Pages

February 20, 2016

Isteri Malas ek?


Perlabelan Malas oleh cik Aten kepada surirumah yang tak sempat layan suami dsbg..




dan ini jawapan kak D..



Adik ni baru kawen. Masih mood honeymoon. Belum ada anak lagi.. and duduk rumah jer tak kerja. Kalau tak silap saya lah. Sebab tu yg dia tulis dekat status dia yg baru pasal rumah tu..

kita dulu mula2 kawen pon mcm adik ni.. rasanya semua wanita sama mcm adik ni. mmg seronok buat keje semua sorang2… Kesian dekat suami kalau balik keje nak kena pegang penyapu. Asben tak tolong pon takpe.

Tapi kan dik, akak ni, bila masuk jer anak 2, huru hara dikkkk… serius… nak makan pon tak sempat. Nak terlelap sekejap pon susah… nak berak pon anak dah meraung2 kat luar toilet… adik lom rasa lagi kan?.
Akak doakan adik ni cecepat dikurniakan anak inshaAllah. Izin Allah.

Masa tu lah, tanggungjawab suami ni penting. Sgt2 penting toleransi dalam rumahtangga… kalau suami dah biasa terMANJA dgn isteri, dia akan buat taktau jer keje rumahtangga.. sungguh. Tak tipu. Ramai yg berlaku depan mata.. tapi kalau sama2 buat, isteri tak penat, isteri tak masam muka, nak layan suami pon happy je memanjang.. sebab tu

Cop isteri pemalas…

Allah letak tanggungjawab rumahtangga pada suami dik. Sebab WANITA DIKUASAI EMOSI & MUDAH KELETIHAN.. tu Nabi dah kata. Allah dah jadikan SUAMI ISTERI tu memerlukan antara 1 sama lain.. manjakan suami ada caranya… penting sgt2 toleransi…

Kalau dari cara adik ni tulis, SUAMI BERHAK UNTUK MEMILIH ISTERI YANG RAJIN, sesungguh ketahui lah, RAJIN TU PERLU SAMA2. Bukan SALAH SORANG dik… Isteri tak boleh malas. Suami pon tak boleh Malas… Statement adik terlalu berat sebelah untuk kami isteri2 dan ibu2 . Apatah lagi isteri2 yg sama2 bekerja mencari nafkah dalam rumahtangga. Allahurabbi… asal tak masak, asal baju cuci seminggu sekali, asal rumah bersepah dah COP ISTERI PEMALAS. Dah nak cari perempuan lain. Agak2 lah… Masing2 ada pro & cons. Menerima dan memberi… kena anak 4,5 org semua kecik2, baru kemas, berkembur balik.. haishh.

Xyah cakap banyak2 la.. doa adik ni tabah lalui hari2 mendatang dgn cabaran yg lebih hebat… semoga Allah kurniakan zuriat buat adik Atenn.. aminnn mudah2an…



Sumber:D Nurul Laila Hany
kbye

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign