Pages

December 19, 2018

FOOD and PLACE REVIEW @ KUEHPEDIA


ASSALAMUALAIKUM WBT.

HAI semua. Semalam Ira dengan husband pergi celebrate anniversary, celebrate birthday Ira and celebrate kenaikan pangkat husband. So, kitorang pun pergilah ke restoran yang tengah naik namanya dekat Kuching ni, KUEHPEDIA.

Sampai je dekat tempat yang diberi nama EMPORIUM tu, kitorang a bit nervous sebab husband tak withdraw duit lagi. Dalam poket ada kurang RM100 (o_o). Kitorang pun, ok la takpe kalau diorang tak terima kad debit, makan tempat lain je la nanti eventhough dah lama teringin nak makan kat sini. sob sob.


INILAH DIA!

Then, kitorang masuk tak duduk pon lagi. Kitorang terus sapa waiter kat situ. Tanya terima debit card tak. Dia cakap tak terima. 'ah sudah!' melepas ni. Then waiter tu sambung ayat dia. 'Tapi kami terima online transfer'. HAHAHAHA what a relief. Terus senyum lebar kami. hehehe. Oh ya, kat sini takde waitress ye. Cuma waiter je. Yang gegirl semua kat kaunter bayaran.

Then terus waiter tu tunjukkan tempat duduk and kami bukak buku menu. Wuuuuu Sangat banyak pilihan. Perut tengah lapar, kat luar pulak tengah hujan, memang sesuai sangat untuk makan masa ni. Then kitorang decide untuk order :

  1. NASI PUTIH KOSONG for me
  2. GRILLED CHICKEN with BLACKPEPPER SAUCE for me
  3. CHICKEN FRIED RICE for him
  4. CHICKEN POURIDGE for baby Ain
  5. ICED LEMON TEA for me
  6. ICED KALAMANSI for him
  7. SKYJUICE for baby Ain.
The waiter said kami kena tunggu 30minit untuk western food. I said, 'OK'. I hope their western food worth waiting. Sesambil tunggu tu layan baby Ain yang seronok sangat dapat main sudu -_-. 5 minutes later air sampai. Then tak sampai 10 minit makanan my husband pun sampai. Kemudian diikuti bubur ayam baby Ain. Then around 10 minutes after my husband's food, my western food sampai. WOW! Tak sampai 30 minit pun!

OK, semua dah sampai. Let's dig in! JOm tengok gambar-gambar makanan yang kami order.


CHICKEN FRIED RICE. RM10.
Husband cakap nasi goreng ayam ni sedap. Tapi agak pedas. Sambal tu pun boleh tahan pedas. Tapi untuk penggemar makanan pedas should be no problem. Keropok tu sebenarnya ada banyak tapi baby Ain dah makan 90% sementara tunggu bubur dia sampai. hahaha.


GRILLED CHICKEN with BLACKPEPPER SAUCE. RM 35.
  INI sangat berbaloi tunggu! SEDAP SANGAT-SANGAT weyhhhh. Serius, berbaloi with my RM35. The mashed potato was made from scratch. Bukan mashed potato instant tu ye. Salad pun sangat sedap. Ira bukan fan of salad tau. Tapi Ira berjaya habiskan semua salad tu. Bangga jap! hehehe >.<


CHICKEN PORRIDGE RM8.
 Yang ni sedap jugak untuk Ira. Cuma Ira rasa ayam tu manis sikit. Tak tau sebab apa. MUngkin rempah goreng ayam tu kot. Since I am not the fan of sweet dish, Ira rasa kurang sesuai rasa manis tu dalam bubur. Tapi bubur tu combine dengan side dish dia yang dekat white plate tu, TRUST me it is soooo delicious!


ICED LEMON TEA & ICED KALAMANSI (LUPA HARGA :( )
Very nice. Rasa dia sebati. Just the way I like. :D


This restaurant sangat cantik! Kemas, Tak terlalu crowded, tak bising. Macam hotel-hotel style gitu! Harga makanan pun not bad. Berbaloi dengan suasana yang seronok ni. Dorang kat sini kalau seat dah penuh dorang terus block entrance. I mean kena tunggu customer yang awal datang tu habis makan dulu baru boleh masuk. SO untuk mengelakkan korang menunggu on pick hours, better buat reservation atau datanglah awal.

Kami datang sebelum pukul 7.30malam. Heppp sini maghrib awal ye sayang. So lepas maghrib terus ke sini. Kami antara customer terawal tau ;). Kami dah siap makan entrance dah kena block sebab fullhouse! See, tempat ni jadi tarikan sangat!

BAHAGIAN DALAM RESTORAN.

THIS ONE MAYBE BAHAGIAN UNTUK VIP. I DON'T KNOW.  >.<


Ok settle makan dan minum. JOM BAYAR! Kita tengok bahagian kaunter bayaran pulak.


hiasan sempena chistmas.

Ohhh. They serve cakes and cupcakes too! Nampak sedap! Tapi kami dah terlalu kenyang. hehehe

Hiasan mangkuk tingkat tradisional.

Cupcakes section.

OVERALL, we are sooo happy. Soooo kenyang and sooooo PUAS HATI! InshaaAllah next time kami pergi sini lagi. Korang yang visiting Kuching Sarawak tu come pergi sini. Sure korang puas hati sangat!! TOTAL kami lepak sini makan minum RM62.90. Hahaha sibuk nak ayar online bila check balik cukup rupanya cash kami HAHAHAHAHA. Tapi still bayar online sebab kami perasan cash cukup masa nak bayar parking hehehe.

Yang teringin nak pergi bolehlah search dekat google maps : KUEHPEDIA jalan tun jugah.

That's all for now. Nanti Ira review makanan dekat tempat lain plak. Bye uolls. :*



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Ukhwah Fillah Abadan Abadaa.
Teguran,Kritikan & Saranan diterima sebaiknya,
InshaaAllah.
♥ o∩_∩o ♥

Cik KuYus's Stories Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign