Pages

August 29, 2015

Mudahnya Untuk Mendapat Hidup Yang Tenang...

Salam





































Hamba mohon ampun kepada ALLAH yang maha agung, yang tidak ada tuhan selain Dia. Tuhan yang maha hidup dan tetap dalam bErdiri sendiri. hamba bErtaubat kepada-Nya; eperti taubatnya hamba yang zalim, yang sama sekali tidak memiliki kekuatan ke atas dirinya dalam melakukan mudarat dan manfaat, serta dalam kematian dan kehidupan mahupun kebangkitan kelak..

Ya Allah, aku memohon petunjuk kepadaMu seperti yang dibEri kepada ahli hidayah, amalan yang dibEri kepada ahli taubat, kesabaran yang dibEri kepada orang yang sabar, kesungguhan seperti yang dibEri kepada orang yang takut kepada-Mu, semangat seperti yang diberi kepada orang yang mencintai-Mu, ibadah seperti yang diberi kepada orang yang warak, serta pengtahuan seperti yang diberi kepada para ulama', sehingga aku bEnar² erasa takut kepadaMu.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu rasa takut yang dapat mencegahku daripada pelbagai jenis perbuatan maksiat kepadaMu. Sehingga aku taat kepadaMu dengan melaksanakan amalan yang sesuai bagiku memperoleh keredhaanMu. Dan sehingga aku dapat berderah diri serta berfikir positif kepadaMu dalam perkara apapun. Maha suci Engkau, Tuhan yang menciptakan cahaya.

Astaghfirullahaladzim..

Yaa Tawwab

Yaa 'Afuwwu

Yaa Haadi

Yaa Bashiir

-- bacalah doa di atas selepas solat sunat taubat.. inshaaAllah dengan kekuasaan ALLAH SWT,dengan kebaikan ALLAH SWT serta dengan kasih sayang ALLAH SWT terhadap kita,ALLAH akan mengampunkan dosa² kita.. inshaaAllah.. amiin, AllahummaAmiin..



Terima Kasih

2 comments:

  1. insyaALLAH. terima kasih atas peringatan yg sgt2 bermanfaat ni :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. swmoga bermanfaat buat semua.. :*

      Delete

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign