Pages

September 13, 2015

Coretan 'Kosong'

Assalamualaikum Warahmatullah semua Kuyuszes.. haih~

tadi aku outing, tak lah outing sangat.. aku COD baju yang orang tempah pe semua kan.. pastu COD karipap mini inti serunding kat customer.. Lastly aku pegi la makan kat Samarahan.. Nama tempat tu Satria Asam Pedas.. so sedap haih! sup tulang dia memang sedap.. nak lagi rasanya ni.. lapar balik.. hmmm..

tapi air Ice Lemon Tea encik tunang masam sikit dari aku punya.. ahahahaha.. sakit tekak dia sepanjang jalan anta aku balik uma.. hehe.. harga pun berpatutan.. Alhamdulillah kenyang perut senang hati..

On the way balik tadi, bukak Radio apa tah.. Sarawak FM kot.. diorang mainkan lagu Najwa Latif-Kosong.. aisehmennnnn.. Ter-flashback lah pulak kejadian beberapa bulan lepas.. sejibik macam lirik lagu Kosong tu.. hmmmm..


••Kau melihat diriku seperti sesuatu,
yang mencabar dirimu,
akal dan mindamu..
kau mendustaiku,
kau bilang mereka tak tahu,
siapa diriku sedangkan kau juga begitu..


yup.. 'diorang' tengok aku macam aku ni suatu ancaman.. depan aku 'diorang' pura-pura baik,belakang aku 'diorang' kutuk-II.. sungguh pendusta! dun be afraid la sayangs! I am an ordinary woman lah.. ;)


••segala kata cacian yang telah engkau berikan,
membuat ku rasa kosong,kosong oh..
setiap detik diperhatikan,
kau cari cara putar belitkan,
membuat ku rasa kosong,kosong oh..


caci maki dari 'diorang' tu dah jadi makanan dan hadiah untuk aku..hmmm..dan the best part is, setiap masa perilaku aku diperhatikan.. sepertinya aku ni seorang artis yang perlu jaga setiap tingkahlaku supaya tak kena caci maki.. silap sedikit je pilihan aku atau perbuatan aku, dari sekecil kuman jadi sebesar gajah cerita tentang aku.. alahai.. macam-macam versi pulak ceritanya.. ada versi HD, ada versi kartun, ada versi hitam putih dan kadang-kadang ada versi novel.. sungguh lifeless 'diorang' ni kan..


••Kini aku bangkit,
membuktikan yang ku tak sakit,
dengan segala perit yang kau berikan..
kini aku pantas berjalan,
bergerak ke hadapan,
dan akan ku buktikan siapa diriku yang sebenar..


Alhamdulillah.. walaupun aku terpaksa mengorbankan minat aku sekaligus impian aku, aku bersyukur sebab aku boleh move on dengan pantas dan tak stay di takuk lama.. yang caci aku biarkan terus mencaci, yang menghina aku biarkan terus menghina, yang membenci aku biarkan terus membenci, prinsip aku sekarang cuma nak bergerak ke hadapan.. dan aku akan usahakan semaksima mungkin untuk membuktikan yang aku tak macam 'diorang' fikir dan aku boleh hidup tanpa diorang.. well, 'they' re not Allah that I need to follow 'their' orders and rules! kan??

dan actually sampai sekarang aku tengah fikir dan terus berfikir, apa salah dan silap aku sampai diperlakukan sedemikian.. apa yang membuatkan mereka benci aku.. dan aku masih tertanya tanya siapakah gerangan yang menjaja cerita tentang aku.. hahahaiiiii.. tapi aku dah taknak tahu siapa yang buat semua ni.. biarlah.. semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada kita semua.. Amiiin..

furthermore, ada hikmahnya juga aku korbankan minat dan impian aku.. ya, banyak hikmahnya.. and, mungkin ini salah satu cara Allah tunjukkan kasih sayangNya pada aku.. walupun pahit, tapi inilah yang dinamakan pengalaman yang akan semakin mendewasakan kita.. InshaaAllah Amiiin Allahumma Amiiin..

thanks kerana membaca coretan 'Kosong' ini.. yang boleh dijadikan teladan dan sempadan.. semoga kita semua di bawah lindunganNya.. pesanan saya jika diuji, stay strong.. Allah SWT sentiasa bersama hamba-II Nya yang bersabar.. Salam sayang semua..



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign