Pages

August 21, 2015

Persiapan Wedding (Part 1 : Bunga Telur)


RASANYA NI DAH KALI KE LIMA GUA BUAT APDET NI! MOZILLA FIREFOX ASYIK CRASH JE! NOKHAROM BETOI LAH! HABIS ENTRY AKU YANG PANJANG BERJELA TU GHAIB KE PLANET MATOKI! SAKITNYA HATI.. *GRRRRR* BAJET-BAJET HULK MUKA GUA SEKARANG NI.. BEZANYA CUMA TAKDAK HALKUM JE!! HAISHH!!

Haritu (RABU/19/8/2015) si KuYus iaitu GUA buat bunga telur DIY sambil Khatam semua movie Fast Furious.. at first aku cuma buat bunga telur tu sambil layan FF7.. then suddenly rasa macam,baik aku siapkan semua bunga telur 70-100pcs ni since haritu aku free dan bahan-bahan buat bunga complete.. so.. aku pun bukak la FF1 dari pagi and sampai ke ptg aku tengah tengok FF4...

OVERALL,FF1 best! FF2 & FF(Tokyo Drift) tak menyengat sangat.. bosan sebab takde Dominic Toretto(Dome), Letty and adik Dome tu entah sapa nama dia.. aku tengok FF4 dah muncul diorang so semangat balik dah.. hahaha..

dari Rabu,hasil bunga telur aku baru 26pcs.. kesian.. potong sendiri, lipat sendiri.. semua sendiri.. jadi hasilnya pun sendiri jugak.. mata plak kat skrin laptop.. tangan sekejap-sekejap main fon.. sabor je lah.. -........-

on Khamis, alhamdulillah dah meningkat menjadi 69pcs i guess.. malas dah nak kira since terlalu banyak.. dah kembang mekar bunga-bunga telur aku kat bilik tu.. hari Khamis plak aku layan cerita-cerita melayu zaman dulu, pokcik P.Ramlee punya movie daaaa.. walaupun dah ulang movie P.Ramlee berjuta kali,aku tetap nak tengok lagi an lagi dan lagi.. hasilnya.. bunga siap 78pcs gitu.. harini dah sampai 83 kuntum bunga telur dari Tisu 1Malaysia aku siapkan.. tinggal 20 pcs je lagi yang belum siap kembangkan.. dan, taraaaaaaa!!! ^___^



- besi tulang bunga kat tengah-tengah tu -


- siap dilipat dan digunting hujungnya
p/s : lagi kecik korang lipat lagi cantik dan kembang =P -


- lepas tu bukak lipatan yang lepas gunting tu -


- ok kembangkan.. aku buat 6 lapisan.. jadiknya kembang mekar gitu..
p/s : berhati hati dengan tisu ni.. ALLAH ,sangat lembut dan perlukan
kesabaran yang tinggi untuk bukak setiap lapisan tu! =X
p/s 2 : ignore bakul yang terbalik tu, gua malas nak alih. hoho -


- hasilnya.. ni gambar yang 26  pcs.. yang 83 pcs gua malas nak snap dah..
p/s : CURI pinjam kotak kasut raya adek gua XOXO -



- kejadian keseluruhan
p/s : bakul dah alih. sebab mama membebel ada bakul cili atas katil XD -


okay, sah korang nak tau kan berapa kos buat bunga telur tisu ni en? untung! sangat untung!

amik dr google XD


Tisu 1Malaysia 2kotak = MYR1.80(harga asal untuk 4 kotak tisu is MYR3.60)

Tulang bunga = MYR0.20 (seplastik ada 1000pcs agaknya MYR1.60,amik anggaran je)

Lidi satay tebal = MYR4.00

Ribbon kurus = MYR6.00

Ribbon gemok transparent = MYR10.00

Selotep putih = MYR2.50

Gam = MYR0.50


OVERALL : MYR1.80 + MYR0.20 + MYR4.00 + MYR6.00 + MYR10 + MYR2.5 + MYR0.50 = MYR25/100pcs
1pcs = MYR0.25

wahahahahaha.. kalau gua beli 100pcs bunga telur,gua kena korbankan RM84.50!! HOI,TAK SANGGUP GUA!! AKU CUMA KENA BUANG MASA 2HARI SETENGAH UNTUK SIAPKAN 100PCS BUNGA TELUR KOS MYR25.00 dan gua sangat berpuas hati..ok terlebih emosi plak.. tu saja la untuk part 1 ye.. nanti gua share part 2 , part 3 dan seterusnya sampai selamat ijabkabul..inshaaAllah.. amiin amiin amiin.. Korang jemput DIY ye, jimat BANYAK weyh!! MYR59.50 saved.. KBAI..

( UPDATED )
-kuyus-


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign