Pages

April 1, 2015

Saat Mulut Tidak Mampu Berkata-Kata..

ASSALAMUALAIKUM WBT..

SALAM UKHWAH FILLAH ABADAN ABADAA..

BANYAK sungguh perkara yang terjadi pada hari ini.. Sungguh,tiada kata lagi yang mampu diungkapkan untuk menterjemah rasa di hati.. Saat diri diperkatakan sungguh jahat sehingga tidak kelihatan aura positif.. Saat diri ditekan supaya membayar segala yang pernah digunakan selama ini.. Saat diri ini terpaksa merayu agar ibu bapa tidak dilibatkan dalam masalah diri.. Saat diri terpaksa menerima cacian akibat melakukan suatu keputusan yang mungkin terbaik untuk semua.. Dan,saat diri menyedari betapa hinanya diri ini kerana tidak berharta di dunia.. Ya Allah.. Sungguh kejamnya manusia.. Sungguh hina aku ini ya Allah bila diungkit dan dituntut segalanya.. Malu usah diperkatakan.. Memang tidak terungkap banyaknya.. Allah.. tabahkan hatiku menempuhi semua ini.. Kuatkan ibu bapaku menempuhi kehidupan yang semakin kejam ini.. Ya ALLAH,bantu kami untuk terus kuat dan sabar dalam berjuang untuk meneruskan kehidupan kami sekeluarga yang semakin singkat ini..

Berkalung penghargaan diucapkan kepada mereka yang membuatkan kami merasa terhina.. Terima Kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kerana sudi hadir walaupun seketika dan membantu kami kala kami dalam kepayahan sebelum ini.. Tidak mungkin kami lupakan jasa kalian yang amat besar dalam hidup kami selama ini.. inshaaAllah.. kami akan melunaskan semuanya dalam masa terdekat.. syukran jazilan ya akhi wa ukhti.. semoga syurga untuk kalian.. inshaaALLAH..

Maaf andai kami terlanjur bicara.. Harap dimaafkan segala kesilapan kami.. Kami tahu,kami bukan sesiapa di dunia ini.. Rupa tiada,apatah lagi harta.. Hidup kami menumpang dari semua aspek.. Ya.. Kami menumpang di bumi Allah melalui tanah pemberian Embah(ATOK).. Kami tiada apa-apa melainkan sering menyusahkan orang dan menyebabkan orang berfikiran serong tentang kami.. Ya.. maafkan kami.. Hina bukan? Jauhi kami.. InshaaAllah kalian akan senang..

Kepercayaan kami letakkan pada Allah.. Kami percaya,ada sesuatu yang ingin ALLAH sampaikan kepada kami sekeluarga melalui ujian yang maha besar ini.. mungkin hubungan kami dengan Allah yang semakin renggang.. Ampunkan kami.. Maafkan kami ya Allah.. Kami alpa.. Kami leka.. Kami terlupa sebentar adanya diriMu yang sentiasa bersama kami.. Ampunkan kami.. Kami percayakanMu ya Allah.. inshaaAllah..

Akhir kata.. Terima Kasih semua.. salam sayang dan manis dari kami sekeluarga.. :)


Ikhlas,Yus.

:)




.






Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign