Pages

May 2, 2016

Beza 4 Perut dan 160 Perut

My ex-boss, gaji sebulan RM40,000. Time tu aku tengok dia, mai pagi tunjuk muka sat + cakap-cakap sat, lepas tu sudah.

Belah petang, mai tunjuk muka + cakap-cakap sat + gelak-gelak, lepas tu sudah.

Dalam hati aku, amboi mudahnya kerja depa. Itu saja kerja, bulan-bulan dapat RM40,000. Fuh.

...

Hari ni, baru aku faham.

Apa kita nampak? : Bos ni, kerja goyang kaki saja. Setakat mai tunjuk muka cakap sikit-sikit, kucing aku pun boleh buat.

Apa yang kita tak nampak? : Jadilah bos kalau nak nampak sisi mana yang staff-staff tak nampak.

...

Dia bukan CEO. Yang CEO, abang dia. Walau abang si CEO, abang dia tak terus lantik bagi kerusi & jawatan yang berpendapatan RM40,000 tu.

Abang dia pun mula dari bawah. Siap kena simbah dengan sup panas dengan orang awam tak silap aku.

Dia cuma meniaga, bukan nak tanduk orang tak tentu hala ka buat jahat ka. Yang dok pi simbah sup panas tu buat apa?

Bila si abang bermula dari bawah, si adik pun di biar usaha dari bawah.

Kerusi gaji RM40,000 tu cuma boleh duduk bila betul-betul layak.

Part dia mengesot berhempas-pulas dari bawah sementara nak layak duduk atas kerusi berjawatan puluh-puluh ribu tu, antara part yang kita sering terlepas dan tak tengok.

...

Antara part yang kita tak tengok lagi ialah.....

Kita katalah ada anak 2 orang, isteri 1 orang. Termasuk diri kita, 4 perut semuanya.

Kita sebagai staff, dok fikir nak isi 4 perut ni saja paling tidak tiap-tiap bulan.

Katalah bos yang gaji RM40,000 sebulan ni, dibawah jagaan dia ada 40 orang staff.

Katalah purata family member bagi setiap sorang bagi 40 orang staff ni ialah 4 orang.

4 orang = 4 perut.

4 perut X 40 orang staff = 160 perut !

Tolak diri bos ni dan family dia, dia nak kena fikir tiap-tiap bulan macamana supaya dia boleh terus bayar gaji supaya 160 perut ni dapat diisi !

Kita fikir nak isi 4 perut VS bos fikir nak isi 160 perut.

Kalau kita tiap-tiap bulan dah stress setakat nak isi 4 perut, macamana bos punya stress nak pastikan 160 perut dapat diisi?

Nisbahnya ialah 1:40.

Bos 40 kali ganda lebih stress dari staff.

So, layak tak Tuhan bagi kat hang RM1,000 sebulan dan bagi RM40,000 ke bos hang?

...

Antara sifat Tuhan itu adil. Adil itu bukan sama-rata. Sama-rata bukan adil. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Macamana nak faham statement ini? Gini :

Nisbah hang kat atas tadi 1 saja, tapi nisbah bos hang 40. Kalau Dia bagi hang RM40,000 sebulan, bos hang RM40,000 sebulan, apakah itu adil?

Sudah tentu tidak adil kan? Itu sama-rata.

...

So, kalau selama ni ada dalam kalangan kita dok mengata kat bos tu............harap terbukak sikit ya fikiran dengan perkongsian ni.

Kalau bos kot tergarang sikit pada satu masa, maafkan dia. Pastinya bersebab.

Kot nampak bos bersenang-lenang tu, jangan iri hati dengan dia. Time mana dia bekerja, time mana dia menangis, time mana dia stress untuk pastikan kita sebagai pekerja serta anak-anak kita terus terisi perutnya..........kita taktau.

Bulan depan ni dapat gaji lagi, pi kat bos ucaplah ucapan TERIMA KASIH dari sudut hati paling dalam dengan senyuman paling ikhlas.

Duit gaji yang kita dapat tu, ya betoi dari hasil titik peluh kita usaha. Tapi bos tu lah yang dok kuat berusaha supaya kita boleh terus bekerja. Dengan ucapan seringkas tu, seronok hatinya. Hilang sat stress atau keletihan dia urus syarikat.

Tak faham takpa. Bulan depan berhenti kerja, pi bukak syarikat sendiri. Fahamlah macamana susahnya nak bangunkan syarikat sementara nak boleh ambik pekerja. Dah ada pekerja macamana nak pastikan kita terus mampu gajikan pekerja-pekerja tu. Huhu.

...

Terpanjang lah pulak mengarangnya. Dah lah sampai sini. Panjang-panjang sangat bukan hampa baca pun. Hoho.

Teringat kat bos lama, spontan ja jari pun kongsi sedikit cerita diselit dengan pemikiran/pendapat dan sebagainya.

K bye.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign