Pages

January 25, 2015

RAHSIA KELAHIRAN!

siapa lahir bulan 5/3/6/7/9/10/11/12??

tengok info di bawah.. fakta atau auta,wallahua'lam..:)

Suke nyanyi dimana2 je
Suke dengar luahan hati sedih orang
tapi kalau bab diri sendiri pendam.
Tak suke menyusahkan orang kecuali terpaksa.
Sekali dilukai sampai mati ingat.
Jenis tak duduk diam.
Tak materialistic.
Nampak je pendiam tapi sebenarnya hyper active. Sangat nakal.
Suke ketawa but kekadang serious.
Suke menganjing /buli orang sesuke hati.
Always happy kan org sekeliling.
Kuat jealous.
Susah org nk dapat dia.


p/s : saya copy sebab saya lahir bulan Disember..

Terima Kasih

xSOLAT HINA DARI MENZINA & MEMBUNUH !

ASSALAMUALAIKUM..


Apakah Dosa Yang Lebih Besar Dari Berzina & Pembunuh?

Mungkin kita salah seorang dari mereka.

Bacalah.


Suatu Senja, seorang wanita melangkah mendekati kediaman Nabi Musa. Setelah mengucapkan salam, dia masuk sambil terus menunduk. Air matanya berderai tatkala berkata,


“Wahai Nabi Allah, tolonglah saya. Doakan agar Allah mengampuni dosa keji saya.”


“Apakah dosamu wahai wanita..?” Tanya Nabi Musa.


“Saya takut mengatakannya,” jawab wanita itu.


“Katakanlah, jangan ragu-ragu..!” desak Nabi Musa.


Maka perempuan itu pun dengan takut bercerita, “Saya telah berzina.”
Kepala nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.


“Dari perzinaan itu saya Hamil. Setelah anak itu lahir, saya cekik lehernya hingga dia mati,” lanjut perempuan itu lalu menangis.Mata Nabi Musa berapi-api. Dengan muka yang berang dia mengherdik,


“Perempuan celaka, pergi dari sini. Agar siksa Allah tak masuk ke dalam rumahku. Pergi!!!” teriak nabi Musa sambil berpaling kerana jijik.


Hati perempuan itu bagaikan hancur luluh. Dia menangis tersedu-sedu dan keluar dari Rumah Nabi Musa. Ia tak tahu harus ke mana lagi mahu mengadu. Bahkan dia tak tahu ke mana harus melangkah pergi. Apabila seorang Nabi pun menolaknya, bagaimana manusia lain akan menerimanya?


Sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Jibril lalu bertanya,

“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya..? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar dari itu..?“


Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu..? Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu..? “tanya baginda.


“Ada..!!” jawab Jibril dengan tegas.


“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa memanggil wanita tadi, lalu berdoa memohon keampunan kepada Allah. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa penyesalan adalah seakan menganggap remeh perintah Allah.
Sedangkan bertaubat dan menyesali dosa dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin Allah itu ada. Wallahu’alam...

Terima Kasih

January 19, 2015

MENABUNG CARA SENANG DI SELURUH ALAM!

Nota Editor: Artikel ini asalnya diterbitkan di fb wall Mohd Faiz , seorang usahawan import dan jurulatih memborong dari China. Semoga anda mendapat manfaat dari tulisan beliau di bawah.








1 RUMAH 1 TABUNG Paksa diri untuk menabung.

Boleh bermula dari:

RM1 hari pertama,
RM2 hari ke-2
RM3 hari ke-3
RM4 hari ke-4
RM5 hari ke-5


Dan seterusnya sehinggalah kita rasa dah capai batas minima yang kita boleh menabung. Contoh:

Batas minima saya RM10 sehari. So paksa diri maintainkan RM10 sehari. JANGAN KURANG daripada amount minima. Dan TABUNG itu pastikan ia ADA NAMA. Contoh yang pernah saya buat:


Tabung Nikah
Tabung Umrah
Tabung Baby


Dan setiap tabung ada tempoh sebelum ia dipecahkan.

Saya pecahkan tabung nikah yang saya mulakan sejak saya study dulu sehinggalah seminggu sebelum saya bernikah.Hasilnya ada 5k+ dalam tu.”Takdalah mak mertua kata aku ni sengkek sangat sebab baru habis study time tu. Haha.”











Hari ini, saya pecahkan TABUNG BABY. Bermula sejak saya tahu isteri saya mengandung sehinggalah masa untuk dia persiapkan barangan baby yang bakal dilahirkan (InsyaAllah). DAN hasilnya, InsyaAllah cukup utk beli baju-baju baby dan keperluan si isteri saya. Ada 4 angka juga.Tempoh simpanan 8 bulan.

Jadi kepada kawan-kawan jangan merungut dan beralasan asyik tak cukup duit. Sebenarnya bukan tak cukup duit tapi kita yang tak cukup bersedia.

JOM BUAT!!!


:)

Terima Kasih

January 16, 2015

KENAPA TAK KAHWIN LAGI?

"Kau bila nak kahwin?Haha" Pak imam mencuci kolah bersamaku.

Aku cuba jawab,"Calon-calon semua sudah dirembat oranglah, Mam. Anak pak imam pun dah nak kahwin. Cikgu tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je.Redo je lah."

"Pak imam menjelingku."Memilih sangat ni."

"Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah. "Salah ke memilih, Mam?"

Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang disentalnya. "Tak salah.Memang lebih baik memilih. Cuma jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan di hati. Yang hati tertarik.Ada pula ciri-ciri empat agama, keturunan, harta, rupa tu,alhamdulillah."

Ku ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni lubang kecil di sudut kolah. "Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?" ㅤ

Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit basah terkena air. "Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan. Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang telah couple berpuluh kali pun boleh, yang sudah terlanjur beratus kali pun boleh. Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri." ㅤ

Aku berdiri sama. "Apa dia?" ㅤ

Pak imam bersandar di tiang dekat kolah. "Janji dengan diri, tolong jangan putus asa. Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan pada pasangan untuk terus berubah baik."

Pak Imam menyambung lagi, "Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya, imannya, bukan semudah yang kau sangkakan. Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran dalam mendidiknya. Dia akan memberontak, melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau cuba untuk pimpinnya ke arah lebih baik. Kau tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh. Kalau kau jiwa rapuh, hati tacing, mudah tersentuh, kau takkan mampu mendidik pasangan. Malahan, kau pula yang akan tunduk di bawah telunjuknya.

Jangan putus asa berdoa. Di kala suami yang lain berseronok senang lenang dengan isteri solehah masing-masing, kau kena gigih bangun malam berdoa tak putus-putus supaya isteri kau diberikan hidayah, terbuka hatinya, lembut hatinya untuk berubah. Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti kolah ini. Kau kena menangis lebih banyak di malam hari depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang hari depan isterimu. Dalam tegas, ada kelembutan. Dalam kelembutan, ada ketegasan. Kau harus tahu, didikan tidak akan se-smooth yang kau fikirkan. Term 'sama-sama berubah ke arah lebih baik' cuma fantasi kau. Kau tak akan dapat jangka dan agak apa yang ada di dalam jiwa pasangan kau. Mungkin kau saja yang ingin berubah, tapi dia cuma berkata-kata di mulut. Kau tidak tahu. Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit. Insya-Allah, suatu hari, setelah bertahun-tahun bertarung dan korbankan hati perasaan, berkat keikhlasan dan rahmat Allah, isteri kau nanti akan berubah. Permata dan kaca memang berlainan. Kaca bisa melukakan. Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga kau letih sendiri.Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh Allah, heavenlah kau nanti.Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik. Siapa tahu. Kau faham?"

Aku mengangguk-angguk.

Rupanya, nikah itu memang perlu agama yang terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana nanti didikannya? Pasti rosak hancur.Bukan agama seseorang perempuan, tapi agama seseorang lelaki itu lebih patut diutamakan.

Namun, dalam hati ini aku harap, setelah usaha penat lelah mendidik nanti, ada secebis penghargaan untuk yang bernama suami. Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih. Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.Bila orang tanya aku lagi tentang nikah, pasti akan ku jawab balik pada diri sendiri,


"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang sepatutnya."


Renung-renungkan..:)

Terima Kasih

KEDATANGAN WAKTU MATI KU..

Sibuk kejar kehidupan. 


Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.


Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.


Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata,

"Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu. Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh..


Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat.

Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?


Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.


Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu. "Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*" Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.


"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.


"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."


Tergamam.


Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*


Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.


Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

Terima Kasih

January 15, 2015

SAKITNYA YA ALLAH!!!

Tahukah anda, apabila seorang hamba
Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan
kepadanya 4 malaikat.


>Malaikat Pertama : akan ambil SELERANYA.
>Malaikat kedua : akan ambil REZEKINYA.
>Malaikat ketiga : akan ambil
KECANTIKANNYA (wajah menjadi pucat)
>Malaikat keempat : akan ambil DOSANYA


Dan apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNYA kembali sihat, Allah akan suruh malaikat pertama,kedua & ketiga untuk beri balik apa yang diambil olehNYA buat sementara waktu iaitu nikmat SELERA, REZEKI & KECANTIKAN.

Tapi, Allah tidak menyuruh malaikat
keempat untuk beri balik DOSA hambaNYA yg telah diambil. Nak tahu kenapa? Sebab sakit itu ujian Allah. Sakit itu kafarah (penghapus) dosa bagi tiap2 hambaNYA. SubhanAllah.. betapa kasih, mulia & baik hatinya Allah pada hamba2NYA. Sebab tu
kene selalu husnudzon (bersangka baik) bila Allah uji kita dgn rasa sakit. Sungguh kasihnya Allah pada kita. Dalam Dia menguji kita dengan nikmat sakit, ganjaran dan pahala tetap ada buat kita, hamba-hambaNYA.

SubhanAllah!


:)

Terima Kasih

January 12, 2015

Si Penzina dan Tukang Mandi Mayat. . .

AssalamualaikumWarahmatullah..

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus. Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih
lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu :

"Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya"?

Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah. Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :

"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati".

Imam Malik berkata : "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang
saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."

Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

PENGAJARAN :
Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi
kalau kita tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai
tauladan dan ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk
dalam masyarakat,negeri atau negara, yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-
hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

p/s : story ni mengingatkan ana akan suatu statement yang pernah seseorang lemparkan kepada ana.. beliau mengatakan bahawa "Ira bertukar pasangan/pakwe/boyfriend seperti bertukar pakaian. . ." dan ana benar-benar kecewa kerana dituduh sedemikian di hadapan tunangan ana.. ana faham awak marah dengan tunangan ana,namun awak tak tahu sebab ana diperlakukan sedemikian oleh segelintir kaum Adam dan awak tak ada bukti serta saksi yang boleh menyabitkan ana dengan kata-kata awak.. ana harap,awak tarik semula kata-kata tersebut.. ana masih tersinggung dengan ayat tersebut cik kak.. wassalam..

:)

Terima Kasih

January 10, 2015

J.O.D.O.H





Jodoh Pasti Bertemu- Afgan


Andai engkau tahu
betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku

Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu Jika aku memang
tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu,
jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu
(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu Ku kan memilikimu,
jodoh pasti bertemu

p/s : thanks yang pernah menyanyikan lagu ni di depan saya..the truth that make me think deeply.. semoga berbahagia.. :)

Terima Kasih

January 9, 2015

Tips Mudah Berjaya Dunia Akhirat! WAJIB BACA!

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH..






NAK BERJAYA KE TIDAK???????



😥Hidup yang kelam kabut datang dari solat yang kelam kabut,
😥Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
😥Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
😥Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
😥Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
😥Hidup yang x tenang datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
😥Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.
😃Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
😃Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
😃Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.


"sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yg beriman. Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yg mereka lakukan" - (Al-Mu'minuun:1-2)


Jom perbaiki solat kita dan ingatkan yg lain. Sebarkan demi Islam tercinta.

Terima Kasih

January 8, 2015

SOLEHAH ATAU TOLEHAH???

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH..

Allah Swt telah berfirman:

(Lazimnya) perempuan-
perempuan yang jahat adalah
untuk lelaki-lelaki yang jahat,
dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang
jahat; dan (sebaliknya)
perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan
lelaki-lelaki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik.
Mereka (yang baik) itu adalah
bersih dari (tuduhan buruk) yang
dikatakan oleh orang-orang
(yang jahat); mereka (yang baik)
itu akan beroleh pengampunan
(dari Allah) dan pengurniaan
yang mulia.
(Surah An-Nur: 26)

Ia ayat penyata. Dimulakan dengan
perempuan-perempuan yang baik-baik. Kemudian barulah diikuti dengan lelaki- lelaki yang baik-baik. Allah swt telah menjanjikan golongan baik-baik ini dianugerahkan pasangan yang juga dikalangan yang baik-baik. Ia nyata dan fakta dari Allah yang Maha Agung.


Wanita itu sangat dipelihara kerana nilainya sangat mahal disisi Islam.
[Hikari]


Jika ditanya kepada para wanita diluar sana, apakah ciri-ciri suami idaman? Pastinya ini adalah deretan jawapan yang diberikan.

“Kalau saya, saya nak yang beriman,rajin,hormat orang tua,bertanggungjawab,pandai ambil hati,tinggi,dan hensem.”

Haa.. Kan?. Bab hensem tu selalunya
ada. Fitrahnya manusia hendakkan yang segala bagai lengkapnya, cantik dan hensem dimata. Namun, jika hatinya turut sama hensem ia sudah lebih dari cukup. Betul kan?

Persoalannya disini, layakkah kita, para
wanita untuk menjadi isteri kepada seorang imam yang cukup sempurna itu? Kembali kepada pokok pangkal perbincangan. Wanita yang baik-baik untuk lelaki yang baik-baik. Pernah kah kita melihat seorang wanita muslimah yang sangat menjaga pergaulannya dan yang sangat ‘mahal’ nilainya? Manakan tidak, suaranya hanya orang tertentu sahaja boleh
mendengarnya, tubuhnya tidak sesuka
hati boleh disentuh lelaki, pakaiannya
tidak dapat discan lelaki dan tingkah
lakunya menjadikan para lelaki segan
untuk mendekati. Wanita se’mahal’ ini pasanganya adalah lelaki yang ‘mahal’ juga. Hanya si panglima soleh sahaja mampu menjadi imam kepada wanita seperti ini. Kan?

Mari kita telusuri bersama-sama
keperibadian si solehah ini, sebagai modus operandi menumpang ombak solehahnya. Antara elemen yang perlu
diperhatikan adalah pakaian, tingkah
laku dan pergaulan juga tutur katanya. Bagaimana perlaksanaannya?


Ciri #1 => Pakaian Yang Menutupi Tubuhnya

Imej pakaian seorang solehah itu
menutupi keseluruhan tubuhnya. Pakaian tersebut semestinya longgar, berwarna gelap, memakai stokin juga
kasut yang tidak berbunyi. Senang
cerita bila si solehah lalu, si ajnabi
lelaki tidak akan pusingkan muka 2 kali.Malah hendak lihat dari hujung ke
hujung pun jauh sekali. Maka terhindarlah si solehah ini dari panahan mata syaitan yang akan menjerumuskan ke lembah kehinaan. Oh ya, bab tudungnya perlu disentuh
juga. Sanggul si solehah rendah dan
sedang-sedang sahaja, tidak perlu
terlalu tinggi seperti bonggol unta. Juga amat penting tudung dilabuhkan
menutup dada. Cuba bayangkan jika perempuan yang Allah jadikan indah setiap inci ini memakai pakaian yang sebaliknya dari apa yang telah disebutkan. Maka berbondonglah lelaki bermata liar cuba menjalar. Lalu, agak-agak apa yang akan terjadi?

Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
kerosakan). (Surah Al-Isra': 32)

Sungguh, setiap syariat yang Allah
telah gariskan sebenarnya memberi
manfaat kepada manusia itu sendiri.
Bukankah Allah yang telah menciptakan kita, hamba-hambaNYA. Maka sudah tentu, pencipta kita lebih faham dan tahu tujuan diperintahkan setiap sesuatu.


Ciri #2 => Tingkah Lakunya

Si solehah itu tingkah lakunya sopan
juga sering menundukkan pandangan.
Solehah itu terpelihara dalam tingkahnya hingga lelaki ajnabi naik
segan untuk mendekati. Hal ini kerana,
dia semestinya tidak akan sewenang-
wenangnya mendekatkan diri dengan
lelaki ajnabi tanpa urusan. “Saya segan dengan dia”, kata si lelaki.
Perkataan itu lebih baik daripada si
lelaki berkata “Ala, si minah tu ke?”.
Agak-agak kata yang mana ada ‘can’
dipilih sebagai menantu? Si solehah juga sentiasa menjaga solatnya juga rajin berbakti kepada kedua orang tua. Jika telah berkahwin, maka suami menjadi tempat rujukan dan curahan bakti. Maka benarlah wanita solehah itu sebaik-baik perhiasan
dunia. Tenang lagi menenangkan. Damai lagi mendamaikan.


Ciri #3 => Tutur Kata

Wanita itu punya suara lunak dan
merdu. Wooh!! Jika memujuk rayu,
habislah lelaki gagah perkasa lemah
longlai dibuatnya. Si solehah itu hanya
menggunakan suaranya yang lembut
pada yang halal sahaja. Jika berhadapan dengan lelaki bukan mahram, suaranya cuba ditegaskan
seboleh yang mungkin.

Muslimah bukan sekadar cantik rupa parasnya, tetapi cantik juga pergaulannya. [Amina ]

Meminimakan isi perbualan. Menjadikan
suaranya mahal untuk kedengaran.
Yang mahal sudah tentu tidak ‘murai’
tanpa arah, atau terpekik, juga ketawa tak ingat dunia. Oh, itu bukanlah ciri seorang solehah sebaliknya itu tolehah.


Ciri #4 => Pergaulan

Dalam aspek pergaulan pula, percampuran antara lelaki dan perempuan perlu kita perhatikan. Tidak dinafikan dimana sahaja percampuran antara lelaki dan perempuan ini kelihatan. Baik di tempat belajar ataupun di tempat berkerja. Namun, bagaimana si solehah menempatkan dirinya perlu diberi perhatian. Kebiasaanya, si solehah ini cuba mengelakkan untuk melibatkan diri bekerja bersama lelaki ajnabi. Seboleh mungkin dielakkan, apatah lagi jika kerja kumpulan yang melibatkan 2 orang sahaja. Pintu syaitan itu terbuka luas apabila melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan. Dan itulah yang seboleh mungkin dielakkan. Di satu sisi kelihatannya si solehah ini mempunyai batasan yang telah ditetapkan sendiri. Dan ia menjadi kayu pengukur untuk dia bertindak dalam konteks pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kuncinya adalah minimakan selagi boleh. Selain itu, si solehah juga sangat risau jika melihat ada lelaki yang cuba memberi perhatian kepadanya. Hal ini kerana, sudah tentu ada salah dimana-mana jika lelaki memberi keistimewaan. Lalu dalam masa ini, ketegasan dan prinsip diri perlu diutamakan. Jangan dipandang kepada lelaki itu, tapi pandanglah apa kata pencipta lelaki itu.Yang Maha Tahu segala isi hati setiap sesuatu.


Demikianlah keperibadian si solehah
yang boleh kita ambil pengajaran dan ikutan. Terlalu banyak lagi sisi yang boleh dibincangkan. Dari segi akhlaknya, ibadahnya, nilai murninya,ilmunya dan sebagainya. Yang telah
disebutkan adalah yang asas sahaja.
Allah SWT telah mengajarkan kita doa dalam Al-Quran:

Dan juga mereka (yang diredhai
Allah itu ialah orang-orang) yang
berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Surah Al-Furqan: 74)

Maka berdoalah. Mohon Allah jadikan
kita semua wanita solehah untuk kita
menerima bakal suami soleh dan bertaqwa. Minta selalu padaNYA, yang
memiliki juga mengetahui setiap isi
hati. Semoga wanita-wanita diluar sana dipermudahkan urusan menjadi
solehah. Bakal bidadari syuga
Inshaa Allah.

Wassalam

p/s : credit to owner entry.. doktor kalau tak silap.. ni pun saya copy paste dari kawan-kawan kat Whatsapp.. semoga memberi manfaat dan inspirasi buat mereka yang sedang mencari keredhaanNya.. inshaaAllah..:)






Terima Kasih

January 2, 2015

Membersihkan...


ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH..

ALHAMDULILLAH , masih dikurniakan umur yang panjang dan nikmat yang melimpah ruah dari ALLAH SWT.. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.. malam ni Ira terasa nak membersihkan blog pulak.. bukan apa.. entry-entry Ira yang sebelum ni nampak macam banyak mencarut kepada life Ira daripada pengisian yang baik.. astaghfirullahalazim.. sepatutnya tak terjadi perkara tu kan? mashaa Allah.. Ira pun mengambl langkah drastik memadam almost 50% entry-entry Ira.. hehe.. di sini juga Ira ingin memohon maaf yang teramat  banyak daripada korang kerana membuatkan korang membaca perkaraperkara mencarut dari blog Ira.. sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang tak elok itu kelemahan Ira sendiri.. maafkan Ira k?

oh ya,belum terlambat kan untuk Ira ucapkan selamat tahun baru masihi 2015 kepada semua bloggers dan pembaca blog Ira.. semoga korang dapat mencapai azam yang korang dah tanam dalam hati tu.. azam yang tak tecapai last year pun Ira doakan korang dapat capai tahun ni. takpe slow-slow. nama pun manusia kan,tak semua yang kita nak,kita akan dapat. ada hikmahnya ALLAH SWT tak bagi benda yang kita nak,sebab Dia nak kurniakan benda yang kita perlukan,. inshaaALLAH..

terkadang kita ni leka dengan duniawi sementara,which is benda yang kita kejar. teramat leka sehingga perkara yang ukhrawi yang akan kekal selamanya kita lupakan.. kita tinggalkan semata-mata nak penuhi kehendak nafsu kita ni..astaghfirullah.. kenapa macamtu ye.. kita sepatutnya kena seimbangkan duniawi dan ukhrawi supaya kita berjaya dunia dan akhirat. takkan la kita nak berjaya hanya di dunia,kat tempat yang abadi tu kita biar je,. kan? saje nak selfnote.. sebab Ira sendiri pun sering jugak terleka dengan duniawi ni.. semoga kita boleh lakukan perubahan kat benda tu k? ukhwah fillah semua.. maafkan Ira andai Ira tersilap.. wassalam.

=)






Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign