Pages

July 20, 2018

RESEPI PULUT DURIAN SIMPLE NAMATI

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Hai semua. Ya Allah rindunya nak blogging macam dulu-dulu. Ni la ni, busy sangat menjahit la, baking la, buat itu buat ini.Nak buat entry pun ke laut dalam.

Pastu laptop plak buat hal. Mendapat la setahun tak bukak blog. HAHAHA

Beberapa hari lepas encik suami dah baiki laptop kita. Apa lagi, masa pun dah banyak ni. Kita blogging la. hehehe

So, harini akak nak share resepi PULUT DURIAN yang palinggggggggggg simple abad . Korang tutup sebelah mata macam lanun pon boleh buat. Nak dukung anak sambil buat ni pun boleh sebab senang sangat! hahaha

Kisahnya durian ni akak teringin dari minggu lepas. Sana sini orang post pasal durian. Pulut durian plak akak tak pernah makan. So laki akak mau tak mau layankan keinginan akak ni. DIa maleh nak dengor akak bebel sebut durian tak berenti.

Kami pun beli la durian dekat area rumah kami jugak. RM40 8 biji. BERBALOI gila weyh! TAK ADA satu pun yang BURUK. Semuanya ELOK BELAKA. Syukur ya ALLAH.

Apa lagi, semangat la akak nak buat pulut durian tengok durian cantik sangat. hehehe.

SOOOOOOOO,

Let's check it out!


BAHAN-BAHAN

(MASAK PULUT)
250g PULUT SUSU (rendam 15minit)
1sdb minyak
1sdt garam

(KUAH SANTAN)
250g santan
1/4 cwn air
1sdt tepung jagung (bancuh dengan air sikit)
1sdt garam
2helai daun pandan

Isi durian secukupnya

CARA-CARA

Masak pulut guna rice cooker. Air untuk masak tu kurang sikit dari masak nasi biasa. Tau la kan macam mana nak agak kalau kurang sikit dari nasi biasa.
Masukkan sekali minyak dan garam.
Masa buih tengah banyak iaitu masa mendidih tu, balik-balikkan pulut supaya tak berketul.
Kemudian, biar sampai masak.
Biarkan sejuk.

Panaskan kuali.
Dengan api kecil, satukan santan, air. dan daun pandan. Biarkan sebentar.
Gaul sambil masukkan bancuhan tepung jagung dan garam.
BIla dah mula mendidih, terus tutup api. Jangan sampai pecah santan tu ye anak-anak.

SIAP! SENANG KAN?

Tengok! Inilah kejadian pulut durian akak. hihihi

Image may contain: food and text

SELAMAT MENCUBA SEMUA! Akak makan sehari sampai 4kali woi. Sedap sangat. Lepastu kepanasan macam cacing. HAHAHAHA.

Makan tak hingat dunia, itu la padahnya.

Kalau dah cuba meh la share kat komen. 

BYE uolss. :)



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign