Pages

January 8, 2015

SOLEHAH ATAU TOLEHAH???

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH..

Allah Swt telah berfirman:

(Lazimnya) perempuan-
perempuan yang jahat adalah
untuk lelaki-lelaki yang jahat,
dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang
jahat; dan (sebaliknya)
perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan
lelaki-lelaki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik.
Mereka (yang baik) itu adalah
bersih dari (tuduhan buruk) yang
dikatakan oleh orang-orang
(yang jahat); mereka (yang baik)
itu akan beroleh pengampunan
(dari Allah) dan pengurniaan
yang mulia.
(Surah An-Nur: 26)

Ia ayat penyata. Dimulakan dengan
perempuan-perempuan yang baik-baik. Kemudian barulah diikuti dengan lelaki- lelaki yang baik-baik. Allah swt telah menjanjikan golongan baik-baik ini dianugerahkan pasangan yang juga dikalangan yang baik-baik. Ia nyata dan fakta dari Allah yang Maha Agung.


Wanita itu sangat dipelihara kerana nilainya sangat mahal disisi Islam.
[Hikari]


Jika ditanya kepada para wanita diluar sana, apakah ciri-ciri suami idaman? Pastinya ini adalah deretan jawapan yang diberikan.

“Kalau saya, saya nak yang beriman,rajin,hormat orang tua,bertanggungjawab,pandai ambil hati,tinggi,dan hensem.”

Haa.. Kan?. Bab hensem tu selalunya
ada. Fitrahnya manusia hendakkan yang segala bagai lengkapnya, cantik dan hensem dimata. Namun, jika hatinya turut sama hensem ia sudah lebih dari cukup. Betul kan?

Persoalannya disini, layakkah kita, para
wanita untuk menjadi isteri kepada seorang imam yang cukup sempurna itu? Kembali kepada pokok pangkal perbincangan. Wanita yang baik-baik untuk lelaki yang baik-baik. Pernah kah kita melihat seorang wanita muslimah yang sangat menjaga pergaulannya dan yang sangat ‘mahal’ nilainya? Manakan tidak, suaranya hanya orang tertentu sahaja boleh
mendengarnya, tubuhnya tidak sesuka
hati boleh disentuh lelaki, pakaiannya
tidak dapat discan lelaki dan tingkah
lakunya menjadikan para lelaki segan
untuk mendekati. Wanita se’mahal’ ini pasanganya adalah lelaki yang ‘mahal’ juga. Hanya si panglima soleh sahaja mampu menjadi imam kepada wanita seperti ini. Kan?

Mari kita telusuri bersama-sama
keperibadian si solehah ini, sebagai modus operandi menumpang ombak solehahnya. Antara elemen yang perlu
diperhatikan adalah pakaian, tingkah
laku dan pergaulan juga tutur katanya. Bagaimana perlaksanaannya?


Ciri #1 => Pakaian Yang Menutupi Tubuhnya

Imej pakaian seorang solehah itu
menutupi keseluruhan tubuhnya. Pakaian tersebut semestinya longgar, berwarna gelap, memakai stokin juga
kasut yang tidak berbunyi. Senang
cerita bila si solehah lalu, si ajnabi
lelaki tidak akan pusingkan muka 2 kali.Malah hendak lihat dari hujung ke
hujung pun jauh sekali. Maka terhindarlah si solehah ini dari panahan mata syaitan yang akan menjerumuskan ke lembah kehinaan. Oh ya, bab tudungnya perlu disentuh
juga. Sanggul si solehah rendah dan
sedang-sedang sahaja, tidak perlu
terlalu tinggi seperti bonggol unta. Juga amat penting tudung dilabuhkan
menutup dada. Cuba bayangkan jika perempuan yang Allah jadikan indah setiap inci ini memakai pakaian yang sebaliknya dari apa yang telah disebutkan. Maka berbondonglah lelaki bermata liar cuba menjalar. Lalu, agak-agak apa yang akan terjadi?

Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
kerosakan). (Surah Al-Isra': 32)

Sungguh, setiap syariat yang Allah
telah gariskan sebenarnya memberi
manfaat kepada manusia itu sendiri.
Bukankah Allah yang telah menciptakan kita, hamba-hambaNYA. Maka sudah tentu, pencipta kita lebih faham dan tahu tujuan diperintahkan setiap sesuatu.


Ciri #2 => Tingkah Lakunya

Si solehah itu tingkah lakunya sopan
juga sering menundukkan pandangan.
Solehah itu terpelihara dalam tingkahnya hingga lelaki ajnabi naik
segan untuk mendekati. Hal ini kerana,
dia semestinya tidak akan sewenang-
wenangnya mendekatkan diri dengan
lelaki ajnabi tanpa urusan. “Saya segan dengan dia”, kata si lelaki.
Perkataan itu lebih baik daripada si
lelaki berkata “Ala, si minah tu ke?”.
Agak-agak kata yang mana ada ‘can’
dipilih sebagai menantu? Si solehah juga sentiasa menjaga solatnya juga rajin berbakti kepada kedua orang tua. Jika telah berkahwin, maka suami menjadi tempat rujukan dan curahan bakti. Maka benarlah wanita solehah itu sebaik-baik perhiasan
dunia. Tenang lagi menenangkan. Damai lagi mendamaikan.


Ciri #3 => Tutur Kata

Wanita itu punya suara lunak dan
merdu. Wooh!! Jika memujuk rayu,
habislah lelaki gagah perkasa lemah
longlai dibuatnya. Si solehah itu hanya
menggunakan suaranya yang lembut
pada yang halal sahaja. Jika berhadapan dengan lelaki bukan mahram, suaranya cuba ditegaskan
seboleh yang mungkin.

Muslimah bukan sekadar cantik rupa parasnya, tetapi cantik juga pergaulannya. [Amina ]

Meminimakan isi perbualan. Menjadikan
suaranya mahal untuk kedengaran.
Yang mahal sudah tentu tidak ‘murai’
tanpa arah, atau terpekik, juga ketawa tak ingat dunia. Oh, itu bukanlah ciri seorang solehah sebaliknya itu tolehah.


Ciri #4 => Pergaulan

Dalam aspek pergaulan pula, percampuran antara lelaki dan perempuan perlu kita perhatikan. Tidak dinafikan dimana sahaja percampuran antara lelaki dan perempuan ini kelihatan. Baik di tempat belajar ataupun di tempat berkerja. Namun, bagaimana si solehah menempatkan dirinya perlu diberi perhatian. Kebiasaanya, si solehah ini cuba mengelakkan untuk melibatkan diri bekerja bersama lelaki ajnabi. Seboleh mungkin dielakkan, apatah lagi jika kerja kumpulan yang melibatkan 2 orang sahaja. Pintu syaitan itu terbuka luas apabila melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan. Dan itulah yang seboleh mungkin dielakkan. Di satu sisi kelihatannya si solehah ini mempunyai batasan yang telah ditetapkan sendiri. Dan ia menjadi kayu pengukur untuk dia bertindak dalam konteks pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kuncinya adalah minimakan selagi boleh. Selain itu, si solehah juga sangat risau jika melihat ada lelaki yang cuba memberi perhatian kepadanya. Hal ini kerana, sudah tentu ada salah dimana-mana jika lelaki memberi keistimewaan. Lalu dalam masa ini, ketegasan dan prinsip diri perlu diutamakan. Jangan dipandang kepada lelaki itu, tapi pandanglah apa kata pencipta lelaki itu.Yang Maha Tahu segala isi hati setiap sesuatu.


Demikianlah keperibadian si solehah
yang boleh kita ambil pengajaran dan ikutan. Terlalu banyak lagi sisi yang boleh dibincangkan. Dari segi akhlaknya, ibadahnya, nilai murninya,ilmunya dan sebagainya. Yang telah
disebutkan adalah yang asas sahaja.
Allah SWT telah mengajarkan kita doa dalam Al-Quran:

Dan juga mereka (yang diredhai
Allah itu ialah orang-orang) yang
berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Surah Al-Furqan: 74)

Maka berdoalah. Mohon Allah jadikan
kita semua wanita solehah untuk kita
menerima bakal suami soleh dan bertaqwa. Minta selalu padaNYA, yang
memiliki juga mengetahui setiap isi
hati. Semoga wanita-wanita diluar sana dipermudahkan urusan menjadi
solehah. Bakal bidadari syuga
Inshaa Allah.

Wassalam

p/s : credit to owner entry.. doktor kalau tak silap.. ni pun saya copy paste dari kawan-kawan kat Whatsapp.. semoga memberi manfaat dan inspirasi buat mereka yang sedang mencari keredhaanNya.. inshaaAllah..:)






Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign