Pages

April 16, 2016

Allah SWT tak perlu kau..

Ingat, solat untuk bekalan selepas dunia.. Kau perlu Allah.. Tapi Allah tak perlu kau kalau kau tinggalkan perintahNya..

Terima Kasih

April 7, 2016

Menjahit...


Assalamualaikum wbt.. haaa.. kebelakangan ni jarang tengok aku blogging even bersegmen atau join giveaway.. Bukan sebab malas atau malas, tapi sebab aku sedang sibuk menjahit baju-baju raya pelanggan aku.. Alhamdulillah masih diberi kepercayaan untuk menjahit baju mereka.. hehe..

sekarang tengah sibuk menjahit baju melayu dan baju kurung.. pasangan bertunang ni.. agak lovely jugak baju yang dia bagi design.. hehe.. baju melayu tu la yang aku suka.. baju warna dark blue kain Valentino, kolar cekak musang dan poket baju pulak warna hitam kain satin.. sangat cantik dan menyerlah.. harap jahitan MPI disukai beliau.. Amiin..

Sambil tu, aku jahit jugak kain belah bohong, baju kurung pesak gantung, dress, jubah dan sebagainya.. haaaa.. yang stay area Kuching,Sarawak tu kalau belum jumpa tailor silakanlah pm MPI kalau berminat ya.. harga inshaaAllah yang terbaik dari MPI..

Ni MPI sertakan hasil-hasil baju yang MPI jahit.. hehe..









kalau perasan, ada yang MPI letak beads kat baju.. tu pun MPI jahit sendiri.. gigih sungguh demi kepuasan diri.. haha..

ok tu je.. MPI nak menjahit balik.. love you as always.. Wassalam..

Terima Kasih

April 4, 2016

Dah Cukup Baik..

"Kadang kadang kita rasa kita dah cukup baik. Sempurnanya pakaian atau lembutnya tutur kata atau tingginya ilmu. Sambil mendongak ke atas sedikit jelingan ke bawah melihat mereka yg dianggap "biasa biasa". Lalu hati cepat berkata "bila la si fulan ni nk berubah" tanpa kita sedar mungkin yg di perkatakan itu lebih tinggi darjatnya di sisi Yang Maha Esa. Ibadahnya dlm diam, hatinya masih mencari Tuhan, jiwanya bersangka baik pd org. Rupanya beliau sendiri menunggu tangan yg baik utk menghulur dan sama sama ke syurga. Lalu siapa yg lebih sempurna?" Allahu...

Terkadang kerana prasangka boleh menarik kita ke Neraka.. Wal'aidzubillah.

#Positif&Bersangkabaiktakmerugikankita :)

Terima Kasih

Betulkan Diri Sebelum Betulkan Yang Lain dalam Bisnes

Jomm baca sampai habis, rugi x baca tau!!

Kita orang berniaga.
Ada kala sales kencang maut.
Ada kala sales semput.
Mahu salah siapa?

- Marketing dah buat separuh nyawa.
- Kelas dah berhabis ribuan ringgit. Masuk kelas sini, masuk kelas sana.
- Tindakan dah sehabis kudrat. Kalau orang lain tidur 8jam, kita tidur 2 jam je.
- Duit dah banyak lebur. Segala strategi, teknik, tips sudah di gunakan.

Semangat mula luntur.

Nanti dulu!

Tinggalkan semangat yang berbaki.
Ini bukan pengakhiran hidup.
Mungkin ada perkara basic lain yang kita terlepas pandang.

- Akibat seronok dan teruja berniaga, solat sering kita abaikan. Dengar sahaja azan, tangan kita masih mengulit kerja-kerja yang tidak berkesudahan.

Sedangkan janji Allah,

"Jaga AKU, pasti AKU jaga urusan kamu"

Beberapa petikan saya terbaca di dalam buku "mudahnya menjemput rezeki".

Tentang seorang yang bekerja menyusun batu, apabila tiba batu terakhir untuk di susun, azan berkumandang. Lantas beliau letakkan batu terakhir tersebut dan bergegas menunaikan solat.

Ini antara ayat-ayat yang terus menusuk ke dalam hati di dalam buku tersebut.

"Jika saya menghabiskan batu terakhir tersebut, ini bermaksud saya memBESARKAN batu tersebut bukan memBESARKAN Allah"

- PAUSE -

Apabila ralit berniaga, terkadang kita terleka.

Kita kata Allah first. Tapi perbuatan kita, Allah last.

Pengajarannya Allah berikan sales yang slow.
Tapi kita masih pura-pura tidak nampak.
Mencari mana silap yang mahu di betulkan.
Hingga terlupa mahu betulkan diri sendiri.

Itu lah kita.
Manusia yang pendosa,
Yang sering bergantung harap pada manusia.
Pada tools. Pada strategi. Pada tips dan trick.

Sedangkan Allah dah tunjuk,
Sebaik-baik strategi marketing adalah strategi marketing dengan AKU.

- Solat awal waktu
- Bersedekah
- Menjaga keharmonian hubungan sesama manusia
- Dhuha
- Tahajjud
- Taubat

Muhasabah.
Itu sebaik-baik tindakan.

Sesungguhnya Allah memberi Rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan tidak terhitung jumlahnya..(Ali 'Imran 3:37)

LIKE & SHARE JIKA BERMANFAAT

nota diri, jom jadi orang bisnes yang beriman.

Terima Kasih

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign