAKWAH,JAKIM..semoga kita dapat sama-II beramal dengan hadis ini.. Wallahua'alammuBissawab..


"Mulut jahat tapi hati baik"
- Tidak benar. Hati yang baik hanya mengalirkan kata-kata mulia dan diredhai Allah..

"Barangsiapa beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam." [Sahih Bukhari (8/11) No. 6019]






Wassalam..

Terima Kasih

September 4, 2015

GUA MASIH STRESSSSSSSSSSSSSS!!!(part II)



Image result for muka stress doodle
credit to : shafaaliaa.blogspot.com

Assalamualaikum WBT..

ok.. banyak pulak entry stress gua arini kan? rasa nak makan nasik lauk orang pun ada jugak ni.. heh!
sekali lagi pasal photoshop!

sebelum ini : PART I

haih.. ceritanya begini.. dah elok gua jumpa button "shape-tool" yang gua kecoh-kecoh cari di entry STRESS PART I tadi, jadinya gua gumbira tak terkata!! gua edit dokumen rahsia gua tadi dengan tekun teliti tepat tangkas dan semua 'T' lahh.. but suddenly.............

mama tutup suis laptop gua.. which is laptop gua connect directly dari charger ke laptop.. dan ini bermakna laptop gua tak bergantung dengan bateri.. dan ini sangat bermakna yang laptop gua akan terpadam secara automatiknya!

chettt.. dan gua terkelu selama-lamanya melihat laptop gua mati depan mata gua : dengan kerja gua belum save dari awal gua buat sampai saat laptop gua mati.. dan gua tak tahu nak cakap apa.. gua cuma mampu pandang mama, pandang laptop, pandang mama balik, dan switch on balek laptop gua..

gua sedang mencari kekuatan untuk mula dari awal buat kerja gua yang dah lesap ke planet Matoki.. atau mungkin planet Pluto.. atau mungkin sudah hancur di planet Utarid akibat kepanasan matahari yang melampau..**imaginasi tinggi saat frust sedih terkedu ni**



credit to : GOOGLE

gua masih terkedu.............hingga saat ini....mungkin balasan untuk gua kerana terlampau gubira tadi.. heh.. semoga tiada lagi entry stress gua malam ini..

k.. cau.. nak gantung diri..XD

Wassalam.


Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign