Pages

November 21, 2015

Saat Yang Bahagia..


"...Saat yang bahagia datang sekejap saja
bawa kisah asmara di dalam hidup kita..."

Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH SWT kerana masih lagi memberikan kita semua peluang untuk bertaubat.. peluang untuk membuat amal kebajikan.. semoga kita memanfaatkan sisa-sisa waktu yang diberikanNya ini ke arah yang sepatutnya..

Lama menyepi bukan membawa diri.. ceeeeehhhhhhhh.. haha.. KuYus sibuk membuat persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.. tambah tolak 21hari lagi inshaaALLAH.. baju family KuYus jahit sendiri jadinya sangat sibuk dan tak sempat nak blogging bagai..

24 Oktober 2015 haritu mak-in-law nak meraikan pertunangan kami pulak.. haha.. dah lama bertunang tapi baru nak raikan.. kelam kabut KuYus siapkan hantaran.. dengan KuYus yang kurang kreatif ni.. alahai.. sabor je lah,, ALhamdulillah berjalan dengan lancar.. hihi.. terima kasih kepada semua yang membantu KuYus semasa hari kejadian haritu..

Maaf KuYus tak dapat nak share gambar atas sebab privacy.. hehe.. dan mungkin ada yang perasan, KuYus dah jarang post gambar di laman sosial,. usaha untuk mengelakkan fitnah,. semua tahu kan, fitnah terbesar akhir zaman adalah dunia dan wanita.. mashaaALLAH.. tak sanggup rasanya nak jadi sebahagian fitnah akhir zaman.. semoga ALLAH SWT menjauhkan muslimh-muslimah semua daripada semua tu ya..

Rasanya itu saja yang KuYus nak share.. yang tahu rumah KuYus, jemput la ke majlis perkahwinan kami nanti k.. salam Ukhwah semua.

Wassalam.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign